Monday, January 7, 2008

Selamat ....

Salam

Ya selamat selamat semua ....
Haiseh bersawang pulak tempat ni.
al-Maklumlah lama tak berapdet.
Oklah kita terus ke apdet2 terkini.

Qaseh dan Bubu
Qaseh dan Bubu kini dah berada di Penang. Kami p amik derang di Johoq masa raya aji aritu. Qaseh sihat. Kami suka panggil dia Domok Domok hehe. Umoq dia dah 2 bulan lebih dah tapi fizikal dia macam dah 4-5 bulan. Badan dia solid + tinggi budak ni. Dah botak dah lepas cukur aritu. Kelakar sebab cukur pala Qaseh di kedai saja. Johoq masa tu tengah banjir dan plan asai nak buat kenduri cukoq jamboi terpaksa dikenselkan. Last2 p potong di kedai saja. Bubu plak, asik batuk saja lepas balik mai ke Penang ni. Kadang2 teruk batuk dia terutamanya malam. Klinik pun dah kami bawak p tapi dia masih jugak lagi batuk. Hummmm. Owh ya, masa jalan balik dari Johoq, kami singgah bermalam di sunway umah sepupu Bubu. Pastu jalan2 p pyramid. Woooohhhh berubah seh. Ini kali pertama kami p pyramid selepas 4-5 tahun. Memang agak blur sebab banyak lokasi kedai berubah. Kami p Ciken Hartz saja. Isk menu yg sama jugak walaupun dah bertahun dah kedai ni. Apa punya turr...



Domok Domok di atas troli Tesco Penang.


Wahahaha Domok Domok di atas bahu Bubu.
Macam Shin Chan la Domok Domok baba sorang ni.


Qaseh di atas riba Maklang.
Maksu tengah mengusha. Usha apa pun tatau.


Halo nama saya Qaseh
Tapi baba saya suka panggil Domok Domok :(


Ha elok tu.
Prektis pegang elok2.
Nanti hang cuti panjang bulan 3 ni hang mai jaga anak menakan hang.


Berkenaan kami?
Masih bekerja di Penang. Ada jugak niat nak intai tempat2 lain hahaha. Ah itu belakang punya cerita. Hmmmm. Letih tak cukup tidoq malam sejak Qaseh balik penang. Tambah pulak Bubu batuk2 jadinya kami yg jaga Qaseh dan tidoq dgn Qaseh malam2. Merasa la bangkit malam2 bancuh susu tapi puas hati seh. Siang Bubu punya turnla kan jaga dia tapi petang kalo kami balik opis awai, musti kami yang nak mandikan qaseh. Weekend memang kami yang dok mandikan dia. Tak susah sebab Qaseh punya badan solid. Tak menakutkan sangat bila nak mandi tu. Kami cukup suka mandikan. Puas hati bila dapat mandikan sendiri anak sendiri tu tuhan saja yang tau nikmat dia. Kami salu doa supaya anak yang kami mandikan ni la nanti akan jaga kami dan bubu bila esok kami dah tak larat. Inysaallah.


Baba dan Domok Domoknya.
Ni kat Parkson Gurney Plaza Penang.

2008
Owh ya selamat taun baru la pada semua. 2008, umoq pun bertambah setahun lagi. Koi lama koi tua dah kita la ni kata orang Kedah . Maksudnya Makin lama makin tua dah kita semua ni. Berkenaan Azam. Tadak nak azam2 apa dah. Kami minta pada Allah supaya semua kami semua selamat sejahtera, aman bahagia dan dimurahkan rezeki. Tu saja. :D

6 comments:

sheera said...

alaaa comeinyaaaa domok domok hangg.... pandai tol dia posing! hihi! ni baru laa nampak jelas mukenye... sblm ni hang amik pakai hp kot? samar2 je muka qaseh ni..

Hambali ® said...

haah dulu amik pakai fone hp je sebab ingat mudah nak upload. tu yg blur sikit gambo tu

phachat said...

mmg mcm SHIN CHAN la.....

Anonymous said...

huhu..baby qaseh comey la..windu sgttt kt dia...kim slm peluk cheum dr mak lang dia ni..mak lang abes peksa nnt trus p png jd babysitter noo...cyg qaseh!!~maklang~

Anonymous said...

comei comei comei...bile nak bawak jupe anti2 dan uncle2 kat sini?

Anonymous said...

domok domok?nape bunyik cam tomok jek?ko minat new boyz dlu ek.....hehehhe