Thursday, April 28, 2011

Cerita Ninja

Hari itu.

Sebuah kereta , tiba-tiba rosak di hadapan sebuah rumah. Pemandunya kemudian berjalan ke arah rumah dan mengetuk pintu dan berkata “Kereta saya rosak, bolehkah saya tumpang tidur disini?”

Untuk pengetahuan semua, sebenarnya, tuan rumah tersebut adalah seorang ninja dan walaupun begitu ninja tersebut menerimanya dengan tangan terbuka, menyediakan pemuda tersebut makan malam, bahkan membantu memperbaiki keretanya.

Ketika pemuda itu hampir tertidur, dia mendengar suara-suara pelik dari belakang rumah. Esok paginya, dia bertanya pada ninja tersebut mengenai suara apa itu, tapi ninja berkata “Saya tidak boleh memberitahu kepadamu, kerana kamu bukan ninja...“.

Pemuda tersebut kecewa, namun tetap sangat berterima kasih, dan meneruskan perjalanannya.

Beberapa tahun kemudian,secara kebetulan, pemuda yang sama kembali mengalami rosak didepan rumah yang sama. Lagi sekali ninja tersebut menerimanya, memberi dia makan malam, dan bahkan memperbaiki keretanya.

Pada malam itu, dia mendengar suara-suara pelik lagi dari belakang rumah sama seperti yang dia dengar beberapa tahun sebelumnya.

Pada paginya, dia bertanya pada ninja tersebut, suara apa itu, namun lagi-lagi ninja berkata “Saya tidak boleh memberitahu kepadamu, kerana kamu bukan ninja”.

Pemuda itu berkata, “Ok, ok, saya terasa amat teruja sangat nak tau. Dan jika satu-satunya cara untuk mengetahui suara itu adalah menjadi seorang ninja, bagaimana caranya saya boleh menjadi ninja?"

Ninja tersebut menjawab, “Kamu harus berjalan sekeliling dunia dan menghitung berapa banyak rumput di atas dunia ini. Apabila kamu sudah selesai mengira, kamu datang berjumpaku dan dari situ kamu akan menjadi ninja”.

45 tahun kemudian, si pemuda kembali dan mengetuk pintu rumah tersebut. dia berkata “Saya telah mengelilingi dunia, dan mengetahui bahawa jumlah rumput adalah 145,236,284,232 helai."

Ninja tersebut menjawab, “Selamat, kamu telah menjadi ninja, Ok sekarang aku akan menunjukkan tempat suara-suara pelik tersebut”.

Ninja tersebut membawa pemuda tersebut ke sebuah pintu kayu di belakang rumah dan berkata “Suara itu berasal dari belakang pintu itu”, si pemuda membuka pintunya tetapi ternyata ia berkunci,

Pemuda tersebut berang seraya berkata “Hey! mana kuncinya?”. Ninja tersebut memberikannya kunci, dan apabila pemuda tersebut masuk rupanya di belakang pintu kayu tersebut ada sebuah pintu lagi yang terbuat dari batu lantas si pemuda meminta kunci untuk pintu batu tersebut.

Ninja memberikan kunci untuk pintu batu, dan si pemuda membukanya tetapi ada pintu lagi dari perak. Begitu seterusnya sehingga pemuda tersebut membuka pintu dari berlian, intan, dan akhirnya sebuah pintu emas.

“Akhirnya” kata ninja, “Ini adalah pintu yang terakhir”.

Dengan tak sabar dia membuka pintu yang terakhir, dan di belakang pintu itu dia sangat kagum melihat sumber suara pelik tersebut.

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tapi maaf gua juga tidak boleh bagitau pada lu orang apa dia sumber suara pelik-pelik tu. Sebab lu orang bukan ninja . . .


Terima kasih kerana membaca. Membaca amalan mulia.

Kosong-kosong okeh?

Tuesday, April 26, 2011

Cerita Basuh Enjin

"Kat mana nak cari carwash yang pandai basuh enjin?" tanya Non pada gua satu hari. Kami tengah belasah nasi campoq di kedai dengan Bangunan JKP Sungai Pinang.

"Hmmm. Awat kotoq sangat ka enjin tu? Hmmm. Lagipun dah nama enjin. Mesti la kotoq. Kalau nak biaq berkilat merelit elok tak mau kotoq, simpan sajala keta hang tu di rumah. Jangan guna. Cat pun tak luntoq kaler." jawab gua dalam nada bersyarah, sambil mengetuk-ngetuk jari yang penuh nasi ke pinggan.

"Cih. Ni aku yang malaih nak sembang dengan hang ni", balas Non.

Sunday, April 24, 2011

Teman dedengor.
Ade orang nak bagi email free kat teman.

Kejap kate, bagi kat semue orang.
Kejap kate, bagi kat sape nak aje.

Saje jela teman gatei mulut nak tanye.

Kalu lapar atau mase rege minyak naik.
Ape la gamaknye email tu boleh tolong?

Ye dok?

Saturday, April 23, 2011

Ok.
Harini abah mai penang.
Gua tak kirim banyak benda.

Banyak2 bendam

Gua kirim laksa kola perlih.
Laksa "cap". Gulung2 mcm wantan mee.
Ada selit daun pisang.

Yela masa nak makan tu kome buangla daun pisang tu.

Punya la sedap.
Sampai tak sempat amik gambaq.
Laksa habis, sambung cicah kuah dgn roti pulak.

Sekarang, idong sudah gatal2.
Masa untuk nasal spray.
Resdung dah mula mengintai.

Ah laksa kola perlih. Terbaik.

Wednesday, April 20, 2011

Cerita Sos Torhiet

Seorang Hamba Allah bernama Sos Torhiet, bernombor pasport N0484237, warga Kemboja memohon sumbangan ikhlas saudara/i Muslim bagi menampung pengajian Diploma Syariah beliau di Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIP).

Gua, Yusman Hambali selaku pemilik blog ini, telah mengambil inisiatif untuk menyemak dan menelefon dengan pihak IPTIP pada 19 Apr berkenaan surat pemohon dan juga pengesahan berkenaan diri pemohon.

Alhamdulillah, ianya bukan penipuan atau scam.

Jadi sesapa nak berjihad membantu saudara seagama kita yang dahagakan ilmu, dipersilakan. Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Bank Islam no 09010-0205-26421 beliau atas nama "Sos Torhiet".

InsyaAllah Sumbangan Saudara Saudari seIslam ini akan dapat membantu melahirkan lagi seorang ilmuan Islam di bumi Allah ini, saat kita umat islam kini diasak oleh pelbagai pihak yang ingin menghancurkan Islam.

Kalu selama ni pakai meibank2u bayar bil kite buleh buat, takkan la nak bantu saudara seagama setakat yang kita termampu pun kite banyak songeh? Tak malu ka?





















Semoga kita dapat membantu beliau. Insyallah ini bukan scam.

Monday, April 18, 2011

Cerita Nostalgia

Jangan memain.
Kacak bergaya berbaju sejuk di tengah Cameron.
Tahun 91.
Superman pun melutut tau tengok ini punya jambul.

"Ada rĂȘmoih", kata orang utara.











.

Thursday, April 14, 2011

Cerita Pasca Mesorat

Kenapa keripap dalam mesorat sekarang ni makin lama makin tak sedap? ha? ha?

Makin lemau je.

Tepung dgn kentang semate.





.

Monday, April 11, 2011

Cerita amuk.

Ok. 2 April 2011.

Gua bawak isteri dan anak-anak ke Restoran Kapitan, Chulia Street, Penang. Niat nak makan roti nan dan meraikan "keluarnya" gua dari hospital kerana demam. Gua tak berapa suka sebab kedai tu panas dan serabut tapi mengenangkan nak merasa roti nan dia, gua p jugak.

Malam itu juga, West Ham vs Manchester United punya game. MenYu menang 4-2. First half West Ham leading 2-0. 2 bijik penalti. Tapi entah apa arak yang player MenYu minum masa rehat, 2nd half derang bubuh balik sampai 4 biji. Keputusan akhir, MenYu menang 4-2. "A great comeback." kata seorang fanatik MenYu.

Ok. Gua bukan nak ulas pasal game tu.

Gua sampai di kedai tu tepat pada masa gol kedua West Ham di minit ke 25 separuh masa pertama. Kami duduk dan Gua order 2 set roti nan dan ayam tandori. Dan satu set beriyani claypot. Itu beriyani bodoh sebenarnya. Bukan masak dlm claypot pun. Masak tempat lain dlm periuk biasa. Cuma cedok bubuh dalam pinggan tanah liat dan nah, ianya dipanggil beriyani claypot dengan harga yang diup.

Habis 1st half. Makanan belum sampai. Player MenYu kena tabuh dengan Pak Alex Ferguson dlm bilik persalinan. Diberi arak power untuk menaikkan syahwat separuh masa kedua.

Separuh masa kedua bermula. Makanan belum sampai. Runi dah score 2 gol minit 65 dan 73. Bayangkan berapa lama dah kami menunggu. Anak-anak dah mula buat perangai sebab lapar. Gua dah start hangin. Game masih berterusan. Dan selepas itu MenYu dapat penalti dan Runi score lagi. Kali ni minit 79. Pun makanan masih belum jugak sampai.

Gua bangun ke kaunter dengan berdukung Thaqif yang mula menangis kelaparan. Gua tepuk kaunter tanya apa cerita. Bermula adegan lawan tunjuk-tunjuk. Orang ni cakap sudah amik order, dia suda cakap sama itu orang buat, orang buat cakap tak dapat order. Walee sana walee sini, Yennadey sana yennade sini. Gua sudah terlalu hangin.

Dipendekkan cerita, malam itu pecah sejarah. Gua punya mengamuk sampai ke tahap gua tendang kaunter tu sambil maki hamun start dari tokei kedai merangkap cashier, budak amik order dan kedai Kapitan itu sekali. Pegi mampus la sama itu kedai. Tobat gua tak p dah. Dan gua cakap terus terang dlm blog ni, itu kedai servis dia macam sial dengan kotor semua cukup.

Ye. Gua memang pantang bila anak-anak meangis lapar. Memang satu kedai gua amuk.




.

Thursday, April 7, 2011

Cerita Besday Bacin

Hari ini hari spesel
happy 2nd Besday buat Thaqif Hambali aka "Bacin-bacin"
Baba dgn Ibu dan kakak sayang Bacin sampai bila-bila.


4.25kg.



Dalam oksigen.



Baru beberapa hari. Kuning.



Beberapa minggu. Masih tubby tubby.
Dagu ori ok. Tade botok.



Lepas cukur.



Hancem.



Hancem macho dalam Batmobile.







.

Tuesday, April 5, 2011

Cerita Jumpa Latok

Ada member cakap, gua punya sengih,
macam lawyer baru menang kes.



Jumpa latok wooo. Mana tak sengih.
Amoi ni cukup sempoi. Cukup frenly.
Jalan sorang-sorang saja.
Tak berbody guard, tak berprotokol.
Sekali imbas, orang ingat budak sekolah.
Rupa-rupanya, player no 1 DUNIA.





.

Sunday, April 3, 2011

Cerita 2 sebab.

Ok.

Bersawang blog ni gua tak hapdet. Walaupun ada kengkawan kutuk kata tadak orang baca, tapi as i said, this blog is considered as journal, too. Jadi, kalu ada yang berziarah, ahlan wasahlan. Kecik tapak tangan, baldi gua tadahkan. Buleh baldi?

OK. Sebab tak berhapdet. Tak banyak, 2 saja sebab:

1. Gua ke Pahang. Kursus di Felda Tekam. Sila gugel di mana. Jangan malas. Itu jam, 27-30 Mac. Tempat dia, masyaallah memang jauh. Hutan brade hutan. Tapi 3g dia cantik, cuma gua tak bawak laptop. Sudahnye, gua banyak FB guna BB dalam kelas.

2. Gua masuk hospital. Sejurus selepas balik pahang. 30 Mac-1Apr. 2 malam di hospital. Flight gua kuantan-kl-penang. Masa transit di KLIA gua dah menggeletar. Tapi sebenornya badan tengah panas. 39.7 derjah celcius. Kat KLIA gua dah naik kerusi roda dan berkeras mau balik Penang juga. Turun-turun penang, abang nazri driver gua amik dan angkut terus bawak gi spital. Dan terus kena tahan. Dengan baju-baju kursus dlm beg lagi. Kesian wife dan anak-anak gua. Gua tak ckp gua demam. Sampai Penang baru gua cakap. Gua tanak diaoran risau. Sekurang-kurangnya, gua dah sampai Penang.

Ok. Gua demam. Alhamdulillah bukan demam sebab nyamuk (denggi atau malaria) tapi lebih kepada demam mengejut. Out of the blue kata orang. Suhu tinggi, blood pressure naik. Doktor kata sebab letih dan mungkin "throat infection" sama. Ya memang letih. Dan kebetulan pula, gua dapat bilik yang agak berdebu. Gua agak alah dongan debu sebab ada resdung. Tapi bab laksa dengan sambal belacan, gua tak boleh mengalah.

Tu je citer kali ni yob.



.