Wednesday, February 23, 2011

Pemain bola sepak Perlis mengaku tidak bersalah tuduhan seks oral

SUNGAI PETANI: Seorang pemain bola sepak pasukan Perlis hari ini mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan salah laku seks oral dan mencederakan seorang gadis di sini, baru-baru ini.

Muhammad Munawwar Shavukath Ali, 21, pemain pertahanan Perlis meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mahkamah Sungai Petani, Raja Shahril Anuar Raja Baniamin.

Pemain bola sepak Perlis itu dari Flet Paya Nahu, Sungai Petani menghadapi dua kes membabitkan tiga pertuduhan, manakala mangsanya dari Taman Sri Tanjung, Sungai Layar, Sungai Petani. Dalam kes pertama, dia dituduh pada 13 Feberuari lalu antara jam 3.30 petang hingga 5.30 petang di rumah kosong nombor 533, Jalan Taman Batik, Sungai Petani, mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang gadis berusia 17 tahun, dan didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Dalam kes kedua, dua pertuduhan dikenakan terhadap Muhammad Munawwar iaitu dituduh mencabul kehormatan gadis itu dengan cara meraba dan menghisap buah dada mangsa, satu kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Satu lagi pertuduhan, dia didakwa dengan cara menyuruh mangsa menghisap kemaluannya yang mana kesalahan ini melanggar kesopanan dan dihukum mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

Muhammad Munawwar dituduh melakukan kedua-dua kesalahan terhadap gadis itu pada tarikh, masa dan tempat yang sama.

Majistret Raja Shahril Anuar mengenakan jaminan sebanyak RM5,000 bagi kes pertama dan RM7,000 kes kedua dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Mac depan untuk mendengar kes itu.

Timbalan Pegawai Pendakwa Raya, Lim Saw Sin mengendalikan kes itu, manakala pemain bola sepak itu diwakili peguam bela, T Jayaraj.-Bernama

sumber, klik sini


...

Gua tak tau nak ulas apa. Bagi gua, ini contoh player yang celaka dan babi. No wonder pasukan Perlih bermasalah tahun ni.

Dengan management yang caca merba, dengan presiden PFA yang tak mau mau turun lepas tu asik salahkan Kerajaan Negeri yang tak bagi bantuan (WTF !! Lu Persatuan. Bukan jabatan bawah Kerajaan Negeri), dengan player cap ayam dan seribu satu masalah.

Maka ucapan yang paling sesuai: Selamat datang ke liga perdana. Elok tu. Nanti boleh segroup dengan Penang. Boleh gua tengok game di Penang.

2 comments:

azam said...

haha penang liga bahagian 2 ka haha

Hambali ® said...

tanda2 nak jahanam

team lain jumpa perlis bawak nasi kosong saja. Lauk dah ada.