Tuesday, January 11, 2011

Cerita Hidroponik

1. Maaf semua kerana gua terlambat apdet blog cikai ni. Walaupun ada yang sinis cakap "sapa la nak baca blog hang weh?", gua tetap update kerna blog ni dah jadi sebahagian hidup gua sejak 2003. Tapi kesilapan menyebabkan entery tahun 2003 dan 2004 gua terdelete. Blog ni dah macam diari hidup perjalanan gua dari zaman bujang sampaila dah beranak pinak. Dari belum wujudnya muka buku, sampaila dah ada ura-ura muka buku nak ditutup pun, gua masih dan insyaallah akan terus berblog.

2. Owh ya. Selamat tahun dua ribu sebelas. Kalau ada rezeki, bulan lapan atau bulan sembilan nanti, kita akan dengar berita di dada-dada akhbar dan di media elektronik tentang anak-anak haram yang dibuang merata tempat, hasil daripada sambutan ambang tahun baru yang lepas. Bunyi agak kasar? Tapi itulah realitinya di Tanah Melayu era milenium ni. Mark my word.

3. Entry kali ni, gua saja pakai sistem number. Dan untuk makluman, semenjak dua menjak ni, gua agak sibuk. Sibuk dengan urusan pejabat (ujung tahun nak tutup akaun) dan juga ke Temasik, menziarahi kakak ipar gua di sana.

4. Owh ya. Selain itu, Gua kini sibuk bertani secara hidroponik sebagai menyahut seruan sesetengah pihak supaya menghasilkan sendiri apa-apa saja keperluan harian apabila harga Barang Naik.

5. Gua belajar benda ni di Temasik masa menziarahi kak ipaq gua di sana tempoh hari. Memandangkan Temasik kini kekurangan tanah sama seperti di Pulau Pinang, maka gua rasa tanaman hidroponik ni cukup berpotensi untuk dimajukan di Tanah Melayu ini.

6. Gua mulakan dengan projek ternakan tanaman bawang secara hidroponik. Murah, mudah, jimat belanja, mesra alam (kerana menggunakan tin biskut Royal Danish) dan yang paling penting, jika harga Barang Naik sekalipun, gua tak perlu risau.



7. Lupa nak dinyatakan di sini, tanaman bawang secara hidroponik ni juga sesuai untuk dijadikan hantaran perkahwinan, memandangkan ramai bakal pengantin baru merungut tentang harga barang-barang hantaran yang mahal jika dibandingkan keadaan ekonomi mereka yang masih belum kukuh. Ye la kan, baru lepas belaja. Nak kahwin dah kena sampai 18 serba satu. Jenuh la dia.



8. Lepas ni, gua nak hasilkan minyak rantai basikal daripada baki minyak goreng ikan pula.

Selamat tahun baru dua ribu sebelas. Kita tunggu bulan sembilan ni, kalau lu orang tak percaya cakap gua.

7 comments:

tasekM said...

wey... tu hidroponik ke bawang tumbuh pucuk akibat tak dimasak...?

:)




.

sikulat said...

aku cuma nak komen part no.1 tuh.. aku pun tak sangka suatu hari nanti SME akan menjadi pemBLOG tegar.. (dulu takde pun blog .. wahahaha) tapi seriesly..pernah ko terpk ko nak buat catatan hidup ko seharian & ramai2 orang bace.. hihihi..

keep it up!

rumet said...

hang kena cerita lebih sikit pasal hidroponik tu la... nampak cam bawang tu tumbuh pucuk je...

Hambali ® said...

Tas / Rumet: haha tu mmg bawang tumbuh sebab tak masak. Entry itu sinikal untuk pak menteri Barang Naik yang asik suruh kita ubah gaya hidup bila Barang Naik harga. Hehe.

Semah: dulu mmg suka2 blog. Lama2 terlintas jadikan benda ni catatan hidup. Sonot bila baca2 balik. Tapi idak le semua bende nak blog ye tak

phachat said...

negara mana ek barang turun? aku nak pegi......

Anonymous said...

Jawapan dia macam mencari pasangan hidup yang sempurna perfect tadak cacat cela fizikaln mental rupa paras wang ringgit etc etc. Sempurna sampai tadak langsung cacat cela. Bleh jumpa mcm tu?

izwah ismail said...

sedar x sedar aku pun suka baca apa yg hang tulis...dr dulu sampai la ni.