1. Maaf semua kerana gua terlambat apdet blog cikai ni. Walaupun ada yang sinis cakap "sapa la nak baca blog hang weh?", gua tetap update kerna blog ni dah jadi sebahagian hidup gua sejak 2003. Tapi kesilapan menyebabkan entery tahun 2003 dan 2004 gua terdelete. Blog ni dah macam diari hidup perjalanan gua dari zaman bujang sampaila dah beranak pinak. Dari belum wujudnya muka buku, sampaila dah ada ura-ura muka buku nak ditutup pun, gua masih dan insyaallah akan terus berblog.
2. Owh ya. Selamat tahun dua ribu sebelas. Kalau ada rezeki, bulan lapan atau bulan sembilan nanti, kita akan dengar berita di dada-dada akhbar dan di media elektronik tentang anak-anak haram yang dibuang merata tempat, hasil daripada sambutan ambang tahun baru yang lepas. Bunyi agak kasar? Tapi itulah realitinya di Tanah Melayu era milenium ni. Mark my word.
3. Entry kali ni, gua saja pakai sistem number. Dan untuk makluman, semenjak dua menjak ni, gua agak sibuk. Sibuk dengan urusan pejabat (ujung tahun nak tutup akaun) dan juga ke Temasik, menziarahi kakak ipar gua di sana.
4. Owh ya. Selain itu, Gua kini sibuk bertani secara hidroponik sebagai menyahut seruan sesetengah pihak supaya menghasilkan sendiri apa-apa saja keperluan harian apabila harga
Barang Naik.
5. Gua belajar benda ni di Temasik masa menziarahi kak ipaq gua di sana tempoh hari. Memandangkan Temasik kini kekurangan tanah sama seperti di Pulau Pinang, maka gua rasa tanaman hidroponik ni cukup berpotensi untuk dimajukan di Tanah Melayu ini.
6. Gua mulakan dengan projek ternakan tanaman bawang secara hidroponik. Murah, mudah, jimat belanja, mesra alam (kerana menggunakan tin biskut Royal Danish) dan yang paling penting, jika harga
Barang Naik sekalipun, gua tak perlu risau.

7. Lupa nak dinyatakan di sini, tanaman bawang secara hidroponik ni juga sesuai untuk dijadikan hantaran perkahwinan, memandangkan ramai bakal pengantin baru merungut tentang harga barang-barang hantaran yang mahal jika dibandingkan keadaan ekonomi mereka yang masih belum kukuh. Ye la kan, baru lepas belaja. Nak kahwin dah kena sampai 18 serba satu. Jenuh la dia.

8. Lepas ni, gua nak hasilkan minyak rantai basikal daripada baki minyak goreng ikan pula.
Selamat tahun baru dua ribu sebelas. Kita tunggu bulan sembilan ni, kalau lu orang tak percaya cakap gua.