Monday, May 31, 2010

Minggu lepas, kita bercuti panjang sikit kerna hari Wesak jatuh pada hari Jumaat.

Ada beberapa perkara berlaku sepanjang cuti yang lepas.

Antaranya ialah pengumuman kerajaan bahawa penjualan rokok 14 batang ditangguh ke tahun depan. Maknanya, berita sedih yang diumumkan oleh Alfred baru-baru ini melalui laman web ini nampaknya tak jadi.

Gua juga terbaca dan terdengar di berita tentang ura-ura nak majukan tanah Kampung Baru, KL. Macam biasa, harapan dan jaminan diberikan untuk tidak mengabaikan penduduk asal Kampung Baru (baca: Melayu). Jaminan yang sama turut diberi pada penduduk asal Bangsar South a.k.a. Kampung Kerinchi, dan juga kampung-kampung lain di Kuala Lumpur seperti Kampung Abdullah Hukum, Kampung Pasir, Pantai Dalam dan lihatlah sendiri ketepatan janji tersebut.

Eh wait seminit.

Apa kena mengena cerita di atas dgn gua? Takpala. Anggap katalah noo yang itu luahan hati gua walaupun ia tadak kena mengena dengan gua. Gua pernah idop di KL. Lebih tepat, di kawasan Kampung Kerinchi/Pantai Dalam. Jadi kawasan-kawasan yang gua sebut di atas tu amat dekat di hati gua, lebih-lebih lagi bagi warga kelas bawahan macam gua. Gua observe. Gua melihat. Dan gua nampak sekarang ni, macam ada yang tak kena dgn Negara Malasia yang 1 ini. Ntahla.

Ok.

Jadi hari ni, gua handle sesi interbiu untuk memilih peserta program I-Kit dan I-Keunita, khusus untuk membantu wanita dan ibu tunggal di Tanjong bagi memberi mereka tunjuk ajar tentang ilmu-ilmu kewanitaan seperti jahitan, sulaman, dandadan dan pada masa yang sama cuba untuk melahirkan usahawan wanita secara kecil-kecilan.

Secara rasional, bila dah habih kursus, Gua tak expect para peserta ni terus bukak gudang kain macam kedai Jekel ka, Gulatis ka atau menjadi tukang jahit terkenal macam Rizalman ataupun tukang kasut termasyhur macam Jimmy Choo tapi cukup untuk bermula dahulu secara kecil-kecilan mengambil upah dari kawan-kawan sedara mara. Dan mereka ini (Insyaallah) akan dipantau perkembangannya dari masa ke semasa supaya mereka tak hilang arah selepas kursus ni semua.

Sedih tengok orang-orang yang datang. Bukan tak rajin tapi taktau nak mula macam mana. Ada yang buat kuih sikit-sikit, buat cucur sikit-sikit. Ada yang ditinggal tak bertali (bercerai tak tapi kena tinggal) dan tak tahu nak buat apa. Mereka datang dengan harapan untuk majukan diri. Tapi tak tahu macam mana nak mula. Itu tugaslah gua sekarang. Bukan untuk mengejar KPI semata, tapi membantu masyarakat sekadar termampu.

Owh ya.

Dan hari ini, gua diserang resdung. Akibat banyak memakan benda berbelacan agaknya. Untuk rekod, gua telah bersin hampir 100 kali hari ini (Isnin) dari jam 8 pagi sampai 1 tengah hari tadi. Itu catatan tak rasmi. Gua stop jadi panel interbiu jam 2 pm tadi kerana tak tahan dengan serangan gatal hidung yang meluap-luap. Bagi anak-anak buah saja yang tolong handlekan.

Nanti kita story lagi. Dalam dok menaip ni pun dah dekat 14 kali bersin.

7 comments:

nifalnin... said...

elok la tu bersin bnyk2.. kurang skit doa kecik.. ahaks...

miSz tUna said...

aiyak.. hope dh oke dh resdung tu??

Ummu Auni said...

mudah2an Allah gandakan pahala ko sme. banyak bakti hang menolong orang macam tu.

aku setuju bab kampung baru tu. aku rasa govt cuba tarik undi non malays, itu lah katanya nak bagi 40% tanah tu pada non malays. kalau bagi, terkorbanlah melayu di situ. sudahlah dulu ada berita tentang satu jalan ala2 highway merentangi kampung baru, sampai orang nak angkut jenazah bawa ke tanah perkuburan pun kena ambil jalan jauh, sebab shortcut tu tertutup akibat jalan baru tu

Angah said...

"Gantung tak bertali" la sme..

percaturan politik yang aku dah malas nak faham. Tepu otak beb..

bab tolong ibu tunggal tu pun sama konsep macam yang aku buat kat sini. Cuma sedihnya lepas 3 atau 6 bulan buat pantauan adalah didapati kebanyakan mesin jahit yang diberikan secara percuma digunakan sebagai meja letak pasu bunga besar... hadooiiii

Hambali ® said...

Puan Nifalnin: Doa kecil atau dosa kecil?

Wani: Dah ok dah lepas beli nasal spray

Aida: Aminnn :D

Angah: Politik kita ni makin lama makin celaru. Bab ibu tunggal jual mesin tu, itu la yang aku cuba nak tangani dengan cara "after-sale-service". Maknanya, pantau apa jadi kat derang lepas dapat bantuan semua, which isnt done before.

Ummu Auni said...

aku la Aini :P

nifalnin... said...

dosa kecil... hahahah...

typo error lar...