Wednesday, October 21, 2009

Loserpool Loserpool ....

Dah dekat sebulan tak berupdate.

Banyak benda kena buat.

Haritu diberi amanah untuk in-charge bahagian makanan bagi majlis opis terbuka Aidilfitri. Majlis tu dihadiri oleh TYT Negeri Pulau Pinang dan alhamdulillah everything went never better.

Dan lepas itu menjadi wakil pengarah ke mesyuarat IMT-GT (Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle) di Melaka. Seminggu.

Sejurus selepas balik dari Melaka, diberi amanah lagi untuk in-charge bahagian makanan lagi bagi Majlis Pelancaran Projek Menaiktaraf Keretapi Bukit Bendera. Tetamu kehormat kali ni were Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Dato' Seri Dr Ng Yen Yen.

Nampak macam portfolio untuk in-charge bahagian makanan bagi majlis-majlis rasmi ofis ni macam khas untuk gua dah ni. Apa-apa pun, gua akan cuba buat yang terbaik apa yang diarahkan, selagi termampu insyallah.

Owh ya. Hari ni gua rasa ceria. Sebab? semalam Perlis menang 2-1 lawan Johor di Pasir Gudang untuk pusingan pertama Suku Akhir Piala Malaysia 2009. Pusingan kedua akan diadakan Sabtu ni 24 Oktober 2009. Hajat di hati nak balik tengok. Tapi kena tunggu dulu bajet hari Jumaat (23/10/2009) ni sama ada bonus atau tidak.

Gua ada satu lagi sebab untuk ceria. Sebabnya, Loserpool kalah lagi. Wahahahah. Tak tau kenapa. Semacam ada satu perasaan. Tak kira la sapa lawan Loserpool ni. Asal Loserpool kalah ja, gua tumpang seronok.

2 comments:

acong said...

hang memang ada bakat dalam bidang makanan ni.. dulukan hang biro makanan masa kat maresmart....

aku pun tumpang seronok bila liverpool kalah..

Hambali said...

hahaha aku memang dok biro makanan. Setiausaha Nida lagi masa tu .... satu2nya setiausaha lelaki. Memang rasi sungguh aku dengan makanan ni