Monday, November 3, 2008

Kisah Gua Yang Risau

2-3 minggu selepas raya posa yang lepas, gua terperasan gua punya selera makan + selera merokok lain macam je mencanak-canaknya. Bini gua pun perasan. Gua cakap kat dia, gua banyak kerja. Terlalu banyak. Bukan sampai peringkat tension tapi bila banyak sgt, salah satu cara gua rilekkan saraf-saraf kepala gua yang licin ni adalah dengan 2 cara: makan dan isap rokok.

Kalau dulu rokok gua hisap 3-4 batang rokok je sehari (lepas makan je), skang ni dah macam cerobong keretapi injin stim. Pernah itu hari rokok 14 gua sebat satu hari saja. Asal pening pala ataupun banyak keja je, maka Dunhilllah tempat gua merilekkan kepala gua. "Take five", kata budak-budak technician opis gua.

Bab makan pulak lagila hebat. Ceritanya begini. Haritu gua p site. Tak lama, dalam minggu lepas je. Masa tu, 2-3 site gua p tengok, tanpa breakfast. Lapar punya pasal, Pak Ali (technician senior opis gua) bawak gi satu tempat makan somewhere di Bandar Perda, Bukit Mertajam. Lauk dia simple saja. Ikan bawal goreng (panas-panas punya goreng, gua lupa pulak nak snap gambaq kasi lu orang tengok), kuah kari kosong, kicap + cili/bawang potong dgn sambal belacan je. Lu orang tau bapa pinggan gua sebat ? 4 pinggan beb. 4 pinggan dengan 3 kali tambah nasik. Hadoih. Habih jahanam. Kalo masa posa haritu pinggang gua susut 2 inci + susut dlm 5-6 kilo, kali ni gua rasa dah naik bagai dipam-pam solah-olah posa haritu tade effect langsung.



Ini sekadar hiasan. Ternyata ini bukan gua.
Walaupun mamat ni pakai spek, tapi dia tak putih macam gua.
Gua pun takla seburuk lantak macam dia ni.
Tambahan pula, gua lagi hensem dari mamat ni.


Haritu gua p satu kedai "sinseh" (tabib cina) beli ubat Qaseh. Gua agak familiar jugak la dgn sinseh tu. Selalu gua beli ubat dgn dia. Sambil-sambil tu gua ada jugak borak-borak dengan dia. Sinseh tu ckp gua kena kontrol makan. Dia pun perasan gua dah bulat satu macam. Pastu dia ckp badan gua banyak toksin sama angin. Gua tanya dia balik, ada ka ubat kasi "potong" selera makan. Dia cakap tadak looo. "Itu suma lu sendili aaa kena kontrol." kata sinseh tu lagi.

Betul. Bunyi macam lawak. Tapi itula masalah gua. Gua punya nafsu makan sangat membuak2. Nampak tu nak makan, nampak ni makan. Ada jugak member cakap gua ni tak baca Bismillah kot sebelum makan. Gua senyum je la. Gua cakap, gua dah baca semua dah. Gua tinggal tak baca Yasin je lagi sebelum makan. Tapi betul jugak kan ? Kalau gua baca Yasin, sure masa nak makan nanti, dah sejuk dah makanan tu. Bile dah sejuk, mungkin makanan tu tak sedap. Dan bile dah tak sedap, gua kurang la makan ka ? Hoh mende la gua merepek ni. Yang nyata, itu teori tak boleh pakai la.

Gua bukan tak eksesais (walaupun tak kerap). Weekend gua naik Bukit Bendera (Hiking ok ? Bukan naik keretapi), jogging / jalan laju di area Taman Belia di Penang. Orang Penang tau aaa mana tempat-tempat gua sebut ni. Sekali sekala gua join budak-budak Kampung Rawa main bola di Padang Polo. Main-main je la, bukan main padang besar. hari tu pun masa jamuan besday Qaseh pun, gua selamba je tanggung kerusi pelastik sama meja banquet naik turun rumah. Letih tu ada la, tapi gua rasa biasa je. Tade la sampai pancit pastu kena p berurut. Bukan tu menunjukkan gua still ok ke ? Tapi badan gua tetap montel. Abih camno tu?

Ah gua pk pk balik, biar je la badan gua montel. Asalkan gua still boleh hiking, boleh main bola/futsal dan buat aktiviti fizikal yang "biasa-biasa" pun gua dah dah rasa syukur dah. Biar besar, asal gua fit. Bab rokok tu, lain cerite la yek ? Kalo lu orang ada nasihat/pendapat, dipersilakan la ek. Gua no hal. Lama dah gua nak share pasal masalah problem gua ni.

7 comments:

acong said...

sme, kita serupa je.. cuma aku takde laa sebat sampai 4 pinggan nasi lagi.. maybe sebab aku selalu bubiuh 4 pinggan punye nasi dalams atu pinggan.. ahahaha.. takpe, janji hati senang..
bila nak buat reuning maresmart cawangan penang+kulim.. kita buat laa makan makan.. kita buat makan dalam mangkuk pulak..

Fizrul Shawal said...

waaa salute smer lu laa en yusman..ehhee rilex laa bos..jgn mkn byk sgt..control jer sket..InsyaAllah bleh bos...
syer pon ngah mengcontrol nie...

rumet said...

pasal hisap rokok tu.. gua cadangkan lu try hisap rokok hidup plak la.. kalu tak tahu ke segan ke.. tanya tapai ke cipok.. derang 2 memang expert.

halim said...

aku dah pernah makan kat ikan bawal perda tu, boleh tahan sedap la. tapi still bukan alasan utk ko makan byk

Angah said...

tapi kan sme...banyak benda sakit bersabit makan nih tau...kebanyakannya penyakit yang tak jejaskan fitness selagi belum didiagnos macam sakit jantung, lebih kolestrol yang boleh sebabkan kanser dsb.

umur kita camni imun badan masih kuat.. umur meningkat nanti bila imun dah kurang baru banyak penyakit muncul... baik la kita mencegah kan....

Kontrol makan tu betul... ko jaga pengambilan kalori ngan punca kalori tuh jer... kurangkan lemak, minyak garam gula.. ko nak bantai buah sebakul silakan, roti wholemeal sebantal pun silakan...

p/s aku berjaya turunkan berat sebanyak 14kg dalam masa 5 bulan. Aku kontrol makan jugak pelan2

Hambali ® said...

cong,
reunion kita ni nampak pudar. Aku rasa penang ni yang tinggai pun bapa kerat saja.

fizrul,
wa ok saja. wa tengah kontrol la ni bai.

rumet,
sori la meseh hang ni aku tabley delete haha

halim,
maybe selera hang dgn aku berbeza hehe

angah,
14 kilo dlm 5 bulan. bagus bagus. haritu aku cuba jugak nak avoid nasi. hasilnya aku balun capati 5 keping.

hasna said...

sme, aku tatau hang ingat aku lagi ka dak, but kadang2 aku baca gak blog hang nih, cuma tak pernah nak komen.

tapi this time, hang cerita pasai bawai goreng tu, buat aku teringat kedai ikan bawai goreng. aku selalu pi kat juru.

sigh, mati cari tak jumpa la nih. lagi satu, bagi pihak aku, pi la makan ikan bakaq kepala bataih, paih tuh ambik gmbaq daging bakaq dia, terbaek!

anyway, comey anak hang. gebu!
nama pon sedap.