Friday, August 8, 2008

posting 08.08.08

Dulu, masa awai-awai kena transfer ke Penang, kami dok rumah sewa di Penang ni, sebelum berpindah ke kuarters. Rumah flat. Dan kedudukan unit rumah aku ni pulak adalah betul2 di atas surau flat tersebut.

Di satu hari, di sebuah kedai mamak.

"Mamak, saya punya gas habih ni. Boleh p hantaq ka? cepat sikit aaa. Bini mau masak tu."

"Bolehhhh. Sekarang pun saya boleh p hantaq. Mana u punya rumah?"

"Itu flat Macallum Street. Blok 1. Tingkat 1. Rumah no X. Rumah saya atas surau. Senang saja kalau u mau cari."

"Aiyo macam mana rumah u atas surau ? itu Surau bukan ground floor ka enche?"

Dan aku pun terkedu.

Rupa-rupanya bila disebut "rumah saya atas surau", apa yang difahami oleh mamak tu ialah, "di atas rumah aku ada surau", bukannya rumah aku terletak di atas surau.

Aihhhhhh macam-macam.

2 comments:

ah tok said...

Haha!


Rumah saya belakang surau.

Errrk,, mamak tempat saya pun paham lain.

Belakang rumah saya ada surau pemahaman dia. Mampos! aku kata.

blackpurple @ jowopinter said...

Diaorang memang suka cakap terbalik macam tu agaknya... :D