A'kum wbt
Terima kasih semua atas sms, ucapan dan jugak call.
2 minggu sudah berlalu.
Baby secara rasmi dah diberi nama Qaseh Karmila.
Oh ya, Baby skang berada di Segamat dengan Bubu di rumah Mak.
Aku hantar ke sana masa cuti Deepavali haritu.
Nak habiskan pantang di sana.
Berat baby susut sikit lepas kena kuning haritu.
Syukur, kuningnya tak lama (dan tak serius sangat)
Lepas 3-4 hari dan lepas diberi susu kambing fresh (setitis saja) sumanya dah ok.
Ah rindunya hati kat baby dan bubu yang jauh di Segamat.
Hohoho
Buah Hati Baba dan Bubu
Tengah tidoq pun mulut terkumat kamit ...
Oh ya tak ya
Program Makan-makan Jalan-jalan (MMJJ) juga diteruskan walaupun dalam keadaan menimang cahaya mata dan balik ke Segamat. Manakan bisa untuk blog ini berposting tanpa disusuli dgn gambar-gambar makanan yang menggiurkan. Kan gitu Rumet?
Berbalik pada MMJJ, kali ni makanan lebih tertumpu kepada makanan tradisi Johor iaitu Pisang goreng cecah sambal kicap. Suka dinyatakan, bagi org Johor dan org yang pernah makan benda alah ni, ia bukan satu yg pelik tapi bagi kami yang mai dari Negara Kayangan, Negara Jelapang Padi dan Negara Nasik Kandaq sana, goreng pisang cecah sambal kicap ni adalah satu yang amat pelik namun harus dicuba.
Sambal kicap.
Hitam pekat pedas.
Terbaik.
Bak kata pepatah, tak cuba maka tak tahu. Maka atas dasar ingin mencubalah maka hasilnya sepinggan penuh daripada 2 pinggan pisang goreng yang dibeli telah selamat dihabiskan oleh jajaka berambut jarang ini tanpa memperdulikan Mak mentua beliau. Memang UMPHHH. Manis manis pisang dicampur dgn pedas-pedas sambal. Terbaik! Membuatkan dahi berpeluh semasa makan dan juga tidor tak lena malam itu kerana perut yg meragam dek penangan sambal kicap.
Rangup, sedap menyelerakan.
Pisang nangka yang menjadi pilihan petang itu.
6 comments:
cait... makan tak tinggal...
ape2 pun.. tahniah dapat baby...
Jgn dok post gambaq2 makanan...ibu-ibu mengandung akan meleleh air liuq pastu kejan suami masing-masing suroh pi beli.
Ekekekek....
ni pisang goreng seringgit boleh dapat 15 punya ni!... bukan seringgit 3 macam kat kl.
jgn bagi makan anak ko ngan pisang goreng cicah sambal kicap tu dah la oi!
fuh, nama mcm artis!! ;)
Tahniah...cumel baby ko.
Tahniah....cumel baby ko.
Post a Comment