Wednesday, May 16, 2007

Selamat Hari Cikgu

Memandangkan hari ni Hari Guru, dengan penuh rasa rendah diri, aku ingin ucapkan selamat hari guru khas buat semua cikgu yang telah mengajaq aku daripada mengenal huruf 1,2,3, A,B,C dan Alip,Ba,Ta sampai la aku boleh berada di kedudukan sekarang.

Aku tau aku bukan "teacher's pet" atau "menatang peliharaan cikgu" sebab aku bukan tergolong dalam golongan yang berderet-deret A setiap kali exam sebaliknya aku lebih cenderung ke haluan kiri yang mana aktiviti golongan haluan kiri ni adalah seperti tidoq di dalam kelas, ponteng kelas (especially kelas Sejarah masa cikgu Majid di Taiping dulu), ponteng prep, lari lompat pagaq p tgk wayang dan main games di Taiping, taboh junior, etc etc. Cuma aku nak share sikit la kat satu dunia akan luahan salah sorang cikgu yang kebetulan aku jumpa depa masa aku keja di Kedah bila mana dia cukup terkejut bila aku bleh sebut nama depa (cikgu-cikgu ni) one by one tanpa silap. Aku bgtau depa yang sku sentiasa igt kat depa ni sebab depa suma penah balun aku pasai kebuasan dan kenakalan dan kadang-kadang, student hat yang "LOQ LAQ" macam ni la yang lagi ingat kat cikgu dia bila dah abih sekolah nanti banding dengan "menatang peliharaan cikgu" ni. Sebab apa ? Sebab selalu kena rotan + kena ligan dengan cikgu dia so dia punya kenangan tu lagi indah bila dikenang-kenang. Perasan betoi. Tapi ni kan tempat aku nak luahkan rasa hati aku so terpulang kat aku la nak tulis apa pun kan kan kan.

So dipendekkan cerita,terima kasih buat semua cikgu/ustaz/ustazah/lecturer :

- yang mengajaq aku mengaji Quran masa kecik² kat kampung dulu
-cikgu tuisyen English aku. Serius english aku mmg tunggang langgang. Almaklumlah dok ceruk kampung mana la reti nak ckp english. I lep U aku tau la.
- Tadika TDG, Padang Katong, Kangar, Perlis. (1986)
- Sek. Ren. Keb. Seri Indera, Kangar, Perlis (1987-1992)
- Sek. Men. Derma, Kangar, Perlis (1993-1995)
- MRSM Taiping, Perak. (1996-1997)
- MMU, CYberjaya. (1998-2002)

Dan sapa-sapa yang pernah mengajaq aku hatta sekelumit ilmu, aku ucapkan terima kasih pada kalian. Kalian tetap aku anggap sebagai guru. Jasa Kalian tetap aku kenang dan aku minta supaya segala ilmu yang depa curahkan ini dihalalkan dunia dan akhirat ....

Chow Chin Chau ...

3 comments:

Anonymous said...

nko nie macam jealous je ngan org lain

Hambali ® said...

encik anony,

Bukan jeles. Apa yang aku nak stress di sini adalah berkenaan sistem pendidikan di mesia yang terlalu menekankan pencapaian akademik dan deretan A dalam exam. Aku cuma nak tegaskan di sini bahawa deretan A dalam exam tu kadangkala tak menjamin kecemerlangan seseorang pelajar tu sebab bagi aku, banyak lagi yang kita kena explore dan kita boleh belajaq selain daripada buku.

Macam tu jugak sistem peperiksaan. BUkan tak baguih langsung sistem tu cuma bila kita hanya ukoq cemerlang atau tidak sorang tu hanya dari slip result peperiksaan, bagi aku it's not quite a fair judgement. Cuma buat masa ni aku still tak bleh nak describe lagi apa jenis penilaian yang terbaik untuk menilai seseorang tu punya tahap kecemerlangan.

Bagi aku jugak, apa yang dipelajari dari buku tak lebih dari sekadar "starter" or "manual". Of course, u need to read first but after that, to make sure either u can continue with ur journey or not is now depend more on the other thing, not only by using ur book. Exam bagi aku, kadang2 tak lebih daripada menghafal dan meluahkan balik apa yang dihafal bagi menjawab soalan.

Contoh paling aku nampak adalah doktor. Tentu ada beza doktor yang baru grad dgn experience doktor kan ? Panjang cerita kalo nak story pasai benda ni.

Whatever. It's my sincere opinion. And not forgotten, i appreciate ur comments. TQ

Anonymous said...

sme,

kami nak jemput datang kenduri kawin kat tikam batu, kedah (rumah ajon) pada 09.06.07. bleh bagi alamat dak? kami nak pos kad. sms kat ajon ka..email kat dia memana pun boleh.