Wednesday, June 14, 2006

Kerja

Ok now back to work.
Sesungguhnya aku sangat banyak kerja.
Untuk kerja-kerja bulan Jun/Julai ni, aku rasa aku nak senaraikanlah.

3-4 Jun 2006 – Upacara penutup SUKMA Kedah 2006.

5 Jun 2006 - Mesyuarat Pagi PPN Kedah. Aku secara rasminya diputuskan untuk menyiapkan Piagam Pelanggan PPN Kedah yang sudah bertahun tahun tak disiapkan oleh pegawai pegawai yang terdahulu. Aiyoo. Takpa aku nak cuba jugak siapkan.

14 Jun 2006 – Mesyuarat Anugerah Desa Cemerlang bersama dengan Pejabat Daerah di Negeri Kedah dan juga Panel Hakim. Dengan rasminya aku dilantik sebagai salah seorang urusetia bagi Anugerah ini

15-18 Jun 2006 – Bengkel Penilaian Pemantauan di Port Dickson

21-23 Jun 2006 – Bengkel penilaian Program Tunas Mekar di Langkawi.

25 Jun 2006 – Lawatan ke Kampung terpilih di Daerah Langkawi bagi Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri Kedah Darul Aman.

27 Jun 2006 – Lawatan ke Kampung terpilih di Daerah Kubang Pasu bagi Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri Kedah Darul Aman.

28 Jun 2006 – Lawatan ke Kampung terpilih di Daerah Pdg. Terap bagi Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri Kedah Darul Aman.

29 Jun 2006 – Lawatan ke Kampung terpilih di Daerah Sik bagi Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri Kedah Darul Aman.

1 Julai 2006 – Lawatan ke Kampung terpilih di Daerah Baling bagi Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri Kedah Darul Aman.

2 Julai 2006 – Lawatan ke Kampung terpilih di Daerah Kulim bagi Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri Kedah Darul Aman.

3 Julai 2006 – Lawatan ke Kampung terpilih di Daerah Bandar Baharu bagi Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri Kedah Darul Aman.

4 Julai 2006 – Lawatan ke Kampung terpilih di Daerah Pendang bagi Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri Kedah Darul Aman.

9 Julai 2006 – Lawatan ke Kampung terpilih di Daerah Kuala Muda bagi Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri Kedah Darul Aman.

10 Julai 2006 – Lawatan ke Kampung terpilih di Daerah Yan bagi Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri Kedah Darul Aman.

11 Julai 2006 – Lawatan ke Kampung terpilih di Daerah Kota Setar bagi Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri Kedah Darul Aman.


12 atau 13 Julai 2006 - Mesyuarat akhir Panel Pemilihan Anugerah Desa Cemerlang.
Jeng jeng Jeng sapa nak kampung dia menang, time ni la nak bodek aku hehehe.

Oh ya … satu-satunya alasan untuk aku skip kejap lawatan-lawatan in adalah kerana adanya Kursus Induksi JPM di Melaka bermula 10-15 Julai 2006. Hmmm ni nak kena plan lain dgn boss aku sbb Kursus Induksi ni WAJIB dihadiri. Hmmmmm lemme think how.

Ah siol la …. Byk betul kerja aku.
Insyallah aku akan ikhlaskan hati buat semua kerja ni sbb org kata kalau kita ikhlas buat kerja, segalanya akan dipermudahkan.

Kepada mangkuk mangkuk yang asyik kondem kerja PTD dalam Forum Utusan Malaysia (setakat pakai nama samaran aje… pigi dah), ha silalah mai berjumpa aku di Pejabat Pembangunan Negeri Kedah ni. Cakap nak jumpa En Yusman. Baru dia tau langit tinggi ka rendah. Akai tadak. Patutla dia tak dapat sbb hati dia busuk macam daki pusat.
mueh mueh mueh.

No comments: