Monday, May 23, 2011

Cerita Minggu Ini


Beberapa hari lepas, kita dikejutkan (lagi) dengan berita tragedi tanah runtuh. Kali ini tanah runtuh berlaku lagi dan yang lebih syahdu, ia membabitkan mangsa yang terdiri daripada penghuni rumah anak yatim Al-Takwa, Hulu Langat, Selangor. Al-Fatihah.



Gua sekeluarga dengan penuh rasa sebak mengucapkan takziah sambil mengirim sekelumit doa buat semua mangsa. Sungguh. Gua sangat sebak melihat keadaan mangsa yang kebanyakannya masih lagi dalam kategori kanak-kanak. Semoga mereka ditempatkan di tempat yang sepatutnya oleh Allah SWT.

Dan semoga kita(?) mengambil pengajaran atas apa yang berlaku. Pengajaran macam mana? Tepuk dada tanya selera. Benda dah jadi berkali-kali. Dari tragedi Highland Tower sampai la ke tragedi kali ini. Tapi kita tetap bengap dan ketegaq dan bangang.

Gua tak larat dah nak mengulas panjang bab ini. Tapi gua setuju dengan cadangan Teh Tarik gelas besar supaya kita semua belajar balik geografi agar kita ingat balik tentang keadaan mukabumi negara kita ni sebelum berfikir nak bina tu bina ni di satu satu tempat terutamanya di kawasan bukit. Cuma gua nak tambah, selain geografi, kita juga kena belajar sejarah supaya kita dapat pengajaran tentang apa yang berlaku bila kita buat tarah bukit lepas tu buat bangunan situ. Macam apa yang terjadi di Highland Towers. Serius kita kena belajar dari sejarah. Macam penyokong Liverpool yang berbangga dengan sejarah mereka walaupun kita dah masuk ke tahun 2011.

Ok. Cukup di situ.

Selain berita tanah runtuh, berita lain yang sempat gua jeling adalah tentang kematian Macho Man Randy Savage.

Who de hell Macho Man ni?

Well.

Selaku mereka yang membesar di tahun 80-an, menonton gusti melalui video yang disewa (abah yang sewa) di kedai-kedai video pastilah satu kenangan yang tak dilupakan. Kalau di kangaq, kedai paling popular untuk sewa video pastilah kedai Karim Video, yang mana kedai ni pun dikhabarkan bungkus kuah taruk atas sebab ramai sangat pinjam video tak pulang balik. Penangan gusti masa tu cukup hebat. Nama-nama seperti Ultimate Warrior, Andre the Giant, Hulk Hogan, Yukozuna, Big Boss Man, Jake The Snake Robert, Kamala, The Thypoon, Demoletion, Road Warrior semua merupakan nama-nama hebat di arena WWF masa tu. Masa tu kira kalu kedai makan mana yang ada tayang video gusti, memang kompom penuh dengan pelangganlah kiranya.

Berbalik pada berita asal, Randall Mario Poffo atau nama popularnya Macho Man Randy Savage adalah salah satu nama besar dalam WWF masa tu. Terkenal dengan tagline "Ohh Yeahhh" dengan suara garau dan finishing move beliau iaitu Diving Elbow Drop, Macho Man pernah menjadi bintang dalam arena gusti WWF sebaris dengan Hul Hogan di era kegemilangannya bersama dengan pengurus Queen Sherry dan Miss Elizabeth.

Macho Man diberitakan mati akibat kemalangan jalan raya. Diberitakan juga bahawa mungkin beliau mati akibat serangan jantung di kala umur 58 tahun dan kereta yang dipandunya itu bersama dengan isterinya Lynn Payne terbabas dan melanggar sebatang pokok di Floria, Amerika Syarikat.

Anyway, RIP Macho Man. Sebagai seorang kanak-kanak yang hidup di zaman kegemilangan gusti WWF (bukan macam sekarang, gusti semua sampah saja), gua masih terkenang-kenang lagi aksi Macho Man Randy Savage ini. Terima kasih kerana menghiburkan zaman kanak-kanak gua.






Macho Man terlebih dahulu memperkenalkan konsep tangkap gambar sambil jerit 1Malaysia bersama Hulk Hogan.


RIP Brader.




.

Thursday, May 19, 2011

Cerita Pasca Guru 2011


Itu gua. Darjah 1 tahun 87.

Selamat hari guru buat semua guru-guru yang pernah mencurahkan segala ilmu kepada gua, sejak dari kecil sampaila gua besar, tanpa jemu.

Wednesday, May 11, 2011

Cerita Nasik Kandaq Imigresen

Owh ok. Gua rasa, dah lama kita tak bersiaran dalam rancangan Makan-makan Jalan-Jalan (2M2J). Gua pun dah lupa bila last entry pasal makan ni.

Ok.
Hari ini gua makan Nasik Kandaq Imigresen. Gua ringkaskan jadi NKI. Lokasinya NKI ini terletak di Jalan Masjid Kapitan Keling, dekat Asia Kafe.

Senang cerita, kalu datang dari KOMTAR/Masjid Kapitan (Anggap kata masjid tu ada belah tangan kiri), apa yang perlu hangpa buat ialah jalan terus, jumpa lampu isyarat (simpang 4), jalan terus dalam 50 meter dan elok lepas saja traffic light tu (50 meter), belok kiri masuk parking. Dari parking tu dah nampak Asia Cafe. P saja ke situ. Mudah saja kan?



Ok kalau tak jumpa juga, sila rujuk Wikimap di sini.


Ehem. Sedikit sejarah NKI ni. Mengikut sejarah, dulu kedai ni memang berniaga dekat bangunan Imegresen Penang yang dekat jeti tu. Tapi bila dia pindah, dia masih maintain nama ni dan depa pindah pun tak jauh. Dekat saja. So itu sejarahnya. Mudah saja nak create nama kan?


Gerai NKI ni unik sebab depa cooperate dengan satu kedai kopi cina, Asia Cafe. Asia Cafe ni pulak satu kedai kopi Cina yang lama. Retro. Lu orang bleh tengok poster-poster lama dalam kedai ni untuk membuktikkan kelamaannya.





Ada poster F&N orange crush, dunhill lama, air cap rimau, rokok cap tourchlight dan macam-macam. SUngguh retro dan menggamit kenangan silam, terutamanya bagi generasi lama.














serius gua berkenan jam kedai ni.
"aiya itu talak juai la kawan. Sikalang cali talak jumpa lo"
jawab nyonya kedai tu bila gua ckp gua mau beli.


Itu bab kedai. Bab makanan pula, salah satu keunikannya ialah nasik kandaq ni ada ditabur bawang goreng di atasnya. Memang bawang yang depa goreng, bukan bawang paket dari siam yang selalu kita jumpa dlm bihun goreng tu. Rasa kari dgn bawang tu menjadikan NKI ni salah satu hotspot gua di Penang.


Ini lah yang gua jamah.
Ayam goreng paha, bendi dua, sayor.
Bawang goreng tengah2.


Ok sekian 2m2J untuk kali ini. Semoga berjumpa lagi dengan hotspot makan menarik. Tata titi tutu.




Cerita Fail Geografi dan Sejarah

Mungkin di zaman sebelum perjanjian Siam (atau juga disebut perjanjian Bangkok) tahun 1909 dahulu, boleh diterima alamat sedemikian. Tapi sekarang dah 2011. Ini akibat kalo fail dan buta sejarah serta geografi ....



.
.
.

Tuesday, May 3, 2011

Cerita Castelo

orang yang sama.
lokasi sama.
masa berbeza.
hari berbeza.

erk fesyen rambut pun berbeza.







Ok ini antara aktiviti cuti 3 hari kami. Misi mendogolkan rambut akak dan adik kerana serangan kutu. Ubat dah taruk, shampoo dah bubuh. Pun tak ok. Lalu inilah caranya. Mak di Segamat terkejut bila gua mms gambo ni.

"Ingatkan Qaseh masuk spital" katenye. Sayang bebeno cucu die ni ha.

Damn yuh kutu.

Kesian akak. Hasrat nak jadi princess dah bertukar menjadi castelo. Takpala akak. raya nanti dah panjang kot rambut tu. Apa-apa pun anak baba tetap comel.

.