Sunday, November 14, 2010

Cerita Beskal

Gua mula berbasikal kembali, bermula bulan lepas dek kerana gua merasakan akan keperluan menjaga kesihatan. Ini basikal betul. Mountain Bike. Bukan beskal bodo kayuh depan tv atau di ruang tamu tak bergerak tu. Terima kasih pada Angah yang meracun habis-habisan supaya gua membeli sebuah beskal untuk mengeluarkan peluh.

Beskal itu gua beli sebelum isteri dan anak-anak balik dari Johor. Seminggu selepas depa balik, kerana anak, maka inilah wajah basikal mountain bike gua yang terkini.



Ya dengan aksesori tambahan, kusyen penumpang tahan hentakan.



Macam Misae (Ibu Shin Chan) punya beskal pun ada.

3 comments:

miSz tUna said...

Ohhh.. suka2...!!
Ha, selamat mengeluarkan peluh :)
kami kecik2 dulu ayah guna tempat duduk raga je.. dibuat dari rotan.. best nek basikal dgn ayah..
moga2 anak2 pun seronok nnt :)

Hambali ® said...

Nanti kami boh gambaq penumpang bertuah itu

Angah said...

bagusssss!!! rajin2 kayuh ok..aku lepas pantang ni start la kayuh balik..pasni beli sebiji lagi beskal untuk isteri tau..