Monday, March 29, 2010

Terima Kasih Che Nab.

Entry ini entry khas. Pasal Che Nab.

Untuk makluman semua, gua sedih masa menaip entry ini. Sayu.

Che Nab dilahirkan 1989, di Jepun. Gua pemilik ketiga. Maknanya, dalam usia Che Nab yang mencecah 21 tahun, sudah 3 tuan (semuanya lelaki) menggomolinya. Kami memilikinya. Mendaki dan menghenyak dan menjamah tubuh Che Nab ke segenap pelusuk jalan di Malaysia.

Dari zaman gua masih kerja swasta, zaman bercinta, berkahwin, dan sampaila ada anak, Che Nab tak pernah susahkan gua sekeluarga. Che Nab merupakan sebahagian dari keluarga gua. Che Nab serasi dengan gua. Gua boleh duduk atas Che Nab dengan selesa sebab Che Nab fit dah dengan badan gua. Serius. Bawaklah lama mana pun, Che Nab tak pernah bagi gua rasa sakit badan.



Masih teringat lagi, macam mana kami berlima (MIL,FIL, Bik Midah, Wifey dan Qaseh yang berusia 2 minggu) dibawa balik dari Penang ke Johor tahun 2007. Sapa yang bawak kami kalo bukan Che Nab. Dan masih teringat lagi, gua memusing-musing di Penang mencari jalan bila kali pertama bertukar ke Penang. Dan tak lupa memori cermin belakang Che Nab pecah bila ada pasu jatuh dari flat yang kami duduk masa mula-mula tinggal di flat di Penang.



Satu semenanjung gua sudah pusing dengan Che Nab. Hutan bukit, Genting, Cameron, Pantai, Lembah, Lurah dan macam-macam tempat lagilah semua dah dijejaki dengan Che Nab. Nasib baik Sabah dan Sarawak gua tableh p dengan Che Nab. Kalau tak, musti dah sampai.

Ah terlalu banyak memori dengan Che Nab. Biarlah memori tinggal memori.



Bermula 21 Mac 2010, Che Nab sah menjadi milik tuan baru. Tuan yang keempat. Biarlah tuan yang baru pula membela Che Nab. Biarlah tuan yang baru pula menjaga Che Nab. Dan biarlah Che Nab menjaga tuan barunya, sama macam Che Nab jaga gua selama 7 tahun.



Gua sayang Che Nab. Terima kasih atas jasa, khidmat dan segala memori kita bersama selama 7 tahun berada di bawah gua. Gua takkan lupa sampai bila-bila.

Wednesday, March 17, 2010

Entry Sunyi.

Semenjak dua menjak ni, gua rasa sunyi.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Ya. Gua rindukan anak-anak gua.
Ibunya, lagilah gua rindu.

Insyallah awal bulan April ni gua nak ambil diaorang. :)

Friday, March 12, 2010

Corat coret sebelum cuti sekolah.

Selepas berminggu-minggu, akhirnya hujan pun turun di bumi Pulau Pinang ni.

Syukur. Alhamdulillah.

Pun ada jugak yang merungut susah nak balik kerja katanya. Manusia. Macam gua cakap dulu, akan ada manusia yang serba serbi tak kena di mata dia. Itu salah ini salah. Gasaklah.


Gambar dari opis gua. Nun jauh di sana adalah Bukit Bendera.
Berkabus selepas hujan. Cantikkan bilik gua?


Owh ya.

Hari ni juga menandakan cuti sekolah bagi yang bersekolah dan mengajar di sekolah. Cuti semacam ini, tiada makna bagi orang yang kerja pejabat macam gua. Esok (Sabtu) pun masih ada mesyuarat. Apa nak buat. Bagi gua, ada kerja sara anak bini pun dah cukup baik dah. Kan?

Syukur. Alhamdulillah.

:)

Monday, March 8, 2010

Bacin² Ba Demam.

Ba....


Bacin demam.


Ba rindu bacin tak?


Bacin guling-guling dalam kain pelikat ba.


Bacin kene demam campak rupenye ...



Tengok belakang bacin .....

Friday, March 5, 2010

Cerita main kombat.

Haritu.

Gua lepak-lepak kat apartment tempat gua tinggal. Gaya bersantai di beranda rumah sambil menagih nokotin jenama Dunhill®. Melihat kanak-kanak era milenium di bawah sana berseronok bermain tembak-tembak. Ataupun main perang-perang.

Gua enjoy. Seronok tengok budak-budak tu main.

Semua pakai pistol plastik. Pelurunya? Dia pakai peluru pelastik yang hujungnya macam "pelocok" tu. Kalu betul² "aim" kat dahi, boleh melekat peluru tu dibuatnya.

Adat bermain, ada yang jatuh. Ada yang tergolek "dog". Ada bergaduh sebab kena tembak dalam keadaan tak bersedia. Ada juga yang menjadi "lubuk", yakni diijadikan sasaran utama oleh pihak lain, termasuklah juga kadang-kadang oleh ahli kumpulan sendiri yang belot. Biasanya, orang yang menjadi lubuk ni adalah mereka yang "big saiz". Sedap rupanya menembak ayam daging ni.

Macam-macam. Tapi Itulah dunia budak-budak, sekarang.

Sekurang-kurangnya kat tempat gua, masih ada kanak-kanak yang bermain dengan permainan yang ada unsur-unsur penggunaan fizikal. Jauh lebih baik jika dibandingkan dengan budak-budak yang tinggal di Kota Damansara, Taman Tun atau yang jenis rumah berpagar elektronik. Yang asik main komputer dan Playstesyen 24 jam. Jenis tak bergaul dengan orang. Biaq p lah kalu sama-sama budak² gaduh² sikit. Itu adat bermain. Itu resam berkawan. Dan perkara-perkara ini sebenarnya membuktikan bahawa ada komunikasi/interaksi secara sihat dan normal. Bukan komunikasi maya seperti facebook. Ini penting bagi perkembangan kanak-kanak, gua rasa.

Dulu-dulupun, gua pernah main perang-perang ni. Tapi itu dulu. Zaman sebelum wujudnya PlayStesyen® ataupun Blog ataupun Facebook mahupun Mp3.

Masa tu kami main senapang kayu. Ada sesentengah tempat main perang-perang guna caplong. Tapi caplong tak cukup thrill. Tak cukup sakit.


Inilah rupa caplong yang baru siap.
Pakai buluh.



Ni cara main dia. Tak umph sangat pasai kurang sakit.



Keratan rentas sebuah caplong.


Gua main senapang kayu. Senapang kayu, ataupun dikenali juga dengan senapang bemban lagi thrill. Lagi mph. Lagi "piauw" sakitnya. Antara teman sepermainan masa tu termasuklah Anas, Atan, Geroi, Am, Man Kecik, Pi'e, Wan Bagok, Apek, Pak Syed, Ee Bin Seng, Farid, Pakdi Watanapong, Najib, dan beberapa lagi yang gua lupa.

Pembuatan senapang bermula dengan melukis design/rupa senapang di atas kayu/papan tebal (biasanya dicuri dari kawasan pembinaan berhampiran). Kayu ni kemudiannya akan dipotong/digergaji mengikut ukiran tersebut. Design senapang bergantung pada imiginasi masing-masing. Ada yang dapat idea selepas menonton filem Rambo ataupun cerita "Nam; Tour of Duty" (cerita perang vietnam yang dibawakan khas oleh rokok Peryllis, mutu hitam emas). Macam-macam design senapang ada.



Gambaran Ilustrasi.
Senjata ampuh milik gua. Dulu-dulu.
Hehe.


Bahagian paling penting, semestinya pemacu, yang akan menentukan ke"power"an satu-satu senapang itu. Tempat pemacu diikat dengan getah dan diselit dengan seketul kayu kecil untuk meletak peluru.

Pelurunya pulak berbagai jenih, bergantung pada bahan mentah satu-satu tempat. Ada tempat pakai buat ceri, ada kampung pakai buah ceremai dan untuk yang lagi hebat, pelurunya menggunakan batang bemban yang diraut/dipotong.

Kami menggunakan batang bemban. Dipotong kecil-kecil sebesar dadu. Pedihnya peluru ni ialah dia mampu membuatkan sesiapa yang terkena tembakan akan berdarah dan menangis teresak-esak balik ke rumah untuk mengadu pada mak bapak.

Kawasan permainan adalah di sungai belakang rumah kami (dekat dengan Stdium Utama Negeri, Perlis). Tempat tu memang best. Selain ada sungai, kawasan tu juga banyak pokok-pokok besaq dan ada semak samun. Kami pernah jumpa anak ulaq sawa kalo tak silap. Wan Bagok yang menangkapnya. La ni Wan Bagok dah jadi cikgu sekolah dah. Cikgu Inglish. Hehe. Rasanya hobi dia mengumpul haiwan eksotik ni masih ada. Dan dengaqnya pun minggu lepas Perhilitan ada melawat rumah dia. Pasaipa tatau. Hehe.



Inila pokok bemban.
Batangnya cukup umph dijadikan peluru.


Ok berbalik pada cerita kombat ni.

Memang kawasan tepi sungai tu sungguh strategik untuk main perang-perang. Dan kalo tak salah gua, kami ada bina pondok/markas atas pokok (macam cerita DoReMi, PRamlee). Macam mana kami buat, gua dah lupa. Tapi buat secara gotong royong ramai-ramai sesama kami dan markas tu siap ada pagaq duri lagi. Pun guna dawai pagaq duri yang kami curi dari kawasan pembinaan berhampiran.

Cerita main perang kami ni mudah.
Macam biasa, musti ada 2 geng. Geng baik dan geng jahat.

Geng baik akan berkubu di atas pokok ataupun sekitarnya. Geng jahat akan serang dari pelbagai arah. Tugas geng baik semestinya mempertahankan markasnya. Dan tugas geng jahat adalah merampas kubu tersebut. Masa nilah, kehebatan seseorang "combat" ini akan teruji. Ada yang berperang secara gerila (berani mati/tahan sakit kena peluru). Ada yang penembak curi. Ada juga pembelot. Haha.

Dan biasanya, permainan akan tamat bila:
-peluru habih; atau
-orang jahat berjaya rampas markas; atau
-orang baik berjaya pertahankan markas; atau
-orang jahat / baik menangis dan balik umah sebab terkena tembak; atau
-mak bapak masing-masing mai ligan bawak rotan suruh balik rumah.

Tersenyum gua sorang-sorang bila teringatkan zaman gua. Serious gua rindu zaman tu. Dan teringat kat kawan-kawan sepermainan gua sedari kecik. Ada yang jadi cikgu, engineer petronas, inspektor shahab (pulis), jadi rambo (tudm), pegawai gomen, tutor dan macam-macamlah.

Ah.
Those were the days. :)

Monday, March 1, 2010

13 Rabiulawal

Ceritanya mudah.

Sabtu.
13 Rabiulawal. 1431 tahun selepas hijrah.
27 Februari. 2010 tahun masehi.

Seorang jejaka.

Kini di awal 30-an.
Tahniah pada beliau.
Terima kasih pada mama yang melahirkan dia.
Dan abah yang membesarkan dia.
Berpuluh tahun dahulu.

Sedihnya, beliau hanya mampu mendengar nyanyian happy besday dari anaknya yang berumoq 2 ++ tahun melalui telefon ....

:D