Tuesday, September 8, 2009

RM800 for "Orang Gaji Indon."

Baru-baru ini ada desakan dari duta Indon yang mahukan gaji minimum orang gaji atau bibik dari seberang ditetapkan sebanyak RM800.

Walaubagaimanapun, banyak rakyat Malaysia dilihat menentang cadangan tersebut. Bagi depa, gaji sebanyak itu adalah melampau dan tidak setaraf dengan apa yang diberi oleh orang gaji Indon terbabit. Tambahan pula, ramai yang melihat elemen penggunaan Bibik ini bukan sebagai satu "kemewahan" tetapi sebagai satu "keperluan".

Sebagai salah seorang yang menggaji Indon atau Bibik, gua secara tak langsung juga terlibat dalam isu ini lantas, lantas gua merasa terpanggil untuk memberi pendapat gua.

Pendapat gua mudah saja. Gua tak kisah walaupun nak letak gaji minimum bibik ni RM900 pun. Bersetuju dengan cadangan ini bukan bermakna gua kaya (amin!!!) ataupun gua mudah tunduk pada desakan mat Indon yang jadi duta di Malaysia ni.

Pada dasarnya, gaji RM800 untuk bibik ni gua setuju.

Aaaa? Gila pa?

Tapi gua ada syarat. Ni baru namanya deal. Tak moleklahkan dalam perjanjian kalau hanya sorang saja buat syarat. Kalau tidak, ini dinamakan "perjanjian berat sebelah", kata P. Ramlee dalam filem 3 Abdul. Tak jadilah demokrasi terpimpin.

Ok kita teruskan.

Ini syarat-syaratnya:

1. Gua akan kenakan sewa bilik kat bibik tersebut. Kalau dulu percuma, la ni sebulan RM200. Mesti buat potongan gaji. Ade catat dalam slip gaji. Takde tangguh-tangguh. On the spot. Zass !!

2. Makan minum pun gua akan charge. Kalau dulu percuma, la ni sehari gua charge RM12untuk 3 kali makan dan satu supper teh O kosong dgn biskut meri je. Kalo 30 hari kan dah RM360. Dan makannnya pulak adalah mengikut menu dan tetap. Serta mempunyai had-hadnya. Macam asrama. Kalao nak makan lebih, gua charge:

...a) RM2 untuk air segelas (berbancuh tak kira ade susu takde susu mahupun sejuk atau panas),
...b) RM0.50 untuk air suam/sejuk (segelas).
...c) Nasi tambah 50 sen sepinggan.
...d) Lauk tambah pulak harga kira ikut saiz.
...e) Tambah biskut sekeping gua kira 15 sen.

Ini tak dibuat potongan gaji dan tidak dinyatakan dalam slip gaji la sebab benda ni tak fix. Tapi bil akan sampai dan pembayaran tetap kena buat. Resit akan dikeluarkansebagai bukti.

3. Ok seterusnya. Letrik/air pun gua akan charge. Sehari peruntukan RM 6. Tetap. Guna tak guna pun, tetap gua charge RM6 sehari. Kalau 30 hari dah RM 180. Tetapi kalao guna lebih, mesti ada extra charge. Oh ya, toilet hanya boleh guna 4 kali sehari sahaja (termasuk mandi dan buang air). Kalau senak perut tengah-tengah malam tapi dah guna toilet lebih 4 kali pada hari itu, minta maapla. Tahan la sampai esok. Guna peruntukan esok punya. Ataupun, kalau dah dah tak tahan sangat, gua charge RM1 sekali masuk untuk kegunaan extra.

Itu je la syarat-syarat2 asas yang gua kenakan kalau dia nak jugak gaji RM800. Ngerti?

Dan suka diingatkan ye, benda ni tak tetap lagi. Akan berlaku pindaan dari semasa ke semasa "as time goes on". Atau dengan kata lain, gua akan charge apa-apa saja yang dahulunya dinikmati secara percuma. Hanya masa menentukan.

Bunyi macam zalim ? Hish mana ada zalim. Dah orang tak boleh nak berlebih kurang dengan kita. Jadi, kita pun sama jugakla. Ini baru adil. Tak gitu?

Dan lagi sekali gua jelaskan, gua setuju kalao nak naikkan lagi gaji bibik ni ke RM800 sebulan.

11 comments:

sheera said...

setujunyeee aku dgn cadangan tersebut.. sekejam2 aku bila melihat figure RM800 cuma terfikir nak suruh bibik carik rumah sewa sendiri, makan minum sendiri dan bekerja dari jam 7 pagi sehingga 7 malam.

but i like your idea much much better! haha!

sikulat said...

Aku pun akan charge tapi mungkin charge murah sket dari ko laa.. (heheh) tapi kena tambah lagi list nih:

1) Segala urusan kemasukan ke negara spt fee fomema & urusan visa perlu dibayar sendiri. Begitu juga dengan pemeriksaan tahunan (juga tanggung sendiri)

2) Masalah kesihatan & ubat-ubat bukan tanggungjawab majikan

3) Insuran adalah diwajibkan & ditanggung sendiri

4) Majikan tidak lagi perlu membayar dende sekiranya mereka lari.

5) Kelulusan minimum adalah setanding dengan kelulusan SPM (jika di Malaysia) - baru la setanding ngan gaji kerani 700-800 locally.

bole bole..

p/s: diorang nih terlupe hidden cost yg majikan sekarang serap.. senarnya 400-500 skrang yg diorang dpt tuh.. gaji bersih .. masuk sume dlm tabungan.. Pastu yg tak pueh ati tuh.. ape kaitan maid kena dera ngan gaji 800 ? konpius aku..

Ummu Auni Afif said...

aku setuju!

setuju sme tulis, setuju semah tulis walaupun aku tak ada orang gaji.

melampau la 800. lain ler kalau makan pakai tmpt tinggal, majikan tak bagi

ajamz said...

baduh betui kalau kita ikut cakap geng indon nih tapi aku menyokong cadangan yang dikemukakan hang hahaa.

Jangan risaunya kalau kita demand pon depa masuk gak

Farra said...

aku pon setuju....dah la depa tak kene cukai...gaji bersih tuhhh

yg lg letih die sakit kite nk kene anto klinik..nk cuti kite gak anto gi umah sedara die..kos kite ni RM + masa tauuu

Hambali ® said...

Sikulat
Rasa-rasanya tu bleh masuk dalam senarai tambahan tu. Resit disertakan (ayat2 orang keje gomen)

Sheera, Ummu Auni, Ajamz, Farra
Idea2 tu keluar secara spontan (mungkin sebab bengang kot kat indon-indon ni). Tapi kalao dah diaorang nak berkira, then kita pun berkira jugaklah. Hehe

rumet said...

derang bakar bendera kita... buat roadblock nak halau org kita... kita masih lagi nak diam2... semangat 1Malaysia konon! kalau hina agama baru la nak mula "ambil tindakan" (ayat org gomen)

Hambali ® said...

bukan camtu rumet
ayat gomen yang lengkap macam ni:

"pihak kami akan menjalankan siasatan dan keputusannya akan diberitahu sedikit masa nanti"

"kita akan mengambil tindakn dengan memastikan pembakar bendera bla bla bla bla"

har har har .... ntah bila la nak berubah. Tunggu aku jadi KSN la.

Anonymous said...

bibik aku siap demand sabun dettol,syampo rejoice dan losyen badan baby johnson..bab ni aku kena tanggung..banyak cekadak diaorg ni....lepas ni apa segala mak nenek dia nak beli bayar pakai duit sendiri

disa said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,a片,AV女優,聊天室,情色

日月神教-任我行 said...

視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,正妹,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,色情