Tuesday, September 29, 2009

McDota Segamat

Aidilfitri datang lagi. Semua orang seronok. Semua orang meraikannya.

Macam biasa, kami beraya di Segamat. Gua suka balik sana. Semangat dan konvoi rayanya cukup best. Habis satu Segamat kami pusing.

Hari pertama makan ketupat rendang dan lemang. Standard la hari raya pertama. Habis la semua gua punya penurunan 4 kilo sepanjang Ramadhan.

Di Segamat juga, gua berpeluang p McDota. Restoran makanan segera pertama di Segamat. Menurut wifey, McDota ni dah dekat 30 tahun dah wujud di Segamat. Rupoa-rupanya dah lama dah depa ni guna nama "Mc" yang sebelum ni kecoh dengan saman-saman di KL. Tak pasti pulak McDota ni wujud atau tak di daerah lain di Johor ni tapi orang Segamat mesti tahu restoran ni.

Di situ, Wifey order Chicken Chop. Gua order ayam goreng. Dan Nasi McDota (sebab dah 2 hari gua dok makan lemang ketupat ja). Qaseh share ayam goreng dengan gua. Thaqif kami tinggalkan di rumah. Bukan apa, kecik sangat lagi ha.

Series bai, Walaupun bukan orang Segamat, tapi gua sangat2 rasa ke-nostalgia-annya. Mengingatkan gua pada Diana Fried Chicken tepi Klinik Othman di Kangaq suatu masa dulu. Zaman belum ada KFC di Kangaq dan juga Aloq Staq (tepi Std Darul Aman). Seronok. Terasa sentuhan retronya. Hehe.



Wifey sibuk melayan Qaseh.



Ini menu gua. Ayam goreng. Goreng kunyit ja hahaha. Tapi serius sedap beb. Gua pun pelik. Goreng kat rumah tak sesedap ni ha.



Resitnya. Bayar dalam Dollar $ tu.



Muka kenyang lepas makan.



Pintu masuk.



McDota.

Friday, September 18, 2009

Salam Lebaran.

Ramadhan 1430H datang dan (hampir) pergi.
Entah dapat bertemu lagi atau tidak di tahun hadapan.
Entah bagaimana "markah" amalan selama sebulan ini.
Entah diterima atau tidak.
Entah timbul atau tidak keinsafan.
Entah terkawal atau tidak nafsu kita.
Atau pun sekali lagi seperti biasa,
Ramadhan 1430 hanya sekadar penat tak makan sebulan.

Selamat tinggal Ramadhan 1430H.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H.
Ampun maaf daku sekeluarga pinta dari semua.
Keluarga, sanak saudara, kenalan, sahabat.

Moga Allah sentiasa merahmati kita.

**Hambali sekeluarga.**

Wednesday, September 9, 2009

Har Har Har

Gua dapat gambar ni dari member gua melalui email dan gua nak share dengan semua orang. Kreatif gila dan lawak. Itu yang mampu gua katakan.

"Salute"lah.





























Tuesday, September 8, 2009

RM800 for "Orang Gaji Indon."

Baru-baru ini ada desakan dari duta Indon yang mahukan gaji minimum orang gaji atau bibik dari seberang ditetapkan sebanyak RM800.

Walaubagaimanapun, banyak rakyat Malaysia dilihat menentang cadangan tersebut. Bagi depa, gaji sebanyak itu adalah melampau dan tidak setaraf dengan apa yang diberi oleh orang gaji Indon terbabit. Tambahan pula, ramai yang melihat elemen penggunaan Bibik ini bukan sebagai satu "kemewahan" tetapi sebagai satu "keperluan".

Sebagai salah seorang yang menggaji Indon atau Bibik, gua secara tak langsung juga terlibat dalam isu ini lantas, lantas gua merasa terpanggil untuk memberi pendapat gua.

Pendapat gua mudah saja. Gua tak kisah walaupun nak letak gaji minimum bibik ni RM900 pun. Bersetuju dengan cadangan ini bukan bermakna gua kaya (amin!!!) ataupun gua mudah tunduk pada desakan mat Indon yang jadi duta di Malaysia ni.

Pada dasarnya, gaji RM800 untuk bibik ni gua setuju.

Aaaa? Gila pa?

Tapi gua ada syarat. Ni baru namanya deal. Tak moleklahkan dalam perjanjian kalau hanya sorang saja buat syarat. Kalau tidak, ini dinamakan "perjanjian berat sebelah", kata P. Ramlee dalam filem 3 Abdul. Tak jadilah demokrasi terpimpin.

Ok kita teruskan.

Ini syarat-syaratnya:

1. Gua akan kenakan sewa bilik kat bibik tersebut. Kalau dulu percuma, la ni sebulan RM200. Mesti buat potongan gaji. Ade catat dalam slip gaji. Takde tangguh-tangguh. On the spot. Zass !!

2. Makan minum pun gua akan charge. Kalau dulu percuma, la ni sehari gua charge RM12untuk 3 kali makan dan satu supper teh O kosong dgn biskut meri je. Kalo 30 hari kan dah RM360. Dan makannnya pulak adalah mengikut menu dan tetap. Serta mempunyai had-hadnya. Macam asrama. Kalao nak makan lebih, gua charge:

...a) RM2 untuk air segelas (berbancuh tak kira ade susu takde susu mahupun sejuk atau panas),
...b) RM0.50 untuk air suam/sejuk (segelas).
...c) Nasi tambah 50 sen sepinggan.
...d) Lauk tambah pulak harga kira ikut saiz.
...e) Tambah biskut sekeping gua kira 15 sen.

Ini tak dibuat potongan gaji dan tidak dinyatakan dalam slip gaji la sebab benda ni tak fix. Tapi bil akan sampai dan pembayaran tetap kena buat. Resit akan dikeluarkansebagai bukti.

3. Ok seterusnya. Letrik/air pun gua akan charge. Sehari peruntukan RM 6. Tetap. Guna tak guna pun, tetap gua charge RM6 sehari. Kalau 30 hari dah RM 180. Tetapi kalao guna lebih, mesti ada extra charge. Oh ya, toilet hanya boleh guna 4 kali sehari sahaja (termasuk mandi dan buang air). Kalau senak perut tengah-tengah malam tapi dah guna toilet lebih 4 kali pada hari itu, minta maapla. Tahan la sampai esok. Guna peruntukan esok punya. Ataupun, kalau dah dah tak tahan sangat, gua charge RM1 sekali masuk untuk kegunaan extra.

Itu je la syarat-syarat2 asas yang gua kenakan kalau dia nak jugak gaji RM800. Ngerti?

Dan suka diingatkan ye, benda ni tak tetap lagi. Akan berlaku pindaan dari semasa ke semasa "as time goes on". Atau dengan kata lain, gua akan charge apa-apa saja yang dahulunya dinikmati secara percuma. Hanya masa menentukan.

Bunyi macam zalim ? Hish mana ada zalim. Dah orang tak boleh nak berlebih kurang dengan kita. Jadi, kita pun sama jugakla. Ini baru adil. Tak gitu?

Dan lagi sekali gua jelaskan, gua setuju kalao nak naikkan lagi gaji bibik ni ke RM800 sebulan.

Friday, September 4, 2009

Merdeka ! (Posting Lambat punya edisi)

Minyak naik lagi. Merdeka !
Aku saja baca-baca dalam internet, tup tup jumpa satu luahan hati.
Luahan hati orang-orang yang macam aku.
Yang kononnya "didahulukan".
Memang betul didahulukan.
Apa yang dahulu?
Kena dulu la.
Minyak naik.
Rakyat la kena dulu.

.
.
.
.
.

dipetik dari


http://www.jahilgoblog.net

Karya Matkeri


RON ? = ROsmah + Najib

"Mail Sabri kata harga minyak tak naik. Ianya kekal. Sama ja. Ada minyak harga dua hengget. ada minyak ada sringgit lapan kupang. Sama ja. Tadak beza apa pun. Apa pun tak naik.

Semua maintain. Steady.

Cuma, katanya, minyak RON97, yang selalu rakyat pakai tu, dia naikkan taraf kepada minyak premium. So, bila dah naik taraf ni, otomatik la harga pun canak naik. RON97 naik dari RM1.80 ke dua ringgit.

Tapi jangan risau, katanya. Sebab rakyat masih boleh isi minyak dengan harga RM1.80 lagi, guna RON95. RON97 dah ‘upgrade’, kalau mau yang ‘tak upgrade’, guna RON95. Harga sama. Warna pun cantik, kuning. La ni petrol pam dah macam lampu trafik light. Ada merah, kuning, ngan hijau. Cantik kan? Cantik kan? Kan? Suke tak? Suke tak? Tutp matee! Tutup matee! Suurrrpriissssseeee!!!

Ada jugak yang kena tendang perut bulan2 posa ni.

Soalan pertama, apakah RON97 yang telah dinaiktaraf menjadi minyak premium itu lebih baik kualitinya sebelum harganya dinaikkan? Adakah minyak ini telah dicampur dengan formula2 hebat yang boleh membantu menambahbaik enjin, samada dari segi ‘ketukan’ ka hapa ka? Adakah dengan menggunakan RON97 yang lebih mahal ini, proton wira 1.3 aku bertambah pikapnya sampai ke tahap aku tak perlu tutup ekon setiap kali meghagaih bukit?

Jawapannya sudah tentu tidak! Dan kalau jawapannya adalah ‘tidak’, jadah hapakah yang kamu naikkan harga minyak yang sama kualitinya ni, tapi tiba2 jadi mahal keesokan harinya? Bukankah itu namanya kamu sengaja menaikkan harga minyak? Bukankah harga minyak sebenarnya telah naik?!

Ini macam pi market nak beli ikan temenung, tiba2 tokey cakap sekilo kena tambah lagi dua ringgit. Tanya pasaipa, dia kata ikan temenung dah jadi ikan premium. Tanya dia lagi ikan temenung yang dia jual harini semua masuk univesiti ka? Ada ijazah semua ka? Isi manis lagi ka? Sisik makin kurang ka? Dia kata dak, sama ja. Tanya lagi ikan temenung kurang ka kot tengah laut la ni? Dia kata dak, belunggok huk lagi. Paihtu kenapa naikkan harga ikan temenung? Dia jawab harga tak naik, tapi taraf ikan temenung ni dah naik, jadi premium.

Tapi harga ikan temenung mahai dari kemarin. Kita kata tak puas hati. Dia kata kita bulih beli ikan puyu, ikan puyu harga sama macam ikan temenung kemarin. Tapi ikan puyu bukan ikan temenung! Kita jawab bantah. Tapi ikan jugak! Dia betah. Tapi kita tak bulih makan ikan puyu, nanti naik ruam. Kita bagi sebab. Dia suruh makan ikan temenung. Tapi ikan temenung mahai! Kita jawab. Bukan mahai, itu harga untuk ikan premium!

Last2 ada yang kena takek dengan parang tengah2 market tuh.

Naik harga cakap la naik harga! Dok pebodo orang pasaipa? Cakap. Harga dah naik. Kalau nak murah, beli yang rendah kualiti. Yang ni dah naik harga. Yang sama. Harga ja beza, lebih mahai. Kan senang?

Soalan kedua. Kenapa naik harga petrol? Mail Sabri dilaporkan dalam tibitiga malam tadi sebagai berkata sebab harga minyak dunia dah naik sampai USD82 setong.

Aku tak pernah hisap rokok. Jauh lagi nak hisap dam atau hidu gam. Tapi masa mengaji dulu, ada sekoq dua kawan2 yang dok wat kerja loklaq ni. Jawapan Mail Sabri ingatkan aku kepada sorang kawan yang overdose ganja. Samada dia hidu gam, atau telebih hidu petrol, aku tatau, tapi statistik tahun bila yang dia rujuk kata harga minyak dunia dah naik sampai USD82 setong? Harga minyak dunia tak pernah lepas USD75 selepas merudum jatuh sampai ke USD40 tuhari. Samada dia di bawah pengaruh ganja, ataupun sengaja nak membodohkan rakyat sekali lagi, itu aku serah pada pembaca semua. Tapi mengatakan minyak dunia dah naik ke 82 dolar setong adalah statement yang sangat bengong. Tak masuk akal. Dan hanya boleh dilafazkan oleh orang2 yang hilang akal sahaja!

Jadinya, kalau kenaikan bukan disebabkan oleh kenaikan minyak dunia, jadah hapakah yang dinaikkan jugak harga minyak? Adakah sebab BN dah senak tak tau nak kaut duit tang mana, maka last kopek, pau rakyat sekali lagi?

Soalan terakhir. Adakah kualiti RON95 sama seperti RON97? Jika rendah kualitinya, kenapa harganya sama seperti RON97?

Jawapannya jugak adalah tidak. RON95 lebih rendah kualitinya daripada RON97. Dan ada beberapa laporan mengatakan bahawa sesetengah enjin tidak sesuai menggunakan RON95.

Kesimpulannya?

Harga minyak memang dah naik. BN bodohkan rakyat melalui Mail Sabri mengatakan harga tak naik. Rakyat disuruh menggunakan minyak yang rendah kualitinya, tanpa sebarang kebaikan kepada kenderaan, dan disuruh membayar pada harga yang sama!

Mail Sabri kata harga minyak kenderaan tidak berubah, cuma ianya telah ditingkatkan kepada premium.

Rakyat juga akan kata PRU13 ini kerajaan tidak berubah, cuma kami akan gantikannya dengan Pakatan Rakyat, kerajaan Malaysia yang telah dinaiktaraf kepada tahap premium."