Tuesday, July 22, 2008

Sendiri mau ingat la no .....

Satu hari. Duit seringgit telah bertemu dengan kawannya, duit lima puluh ringgit.

Gembira kerana lama tak jumpa, duit seringgit terus menyapa sahabatnya itu “Oit, lama tak nampak, mana hang p?”

Duit lima puluh menjawab ”Aku p merata tempat. Lepas jumpa hang di Maibank haritu, aku p stadium tgk bola, naik STAR Cruise, p KK naik AirAssia, lepak One Uttama, p konsert AF, tengok Formula One. Kadang-kadang aku lepak Stesen Minyak, tak pun aku p Ikear. Senang cerita, merata aku p ... kira tempat2 cam best lah jugak."

"Eh hang pulak apa cerita?" tanya duit lima puluh bila melihat sahabatnya itu monyok saja mukanya.

Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk, “Hmmmm ... Biasalah .... Aku tak p mana-mana sangat pun. Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau, masjid. Kadang-kadang dok dalam kopiah putih saja aku ni. Tu pun mujoq. Kalao nasib tak baik, kadang-kadang tu dok dalam cawan plastik saja ...“

Moral of the story: Takkan la asyik-asyik nak derma RM1 je kat masjid, surau. Pakat-pakat pikiaq la no .... Takkan suma nak dok bagi alasan minyak naik kot ?

5 comments:

mudin001 said...

Aku. Simpan duit singgit untuk bayar tol. :)

ah tok said...

Takde singgit takde lima puluh hinggit... :D



.

X-weatherman said...

Tukang crita tu kasi derma duit ijau gelap kah?? Duit ijau muda nak kena ada 10 keping...

Aku baru 2 kali derma duit ijau gelap..tu pun terketaq tangan nak masukkan duit dalam tabung tu..

Hambali ® said...

swot,
Tak memberi duit seringgit bukan bermakna mesti bagi duit lima puluh.

Cuma aku rasa, penulis suruh kita up la sikit sadaqah kita tu supaya sesuai dengan peredaran zaman.

Dari zaman sekolah sampai dah ada anak dok bagi RM1. Anak sekolah pun la ni RM1 dah tak cukup. Hehe.

Teringat nasik lemak paklang RM1 kat taiping (boh teloq mata).

X-weatherman said...

Hang sebut Paklang, terus kecur air liur aku teringat kat nasi lemak yang paling best pada aku time tuh.Lepas prep, aku tibai 2 bungkus. Sebungkus takat lekat celah gigi je.

Namun semua dah tinggal kenangan..

Mengikut sumber sumber rakan-rakan kita, Paklang dah pulang ke rahmatullah beberapa tahun yang lepas. Akak yang jaga ko-op pun sudah meninggal dunia akibat barah otak.

Al-Fatihah.