Bila mengulas isu anjing. Atau lebih spesifiknya isu program "I want to touch a dog", ini pandangan gua. Sekadar pandangan bukan sebagai ustaz. Gua tak melihat dari sudut agama semata2 tapi dengan melihat skop yang lebih luas dan tak terhad kepada pandangan berdasarkan "copy paste" status FB, ceramah ustaz tu atau fatwa sheikhul ni. Pandangan kita mungkin berbeza. Lu dan gua. Takkan sama.
Islam mengajar supaya kita sayang menyayangi sesama makhluk. Sesama insan. perbezaan agama dan bangsa dirai. Tapi umat islam di malaysia keturunan bani melaui yang bergelar pahlawan papan kekunci FB terutamanya, kalo boleh nak bunuh saja penganjur program tersebut sedangkan mereka sendiri kurang pasti tentang program tersebut. Mudah saja melabel orang ini islam liberal, sakit otak, atau si kafir kristian yang berpura2 masuk islam untuk menyesatkan. Bahkan ramai juga pahlawan islam FB yang keluar dengan ayat "lepas ni ada penganjuran minuk arak pulak" atau "lepas ni akan ada program pegang babi pulak". Ayat2 berbentuk kebencian ini tak pernah diajar oleh islam. Tak hairanlah di kesempatan itu, orang melihat keburukan islam itu lebih dari kebaikan islam. Islam dilabel pengganas. Islam dilabel bangsa yang tahu menghukum. Islam dilabel sebagai agama di mana penganutnya berlumba dan berlawan untuk menentukan "sapa yang lebih alim" dan "sapa yang akan pegi mampus ke neraka."
Islam mengajar supaya kita sentiasa sanggup memberi dan bukannya menerima. Memudahkan bukan menyusahkan. Berapa ramai pahlawan papan kekunci yang tahu kisah kehidupan penganjur yang dedikasi hidupnya membantu golongan gelandangan atas dasar kemanusiaan seperti yang diajarkan Islam. Mengaplikasi apa yang diajar oleh islam supaya sentiasa memberi di saat ramai lagi umat islam termasuk pahlawan agama papan kunci yang hanya menghulurkan sedekah RM1 di tabung masjid. Itu pun seminggu sekali. Berapa ramai juga pahlawan papan kekunci yang memiliki iphone dan mmemuja steve job sedangkan jika dikaji, pengasas / (mantan) pemilik iphone yang sudah mampus itu sebenarnya seorang yang begitu pentingkan duit dan keuntungan hingga sanggup mengkhianati kawannya sendiri?
Islam mengajar supaya kita sentiasa sentiasa bersangka baik sesama makhluk. Sesama Muslim. Dan sesama bukan muslim juga. Pernahkah kita tanya apa tujuan dibuat begitu. Berdiskusi. Berbicara dan akhirnya meraikan perbezaan pendapat. Dengar penjelasannya juga dan jangan membabi buta (atau mengajing buta) menyerang. Peristiwa ini cukup jelas mengingatkan gua pada kisah McDonalds di Terengganu yang di"serang" oleh pahlawan islam yang kononnya pejuang anti zionist tapi ramai yang minat EPL dan pernah layan jugak filem2 Warner Bros dan 20th Fox Centuries. Sungguh ironi islam di Malaysia. Isteri gua yang pernah bersembahyang di RnR walaupun sudah menutup aurat cukup syarat tapi tanpa mengenakan kelubung telekung seperti amalan biasa bani islam melayu di malaysia juga pernah dipandang sampai nak terbeliak bijik mata oleh wanita-wanita islam lain dengan pandangan seolah2 dia sembahyang hanya pakai kain batik tak berbaju. Apa masalahnya? Masalahnya ialah berperasangka buruk.
Gua banyak nak menaip tapi tak terkeluar. Banyak idea cuma macam mana nak ditaip tu tak terkeluar.
Gua cuma nak berpesan. Tolonglah jadi cerdik. Celikkanlah mata melihat Dunia. Allah jadikan dunia ini luas untuk kita mengembara. Mengenal dunia. Budaya. Belajar. Bukan makan angin semata. Masayarakat. Non Muslim. Muslim. Atheis dan sebagainya itu perlu kita lihat juga dengan mata hati bukan dengan mata kasar saja. Kalao dah malas sangat atau tadak duit, atau dah hebat sangat dengan title pahlawan agama papan kekunci, cuba browse juga tengaok aktiviti Muslim Reverted Malaysia. (MRM). paham dan hayati bagaimana dakwah dengan kasih sayang. Dakwah oleh mereka yang menerima hidayah selepas pernah hidup dalam gelap. Bukannya macam bani islam melayu yang keluaq dari faraj dah islam dan rasakan dirinya "maksum" dan orang lain semua penghuni neraka.
Barulah isu "aku nak bunuh penganjur" atau penganjur ni adalah "pendakwah kristien yang nak menyesatkan umat islam" atau "penganjur ni kompom duduk neraka jahanam lapis terbawah" dapat dihakis sedikit demi sedikit.
Sambil2 tu tolong tengok video ni. Faham . Dari perspektif yang lebih besar dan luar. Universal. Bukan dari kotak sempit. Atau lubang idung. Ini yang perlu difikirkan. Perlu dimuhasabahkan. Perlu diperlahalusi. Bukannya perkara berapa rakaat terawih yang afdal. sama ada 8 ke 20 yang mana perkara ni dari gua kecik sampai beranak pinak takkkkkk habih2 dok bincang.
Penerangan lanjut gambar di atas adalah dari blog mykittun.com. Baca. Iqra. Pastu Kaji.