Monday, November 29, 2010

Cerita selipar cap boya buatan China dan awek iras Liyana Jasmay

Masa di KL haritu, gua lupa bawak sandal. Jadi selepas seharian berkasut kulit, di chow kit haritu gua pun belila sepasang selipar cap boya buatan China dan dijual oleh seorang Indon. Sori ye. Taste/citarasa gua memang tinggi. Semua barang import.

Sekonyong-konyong lepas beli, gua terus balik hotel dan langsung pakai selipar cap boya tu, tanpa mengesyaki apa-apa.

Gua turun ke lobi dan langsung mengorak langkah ke pintu hotel. Cadang nak pekena nasi lemak bungkus daun pisang yang femes sebelah area hotel city villa tu sehinggalah gua terperasan ada satu awek sedang mengusha gua.

"Abang" tegur awek tu. Muka iras-iras Liyana Jasmay. Di sebelahnya ada budak laki, lingkungan 8-9 tahun. Adiknya mungkin. Atau mungkin juga anaknya. Paras rupa kini bukan ukuran karena di zaman pasca facebook dan twitter, ramai juga wanita muda yang bergelar ibu tunggal dan selaku penjaga pembangunan wanita, gua kena peka benda2 ni. Eh termelalut pulak. Hehe.

"Ye ada apa?" Jawab gua dalam nada macho macam tengah bagi ucapan perasmian bengkel jahitan di penang tempoh hari.

Dengan selamba, awek iras Liyana Jasmey ni menjawab "kalau ye pun selipar baru, buangla dulu tag dia tu."

Dohh. Gua terus jalan laju ke gerai nasi lemak bungkus daun pisang tepi hotel holiday villa chow kit. 3 bungkus gua balun.

Thursday, November 25, 2010

Cerita Yong Tau Fu

Tak. Ini bukan cerita gua makan yong tau fu di Penang atau di mana-mana pun.

Ini cerita gua sendiri yang hampir direbus jadi macam yong tau fu. Ok haritu gua ke KL. Mesorat di Hq. Dipendekkan cerita, pada hari kejadian (mcm 999) gua bermalam di hotel brisdalle, chow kit. Bila nak mandi, gua masukla ke bath tub dan tanpa prejudis, gua bukak la tombol berwarna biru.

Celaka.

Sekali air panas yang keluar. Berasap2 lagi. Bergegar hotel gua menjerit. Gila! Kalo jadi apa-apa kat kulit gua yang selembut bayi ni, gua saman 100 juta. Rm ok? Pasal apa 100juta? Sebab gua tengok sekarang trend kalo nak saman, mesti 100 juta. Tak kira saman malu ka, saman ganti rugi ka.

Wednesday, November 17, 2010

Cerita Raya

Salam aidiladha.
Gua ke KL dgn family.
Bertolak malam tadi.

Apa punya cilaka, Penang-KL pun sampai 6 jam.
Dari bukit Berapit ke Exit Jelapang (tapak tol lama) dekat 2jam.
Hasilnya: Bertolak 9malam, sampai 4pagi di Exit Sg Buluh.

Gua paham orang ramai nak balik kampung. Tapi ini jam bukan sebab orang ramai nak balik kampung. Ini jam pasal buat kerja tutup jalan di malan raya. Celaka.

Yang gua tak paham, kenapa buat construction di area terowong malam raya? Dan tadak hebahan ikut media? Mungkin peranan media pun dah berubah. Bukan lagi sebagai medium hebahan berita tapi sebagai hanya alat kempen dan penyiar berita politik Malaysia yang sentiasa kotoq.

Salam aidiladha. Serius penat.

Monday, November 15, 2010

Cerita Naik Beskal.

Kelmarin (Ahad) gua berbasikal. Org Perlis/Kedah kata naik gerek.

"Route" perjalanan kelmarin ( dengan basikal wajah baru; tambahan aksesori tempat duduk penumpang tahan hentakan) adalah dari Masjid Negeri ke Botanical Garden dan patah balik.

Penumpang bertuah adalah Bacin. Aka Thaqif. Qaseh tiba2 berubah fikiran tak mau ikut. Memang kami menjadi perhatian sepanjang kayuhan kelmarin sampaila ke Botanical Garden, di Botanical Garden dan dalam perjalanan patah balik. Masa yang diambil (termasuk rehat-rehat minum air di tepi Botanical Garden) adalah lebih kurang sejam setengah.


Hensem. Bacin siap tertidoq lagi masa baba dia tengah mengayuh.
Insyaallah selamat.

Sunday, November 14, 2010

Cerita Beskal

Gua mula berbasikal kembali, bermula bulan lepas dek kerana gua merasakan akan keperluan menjaga kesihatan. Ini basikal betul. Mountain Bike. Bukan beskal bodo kayuh depan tv atau di ruang tamu tak bergerak tu. Terima kasih pada Angah yang meracun habis-habisan supaya gua membeli sebuah beskal untuk mengeluarkan peluh.

Beskal itu gua beli sebelum isteri dan anak-anak balik dari Johor. Seminggu selepas depa balik, kerana anak, maka inilah wajah basikal mountain bike gua yang terkini.



Ya dengan aksesori tambahan, kusyen penumpang tahan hentakan.



Macam Misae (Ibu Shin Chan) punya beskal pun ada.

Wednesday, November 10, 2010

Cerita ANGIN SATU BADAN

Hari ni rasa angin satu badan ....













... bukan pasal hilang hp tapi pasal semalam gua makan pulut dengan ikan kering di pejabat. Taruk pulak bawang goreng dengan kepala parut ... hoh ... Angin satu badan. Jadi mesti cari ayaq halia la jawabnya hari ni.

Tuesday, November 9, 2010

Tuesday, November 2, 2010

Cerita Sentimental

Memandangkan gua ada kerja di PICC, jadi gua tinggal di Dengkil. Kenapa Dengkil? Senang. Dekat. Murah. Rileks. Sentimental. Sentimental kejadahnya? Owh ya. Oleh kerana gua pernah belajar di Univrsiti Telekom Cyberjaya 12 tahun dulu, maka pekan terdekat adalah Dengkil bagi kami untuk makan minum dan tgk bola di Kedai Tomyam Ma Lee. Itu sentimental.

Ok kita lupakan kejap bab itu.

Pagi kemarin. Gua p minum di satu kedai di Dengkil. Bukan kedai Ma Lee. Apa jadahnya pagi-pagi gi kedai tomyam. Kedai yang gua maksudkan adalah sebuah kedai kopi cina. Gua dah tapau nasik lemak dari satu akak tepi jalan di Dengkil dekat dengan simpang nak masuk Taman Selatan, habuan gua nak makan dengan minum kopi. Duduk saja dalam kedai, ada satu apek tua sudah datang. Mau amik order.

Pelayan: Minum bos?
Gua: Kopi O kaw dgn air PANAS. Air PANAS. Bukan air suam.
Pelayan: Ok bos.
Gua: Sama telur separuh masak dua biji.
Pelayan: Ok bos.

Gua bukak bungkus nasi lemak dan menjamah.
Selepas 6-7 mnit air pun sampai....

Waiter: Ok ini air bos.
Gua: Aiyo apek. Gua nak air panas ma. Ni suam.
Waiter: Sori bos, saya tak boleh bawak sebab panas sangat. Ini gelas takde tempat pemegang ma. Sebab tu saya kasi suam saja ....

Aiyoo ....