Semalam, Perlih Singautara berjaya mendapat 3 mata lagi, kali ini dengan kemenangan bergaya 4-1 ke atas Sarawak Ngap Sayot di Std Utama Kangaq.
4
1
Sebagai salah seorang penyokong Singautara, kami turut tumpang gembira. Ternyata tindakan drastik mengenepikan Haji Abdul Rahman Ibrahim (Pak Man Dagu) dan mendapatkan sentuhan terkini Irfan Bakti Abu Salim berjaya menaikkan kembali semangat dan rentak kemenangan Singautara yang sebelum ni kami nampak dok pelan-pelan merudum.
Harap kemenangan ni berterusan lagi sebab kami dah lama tak p Bukit Jalil. Rombongan terakhir kami ikut dalam aksi final adalah perlawanan akhir piala FA antara Perlih-Kedah di Std Batu Kawan, Pulau Pinang yang mana Perlih tewas melalui sepaka penalti 4-2. Final tu jugak satu kenangan yang tak dapat dilupakan kerana kesesakan lalulintas yang teruk sepanjang sejarah kami p tengok bola. Bayangkan pukoi 2 pagi baru boleh keluaq dari parking stadium. Sampaikan KDYMM Sultan Kedah dan Raja Perlih pun tersangkut dalam jam yang teruk nak mampuih tu.
Semoga Singautara terus garang hingga ke hujung saingan liga. Lepas ni cabaran makin hebat sebab akan bertemu dengan pasukan-pasukan heavyweight macam Perak, Selangoq, Ganu, Nogori Sembilan dan tak dilupakan game terakhir Liga Super (mungkin menjadi game penentu kejuaraan) yang mana Singautara akan mengadap abang besaq kami, Kedah.
Ayoh Singautara! Perlih buat boleh !
perlis memang teror siottt....
ReplyDeleteO. Singautara rupanya. Aku baca sekali imbas, ingatkan Singapura. Hehehe!
ReplyDeleteSampai Bkt Jalil, jangan lupa telefon ya. Hehehe!
lupe nk ckp, hang dh kena TAG. check kt blog x-d!
ReplyDelete