Thursday, February 21, 2008

Mari belajar membuang undi ... bukan dok p "buang undi" hangpa

Dalam dok kalut demam pilihanraya ni, apa kata kita belajaq cara-cara nak mengundi atau pun membuang undi (bukan "buang" yang bermaksud melingkup undi tu). Sure ramai yang nak mengundi taun ni kan ? Dan ramai jugak yang baru pertama kali nak mengundi kan ?

Okla memandangkan aku agak kalut sikit maka entry kali ini adalah berhubung dengan cara-cara nak buang undi untuk PilihanRAYA 2008 dan entry kali ini adalah dipetik daripada blog Anjung Larik.

Menarik olahan beliau ni. Mungkin dia ni pernah bertugas sebagai petugas pilihanraya / org SPR. Takpa-takpa, apa-apa pun, mai kita sama-sama pakat belajaq lagu mana nak buang undi.


Tuesday, February 19
Pastikan pangkahan anda tidak sia-sia...





Assalamualaikum semua,

Hari ini saya hendak bercerita tentang cara-cara pangkahan undi yang betul....Seringkali kita beranggapan bahawa memangkah kertas undi itu adalah satu perkara yang mudah. Akibat menganggapnya terlalu mudah dan remeh menyebabkan kita membuat kesilapan yang selalunya, akan membuatkan kertas undi kita rosak dan sia-sia sahaja. Tahukah anda, bahawa setiap undi anda adalah berharga kepada calon pilihan anda...? Dengan melakukan kesilapan kecil sebegini, bakal mengundang kekalahan kepada calon sokongan anda...Jadi marilah kita melakukan tanggunjawab membuang undi ini dengan pangkahan yang betul.

Contoh pangkahan yang betul adalah seperti dibawah :



Pastikan pangkahan anda betul-betul berada di dalam ruang kotak yang disediakan


Saya pernah menerima kertas undi yang berbentuk seperti contoh di bawah. Dalam keadaan ini ketua tempat mengundi akan mengira dahulu kertas-kertas undi yang mempunyai tanda pangkah di ruangan yang betul , kemudian mereka akan beralih kepada kertas-kertas undi yang mempunyai pangkahan atau tanda yang jelas menunjukkan bahawa pegundi telah membuat pilihan kepada caon-calon tertentu. Kertas-kertas undi ini akan dikira sebagai sah, dengan persetujuan wakil-wakil calon yang turut berada semasa proses pengiraan undi sedang dijalankan.



Kertas undi yang masih boleh dikira dengan persetujuan bersama wakil-wakil calon, walaubagaimanapun anda jangan sesekali melakukan seperti ini..!!!


Undi anda dikira rosak dan tidak dikira sekiranya kertas undi anda kelihatan begini :



Kertas undi yang rosak : elakkan undi anda dari menjadi sia-sia....


Semasa saya menjaga tempat mengundi di Subang Jaya, saya merasakan bahawa saya tidak akan menghadapi masalah besar, memandangkan kawasan itu merupakan kawasan bandar yang kebanyakan penduduknya adalah dari golongan elite, profesional dan terpelajar. Walaubagaimanapun saya masih menemui, kertas undi yang rosak teruk seperti dibawah :



Antara contoh kertas undi yang saya jumpa, semasa pengiraan undi dikawasan Subang Jaya.


*Perhatian : Kertas undi diatas hanya sebagai contoh untuk ilustrasi sahaja, dan ia tidak 100% menyamai kertas undi yang sebenar. harap maklum.


p/s: Lakukan tanggungjawab kita dengan hati yang ikhlas dan bertanggunjawab....pastikan usaha dan masa kita untuk berbaris dan membuang undi tidak menjadi sia-sia belaka.....

No comments:

Post a Comment

Ha jemput mai brok brek sini