Tuesday, February 27, 2007

bertambah setahun lagi ...

hari ni 27/2/2007,
sebulan lebih aku tak posting,
banyak benda berlaku dlm sebulan ni,

peristiwa terpenting,
tentulah pertukaran status dari bujang ke "not available anymore"
alhamdulillah,
dengan rahmat dan keizinan dari Allah SWT,
dengan sekali lafaz,
aku dah pun bergelar suami bermula dari hari Jumaat malam Sabtu 16/2/2007,
syukur pada Allah SWT yang memudahkan segalanya,
besar tanggungjawab aku lepas ni,
azam aku, nak jadi suami terbaik pada isteri tersayang, Lyla,
terbaik makna kata dari segala segi dan segala sudut ....



dan pada kawan2, saudara mara dan tetamu yg hadir,
berbanyak-banyak terima kasih kami berdua ucapkan,
doakan juga kebahagiaan kami dalam melayari bahtera sebagai suami isteri ni.
gambar nanti aku uploadkan ok.

dan hari ni jugak,
pada 27/2/2007,
genap 27 tahun umoq aku,
kali pertama sambut besday dgn wife tercinta,
berbeza tu.
:)









hmmm
dan
pada 27/2/2007 ni jugak.
kali ketiga aku sambut besday tanpa mendengar suara mak.

Biasanya tiap2 tahun bermula semenjak aku di mrsm, mak akan ucap happy besday kat aku ikut telefon. Masa aku f5, pernah mak telefon ke pejabat mrsm semata2 nak ucap happy besday. Terpaksa kerani pejabat mai ke kelas panggil aku untuk jawab telefon tu. Sampaila aku sambung belajaq ni univ, dan keja dgn Tele*om, pagi2 lagi mak akan telepon, just untuk ucap happy besday kat anak sulung dia, walaupun masa aku dah keja tu dia dah mula sakit.
tapi semua tu dah jadi kenangan .....

dah 3 kali dah mak tak ucap happy besday kat anak dia ....

dan sampai bila pun,
.... aku tau yang mak takkan boleh ucap lagi dah happy besday kat aku .....

dan sampai bila pun,
.... aku tau yang mak takkan boleh lagi tengok menantu dia .....

dan aku hanya mampu berdoa semoga mak tenang dan beroleh rahmatNya di sana ......

happy besday to me !

Monday, January 22, 2007

The time has come ...

Assalamualaikum wbt

Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim,

Dengan penuh rasa berbesar (dan berdebar) hati yang teramat, saya Yusman Hambali bin Ahmad ingin menjemput suma rakan-rakan taulan, kenalan, sahabat handai, member-member, serta sedara mara yang mengenali diri saya tak kira di mana anda berada ke majlis perkahwinan saya dgn Zalila bt Mohamed yang akan diadakan:

pada hari Sabtu, 17 Febuari 2007 bersamaan 29 Muharam 1428 H
di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Segamat Baru, Segamat, Johor.


Aturcara Majlis: Jamuan Makan 12 t/hari - 4.00 ptg


Semoga kehadiran sedara/sedari dapat menambahkan keberkatan dan kemeriahan majlis ini. Mai jangan tak mai .....



 page 1



page 2

p/s:
Majlis ni sebelah pompuan dulu ... sebelah laki akan menyusul nanti insya-Allah.

Wednesday, January 17, 2007

Banjir oh Banjir ...

Baru-baru ni negara kita terutama depa yang berada di Johor (termasuklah tunang aku) mengalami banjir besar. Tak sampai sebulan, depa diserang banjir sekali lagi (yang disebut gelombang kedua).

Banjir tu bukan sebarang banjir. Kalau kita dok tgk TV/ surat habaq kita akan nampak akan “kehebatan” banjir tu. Manakan tidak, macam tsunami jadinya. Segala jenih bangunan terumatanya di Kota Tinggi (walaupun nama dia kota "TINGGI") kebanyakan jadi macam “hilang” setingkat apabila paras ayaq banjir tu naik mendadak.

Aku ni tumpang kesian dgn apa yang jadi dan harap semua pakat bersabaq banyak-banyak dan tak dapat tidak, aku bersyukur sebab tahun ni banjir tak jadi di negara Jelapang Padi dan Negara Darul Sunnah, iaitu 2 negeri yang awalnya diramal supaya berjaga-jaga. Pengalaman banjir besaq bulan Disember 2005 dulu masih dok terbayang-bayang lagi di mata dan aku rasa aku takkan boleh lupa sampai bila-bila.

Hmmm ... Macam-macam andaian, pendapat, maklumat aku dengaq/terima/baca berkenaan banjir. Perubahan cuaca, tanah yang tak mampu serap banjir (tepu) etc etc dan segala-galanya adalah sebahagian daripada apa maklumat yang aku terima. Pendapat yang jenih cakap mulut saja pun banyak jugak aku dengaq. Mengalahkan CNN. Ni suma bukan buleh pakai. Banyak la hangpa punya pendapat.

Tapi dari banyak² maklumat tu, aku cukup tertarik pada satu artikel yang difoward melalui email kat aku. Katanya:

Ancaman banjir dari kota Singa
(Bukan Singa Utara Juara Piala Malaysia tu yeeee cik Kiah)

Email tu memetik satu sumber berita yang diambil dari The Straits Times 21 Mac 2002 telah menyebut bahawa seorang Profesor dari Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM, Dr Ahmad Khairi Abdul Wahab (sapa-sapa yang klik link ni, gambaq dia ada di bawah sekali, belah tangan kanan kita) telah menyatakan yang Johor akan mengalami banjir besaq dalam jangka masa panjang sekiranya usaha penambakan yang kota Singa lakukan tidak dihentikan.



Nah tu dia. Dia tu bukan main tilik-tilik pakai geluk ayaq macam Nujum Pak Belalang. Dia buat statement tu pakai ilmu. Dia dah nampak dah perkara ni nak jadi satu masa ni kalau kena gaya (dan diizinkan Allah SWT).

Dan kita ? Kita kena dah buat sesuatu. Tapi nak buat apa ?

La tu pun nak tanya aku ?
Hangpa pikiaq la pulak.
Takkan nak buat bodo.

Thursday, January 11, 2007

Malam tadi Penyu menangis ....

Singa 4 - Penyu 1
Chipeta the Zambian Hitman mnt 8
Joey Ryan Gundok (Sabah mari bah, local player bah) mnt 44
Francis Komber mnt 62
Faisal Esahar mnt 85

Gol saguhati penyu: Che Hishamudin Hasan mnt 88

Mau tak menangis kalau dah kena titik sampai 4-1.
hakhakhakhak

Aku igt lagi kata² coach penyu tahun lepas masa suku akhir Piala Malaysia 2006 di Kola Terengganu. Masa tu Suku akhir kedua dgn Perlis setelah seri 2-2 di Kangaq. Konon² nak main saikologi maka bersuaralah si coach ni yang berbunyi:




"Kami tak layak main di suku akhir, kami nak main di Final"


Ni ha amik obat...

4-1 je
The Scoreboard. Sori la gambaq tak clear sgt. Kamera phone.

Monday, January 8, 2007

sibuk, letih, pueh

macam biasa
tadak nak posting apa yang menarik lagi.
masih sibuk buat segala macam payment.
closing date will be 21st january.
lepas tu baru ada cerita best (kot).

oh ya by the way.
hari ni.
rumet ada mai ke Kedah. Atas urusan kerja (dia kata la)
macam biasa, tetamu mai kita kena layan.
so aku bawak dia p belasah nasik kandaq haji ramli.
pergh. terbaik.

esok nak bawak dia p mentekadarah di kola kedah pulak sebelum dia balik ke KL.
menu ?
apa lagi kalo bukan nasik panaih dgn gulai ikan temenung.
gambar akan menyusul nanti.
believe me.


menu simple saja.
[L-R] ayam goreng kampung dan gulai ayam kampung.
melekat bau gulai kat tgn walaupun dibasuh dgn sabun dettol.
sayoq tadak.
ditegah sama sekali.



"hahaha mari kita makan, bini aku bukan tau pun aku makan banyak," kata rumet.