Tuesday, October 17, 2006

Yang mana lagi hebat ??

Lega. Habis keja pagi ni. Hmm dah 12.45 ni

Aku pun surf-surf internet sat dan terjumpa beberapa iklan/poster pasal telekomunikasi. Tak dinafikan peranan iklan/poster ni dalam membentuk imej syarikat. Juga penting dalam pemasaran. Tapi iklan-iklan di bawah ni membuatkan aku tergelak sorang-sorang.

OK, mula-mula aku jumpa iklan ni:







Nampak familiar kan mesej iklan kat atas tadi? Mesej dia lebih kurang macam iklan Telekom yang di bawah ni la. Hmmmmm .....








Tapi aku rasa tadak sapa boleh lawan iklan ni.
Baca hak yang dlm bulatan merah tu.

Sunday, October 15, 2006

Kehebatan Nasik Kandar Haji Ramli, Simpang 4, Kota Sarang Semut

Kelmarin (Sabtu 14/9/2006) aku p ke Baling melawat Matori yang telah selamat menimang cahaya mata lelaki. Bayi yang belum diberi nama tu selamat dilahirkan di Hospital Baling pada hari Jumaat lepas. Tahniah pada Matori dan Isteri. Semoga kehadiran org baru akan lebih membawa makna dalam kehidupan beliau sekeluarga.

Matori, his wife and their baby
Tori, Wife dia dan baby depa.


The Baby
Baby comey. Welkam to the world.



Tori and Tori Jr
Gaya Papa Tori.

Sebenaqnya aku p ke Baling semalam atas urusan kerja walaupun hari tu hari Sabtu. Naik Pajero. Tgk betapa tekunnya aku bekerja kan ? Hari Sabtu pun dok p kerja lagi. Bukannya dekat. Ke Baling tu ha. Dekat 150 km dari rumah aku di Kangaq.

Lepas melawat Matori, aku pun balik la ke Aloq Staq. Jam dah pukol 4.50 ptg. Aku bertolak dari Baling. Sempat lagi ka. Hmmm. Masa balik tu aku dah set dah dalam pala otak, nak makan Nasik Kandaq Haji Ramli Simpang 4, Kota Sarang Semut. So dengan pajero tu, aku tekan habis-habisan kat highway Gurun-Aloq Staq. Tak laju. Dalam 140-150 km/h saja.


144 km/h je
Meter Pajero sedang menunjukkan kelajuan lebih kurang 148 km/h.
Aku tangkap sendiri gambaq ni guna kamera handphone
Dan aku juga yang dok bawak Pajero tu. Bahaya sungguh.


Aku sampai di kedai tu dalam pukoi 6.15. Hoho. Just nice untuk duduk dan order dan relaks dan tunggu waktu berbuka. Jangan lupa tang waktu berbuka tu. Sat lagi order-order pastu teruih makan, naya. Naik van mayat la aku gayanya.

OK back to cerita mengenai kehebatan kedai ni. Kedai ni terkenal dengan hidangan Gulai Ayam Kampung dan juga Ayam Kampung Goreng dan penah masuk Jalan-jalan Cari Makan TV3 punya nu. Gulai ayam kampung dia memang superb. Kuah campoq dia pun memang setaraf dengan Zainol. (Rumet/Farul/Fei/Aqeem dan yang seangkatan dengannya mesti tau apa itu Zainol). Ditambah pulak dengan taburan bawang goreng atas nasik yang dihidang panas-panas, pergh Nasik Kandaq Haji Ramli Simpang 4 memang terbaikla.

Lepas booking meja, aku pun pilih lauk. Lauk yang cukup simple (ya la tu simple). Antaranya:

- Gulai Ayam Kampung (amik part dada)
- Daging masak itam (2 ketoi)
- Sotong masak merah ( 3 ekoq)
- Sedikit Kuah Campoq.
- Kacang bendi.

Minum pulak ayaq sirap bandung dengan ayaq suam.

Malas nak cerita panjang. Dengaq saja Bang (ataupun Azan), dengan lafaz Bismillah dan doa berbuka, maka upacara mem"buka" puasa aku pun berjalan lancaq. Dulu ada orang tanya aku, org utara tak makan kuih ke ? Ha ni nak habaq mai, kami mmg tak makan kuih lepas bukak posa. Lepas doa dan ayaq seteguk, terus nasik. Kuih tu kami makan lepas semayang maghrib sementara dok menyandaq kat dinding tunggu nak p Terawih (bukan Megat Terawis). Atau mungkin makan kuih lepaih Terawih. Nak buat macam mana, dah nama pun Negeri Jelapang Padi. Bukan KL.

Alhamdulillah. Nasik bertambah sekali. Lauk habis settle semua. Dan aku pun menyandaq kekenyangan.

Hebat hebat. Terbaiklah nasik kandaq ni.
Harga semua ? Baru 12 ringgit bang. Ayam kampung tu. Kalu kat KL mau 20 dah tu. Silap silap lagi mahai. Dengaq kata bil ayaq karat di KL naik lagi 15%. Hmmm nasib hangpa la no. Pakai ayaq karat pun dok kena bayaq mahai. Takpala. Negeri Maju dan Jaya. Tak macam kami. Kampung. Ulu. Kuih 5 biji seringgit. Sekupang sebijik pun ada lagi.

Lepas makan, terus aku start Pajero dan blah dari situ.
Semayang maghrib kat Masjid Pumpong saja.
Jamak terus dgn Isyak. Musafir la katakan.
Bila lagi nak guna kemudahan ni.

p/s: to Rumet dan Farul cepat² la mai sini lepas abih posa ni. Kita p pekena sekali kat sini.


Nasi
Nasik Kuning ditabur bawang goreng.
Wanginya...


Kosong???
Bermula dari mangkuk hijau bersudu (mengikut pusingan jam) ialah:
1. Kuah campoq.
2. Daging hitam.
3. Sotong
4. Gulai Ayam Kampung.

Wednesday, October 11, 2006

Aiyoo ......

Semalam sungguh rush. Ada mesyuarat + report tiba nak kena hantaq. Urgent pulak tu. Tak menang tangan. Dah la tengah posa, keja pulak tiba² banyak, dah tu opis pulak aircond tak berapa sejuk.

"Tengah repair" tu kata staff aku bila aku tanya awat panaih sangat dlm pejabat.

Jam dah 5.30 bila aku siap bind satu report di bilik percetakan. Abih keja aku. Lepas siap bind suma, aku boh dlm sampul, tulih address elok-elok lepas tu aku boh benda tu kat tray "surat keluar" untuk opis boy aku p despatch pagi esok (pagi ni).

5.45 ptg. Settle semua. Opis panas. Otak letih. Badan lesu. Tekak kering. Maklumlah posa. Lainla kalau tak posa.

Aku jalan balik p bilik aku. Kepala dok pikiaq apa aku nak beli untuk bukak posa sat lagi. Murtabak kat Pumpong pun ok jugak tu. On the way balik, bleh beli nasik kandaq kat Jerlun. Ai buke puase dengan nasik kandaq la deme ari nampaknye ye yob ? Terliur bunyinye.

Aku pegang tombol, cuba pulas. Stuck. HOH ! Awat kunci pulak ni ???? Ah sudah. Ni musti aku tertekan kunci masa kelam-kabut siapkan report tadi. Aduihhhh. Apa dugaan aku dapat petang ni. Kunci kereta, beg duit, kunci rumah semua dalam tu. HP saja yang dok ada dlm poket aku. Aku dah tensen sgt dah. Dah la letih, hangat, bilik pulak terkunci. Aku seluk poket, call staff aku yang ada simpan kunci-kunci pejabat ni. Pompuan pulak jawab "The number u have dialled cannot be reached at this moment". Dah sah sah dia katop HP takpun tgh dok beli makanan kat pasar ramadan ni. Hadoih. 2-3 kali aku try pun macam tu jugak. Aku p tempat dia, tgk² ataih meja dia, kot-kot la ada dia letak atas meja. Pun tarak.

Aku pening pala. Panaih saja rasa dlm badan ni. Mula nak jadi McGyver.
Aku amik clip kertas besaq, jolok2 dalam lubang kunci. Gagal.
Aku amik smart kad akses pejabat, try jolok kot celah² pintu. Gagal.
Masa makin berjalan. Dah 6.20 dah.

Last-last ...

Aku dah tension sgt dah ni. Habih satu pejabat aku melilau. Aku jumpak hammer kat tempat juruteknik opis ni ha. Apa lagi. Dgn bacaan Bismillah ku hayun hammer itu. Lepas tu, Sadaqallahhul'azim. Boleh bayang la kot no apa nasib tombol tu. Tepat 6.35 aku pun keluaq dari opis. Nuuu jauh lagi nu nak balik p Kangaq. 53km lagi. Aiyoh. Aku tatau la berapa byk markah posa aku kena potong semalam.

Habih segala impian murni nak beli murtabak semua.
Semalam bukak posa dgn ayaq kotak soya saja. Tu pun dalam kereta. Macam org KL la pulak. Cuma tadak traffic jam saja.

Kasihan.
Tombol mangsa keadaan.

Tuesday, October 3, 2006

Pecah rekod

Hari ni pecah rekod. Kepala aku rasa cukup berat. Cukup letih. Cukup tepu.

Mau tak pening. dari pukoi 8.30am sampaila pukoi 4.45 pm, aku meeeeeting saja. Sampai meeting yang ketiga tu aku cakap pun tersasul dah. Aiyyo ....

Pukol 8.30 am - Mesyuarat Pagi PPN Kedah (Pegawai sahaja)

Pukol 11.30 am - Mesyuarat Pagi Tamat dan terus sambung Mesyuarat Pengurusan PPN Kedah (Kali ni melibatkan Pegawai dan Staf Sokongan seramai 32 orang)

Pukoi 2.00 pm - Mesyuarat Pengurusan Tamat. Semayang Zohor sat. Basuh muka sat.

Pukoi 2.30 pm - Mesyuarat Penyelarasan RMKe-9 dengan Jabatan/Agensi Kerajaan.

Pukoi 4.50 pm - Segala-gala mesyuarat untuk hari ni tamat. Penuh dah pala aku ni.

Sunday, October 1, 2006

So many things did happen ....

Well well

Assalamualaikum, hola !

Lama sungguh tak update. Sibuk + byk keja. Oh ya sebelum aku lupa, Selamat Posa bagi yang berposa. Hari ni (Ahad 1 Okt 2006) adalah hari ke 8 kita semua berposa. Bagi yang tak posa (especially yang saja-saja tamau posa), lantak hangpalah no. Pandai-pandailah menjawab di neraka nanti.

Banyak benda terjadi dalam tempoh dekat 2 minggu ni yang menjadikan aku sibuk + terlalu letih. Antaranya:

1. Final Piala Malaysia 2006 di Bukit Jalil (16/9/2006)
2. Konvo DPA INTAN di PICC (18 dan 19/9/2006)
3. Mesyuarat dan mesyuarat dan mesyuarat di KKLW.

OK kita p ka topik pertama:
Final Piala Malaysia 2006, 16/9/2006, Std Bukit Jalil.

Perlis vs NAZA N9. Ada nama Naza tuh. Gempak. Kami pakai cap Bintong Construction saja. Pun masih menang lagi. Tak banyak, 2-1 saja. Nak kata apa lagi ? Alhamdulillah. Puas. Puas sepuas-puasnya.

Gol terhasil daripada balingan "tangan ajaib" Adrien Jurad Chamrong dan ditanduk oleh permata hitam Phillimon Chepita (minit ke 4) dan melalui tandukan Pakya @ Zachariah Simukonda (minit 76) juga melalui free kick Jurad. . Tahniah buat Perlis. Tahniah buat aku dan ribuan penyokong lain yang mai ke bukit jalil.

Tak sia-sia malam tu sorak sampai habih sora. Tak sia-sia kami mai jauh semata-mata nak makan angin di Bukit Jalil hujung tahun.

Meter keta aku tunjuk 523KM masa aku dok cari parking di Bukit Jalil. Jauh sungguh kami mai. Kami semua mai dari kampung ulu banat semata-mata nak tengok player negeri kami main dengan bersungguh-sungguh. Kami ni orang kampung. Bukan penduduk Negeri Maju. Kami penyokong bukan dapat apa pun. Perlis menang pun kami tak dapat tanah, Perlis kalah pun gaji kami tak kena potong. Tol kami, minyak semua kami bayaq sendiri. Kami dapat sabsidi tiket saja RM 10. Alhamdulillah. Perlis menang, kami tumpang seronok, kami tumpang bangga. Tu saja yang kami nak.

Kami nak jalan-jalan mai Bukit Jalil hujung tahun. Dah 3 tahun dah kami mai jalan-jalan kat Bukit Jalil tiap-tiap kali hujung tahun. 3 tahun berturut-turut. Kalau kerap sangat mai, mesti ada macam-macam yang terjadi. Ada masa kami seronok, ada masa berduka nestapa tapi kali ni kami seronok balik. Harap-harap tahun depan kami org kampung ni buleh mai lagi la makan angin kat Bukit Jalil ni. Makan angin dengan seronok.

Kesimpulannya: Final Piala Malaysia 2006:

Perlis _______-_---_-__2
Negeri Sembilan ______1



The Champion
Semestinya.

2-1
Monang tak banyak. Duo satu ajo.

Hooo
Penyokong Cawangan Taman Guru Jaya.

Yezza
Adik dgn Abg sama saja.

Hooo
Rita Rudaini pun ada

Hooo
The Zambians (10-Chipeta, 16-Simukonda)

Hooo
The Hitman. The Final's best player. The Perlis' Legend.

Hooo
The crowd. Habih sunyi Kangaq malam tu.

Hooo
Mohd Feriza Ismail, aged 35.
Ex-Kedah.
Dah penah main zaman Fandi Ahmad,
Radhi Mat Din, Olubunmi Adigun, etc etc.
Legend jugak ni.


Ok now lets proceed to the second topic : Konvo INTAN di PICC.
Hmmm nanti la aku sambung.
Ada kerja sat.