Monday, August 2, 2010

Cerita mamai pagi Isnin

Tadi. Di Komtar.

Gua ke Komtar dgn kereta pejabat. Pemandu bawakkan. Ada urusan penting. Urusan Kerajaan Malaysia lah katakan.

Balik dari situ, gua singgah ATM amik kertas kepala berkepala Agong. Dalam dunia sekarang, sekeping kertas berkepala Agong ini banyak faedahnya. Lebih tebal dan lebih berwarna warni lebih baik. Itu kata orang.

Ok kita teruskan. Nun di seberang jalan, gua rasa gua nampak kelibat kereta pejabat menanti. Kereta Waja. Tapi sikit terlindung dengan sebuah Mitsubishi Pajero.

Gua terus menuju ke kereta dan langsung bukak pintu. Tanpa menoleh kiri kanan mahupun mengintai ke dalam kereta.

Sekali .... halamakkkk.

Terperanjat mamat dalam dalam kereta tu. Gua yang bukak pintu pun terperanjat. Terkejut beruk. Hampir-hampir kena heart attack.

Cilakak.

Macam mana la boleh tersilap bukak kereta ni. Pemandu gua gelak tak berenti. Jangan risau. Gua geng dengan drebar gua. Tak kena memo punya sebab dia gelakkan gua.

5 comments:

  1. hahahahahhaha! seronok drebar hang! bukan selalu dapat gelakkan BIG BOSS kan?? - baizura

    ReplyDelete
  2. hahahah.. lawak lawak..

    ReplyDelete
  3. confident ja masuk kereta orang

    ReplyDelete
  4. kalau awek yg bawak keta tu mesti ko masuk je terus kan...? he he.

    :p


    .

    ReplyDelete
  5. wakakakakak... lawak giler la lu bro... hahahha.... sy pun pernah gak salah masuk keter... nasib dlm keter tu ade bini dia jer.. buat ade laki dia, masak dikatakan skandal.... wwooottt... woootttt...

    ReplyDelete

Ha jemput mai brok brek sini