Monday, March 2, 2009

Kisah 2 Bulan Tak Berblog

Salam !

Hoh !

2 bulan tak berblog. Lama tu. Series beb, aku tak sempat. Takpa, ni dah mula balik dah.

Apa nak story ni. Humm let's see.


Ibu
Dah nak masuk 8 bulan dah. Insya-Allah adik nanti pun akan ber-IC kan 07 jugak. Penang mari. Kalau mengikut Dr Shankar di spital Lam Wah Ee haritu, rasanya laki-laki. Tapi ya la, sepertimana masa ngandungkan Qaseh dulu pun, aku tak pernah peduli laki ka pompuan ka. Tak macam sesetengah orang, nak anak tu la nak anak ni la. Suma tu aku tak pedulik.

Apa yang paling penting adalah segala selamat, sejahtera dan dipermudahkan sumua urusan oleh Allah SWT. Dan bagi aku jugak, diberi peluang oleh Allah SWT untuk jadi ibu bapa pun adalah satu nikmat yang tak dapat ditukarganti. Betoi dak?

Hohoho

Tak semua orang yang diberi peluang macam ni. Ada yang terpaksa tunggu bertahun2 lepas kahwin untuk merasa menjadi parent. Dan untuk pembaca yang terpaksa mealui detik2 yang memerlukan kesabaran ni, aku cuma mampu harap hangpa lebih bersabar, banyakkan berdoa, banyakkan usaha (bukan setakat usaha "yang tu" saja tapi usaha lain sama seperti mendapatkan nasihat doktor, pakar, etc etc) dan aku doakan semoga hangpa juga dimurahkan rezeki. Insya-Allah.

Berbalik pada cerita mengenai ibu, yang peliknya (sikit) mengandung kali ni, Ibu suka sangat makan nasik kandaq. Especially, kat kedai Nasik Kandaq Mohaideen, Jalan Gudwara di Georgetown (depan Pejabat Veterinar). Kedai tu kedai orang lama atau pun orang veteran. Kedai kecik ja. Tadak air cond.

Tukang boh "kuah-taruk-atas" pun memang orang2 veteran. Umoq suma kebanyakan 60++. Punyala suka makan kat kedai tu sampai boleh kata start dari bulan 1 haritu, ALMOST every weekend kami (aku, ibu dan Qaseh) p makan kat situ. Sampai mamu-mamu ni dah kenai dah kami bertiga anak beranak (4 masuk yang dalam kandungan). Lauk dia semestinya Kari Ikan (bukan kepala tapi isi ikan) sama itu Tokua Sambal (ataupun Tauhu Sambal, kata org KL) Maybe "sentuhan" ataupun ayaq tangan orang2 veteran ni lain sikit kot.

Nak try? Mai Penang la. Halo-halo aku. Nanti aku bawak p. Serius benda ni takkan hangpa jumpa punya di luaq Penang. Waktu perniagaan, siang only (makan pagi / tengah hari)


Qaseh
Dah boleh berjalan dah anak dara kami ni. Masa nak raya Cina dulu. Pejam celik, umoq dah hampir mencecah setahun 5 bulan dah. Dia punya ligat boleh mencungapkan kami berdua. Dah pandai explore barang2 dalam rumah.

Bila dah boleh jalan, secara rasmkinya, Qaseh dah jadi Pembantu Rumah Ibu (atau lebih tepat lagi; Penyepah Rumah) yang cukup rajin "mengemas" baju-baju, barang dan sebagainya. Dan hampir-hampir memakan cabai kering yang ada atas rak di dapoq rumah kami. Mengucap panjang ibu dia. Woahahah.



Budak tengah nak besaq, macam tula. Cerdik budak ni. Pandai mengexplore. Kad Astro dia pandai tarik, handphone dia pandai letak kat telinga mengajuk gaya org ckp telepon sambil membebel-bebel dalam Bahasa Jerman, pandai paksa aku suruh bawak naik keta malam-malam untuk pusing-pusing tengok lampu (setiap malam, ok?) dan yang paling penting, dia dah pandai minta adik. Buat teman nak main katanya. Woahahaha. Takpa takpa, tak lama lagi dah nak ada membe main-main. Insya-Allah sebulan ja lagi. Woahahaha.


Domok-domok ba dengan baju gajah yang dibeli di Bangkok, tahun lepas.

Apa-apa pun, semoga anak ba menjadi insan berguna masa depan kelak. Ba sayang Ibu dgn Qaseh.


Aku (?)
Masih macam tu. Berulang alik dari Pulau ke Seberang Perai setiap hari. Kira hari-hari aku menyeberang laut untuk p kerja.

Kali ni kerja aku makin berat kat Pejabat Pembangunan ni. Akula satu-satunya pegawai di opis tu buat masa ni. Jadi selain daripada keja hakiki menguruskan projek-projek, aku la jugak kena jaga admin, jaga pejabat, jaga peel anak buah dan paling penting sekali, jaga opis dan bos besaq. You are the decision maker at the office. Serius letih beb. Kadang-kadang punyala letih, sebab weekend pun ada function, majlis tu majlis ni yang aku kena hadiri. Ibu faham. Dan aku bersyukur sebab mempunyai isteri yang cukup faham dengan tugas aku.

Kalo dulu, mungkin aku (dan jugak hangpa) begitu mudah ja mengata bos itu, bos ini, bos bla bla bla tapi skang baru aku sedaq akan beratnya tanggungjawab menjadi seorang yang bergelaq bos di satu-satu pejabat. Kena pulak pejabat tu adalah pejabat yang beru ditubuhkan dan aku serta anak-anak buah aku nilah yang dikira sebaga "perintis" di opis baru tu. Pernah dulu kami mesyuarat dok bersila ja atas karpet sebab ofis tengah renovate kerana baru berpindah. Macam Tuan Sadiq Segaraga dgn Tuan Penasihat 25% dalam cerita 3 Abdul. Tapi alhamdulillah sumanya ok dan suma tu nanti bagi aku, jadi kenangan nanti bila aku dah tak dok lagi opis tu.

Tapi aku syukur dlm tempoh yang masih "jagung" dlm servis ni, banyak benda yang aku belajaq. Yang nak kena belajaq pun banyak lagi ni. Bab tu jangan lupa jugak. Jangan dok rasa diri ni hebat sangat no (ditujukan utk diri sendiri dan sapa-sapa juala, baik di sektor kerajaan mahupun swasta mahupun kerja sendiri).


Masih sempat meluangkan masa bergambaq dgn hero malaya

Biaqpun banyak kerja, jauh di sudut hati aku syukur sebab masih ada kerja, biaqpun dalam ekonomi yang tak menentu. Aku penah ckp kat ibu, aku kena kerja kuat sebab aku ada banyak mulut nak disuap. Dan aku takkan biaqkan mulut-mulut bini dan anak-anak aku nanti disuap dengan hasil dari yang haram. Biaq aku keja kuat separuh mati untuk sara depa daripada dok senang lenang tapi makan duit dari hasil yang haram.

Politik, Ekonomi Dan Hal Hal Am di Malaysia

Seperti mana yang hangpa tahun, tahun ni orang Cina kata Tahun Lembu. Kesimpulan yang aku dapat lihat dari sudut politik pulak, memang lembu pun juak-juak politik ni.

- Hang kata aku salah, aku kata hang salah.
- Hang tunjuk gambaq aku terkangkang, aku kata hang konspirasi©
(ada copyright perkataan tu, bukan boleh guna sebarang).
- Hang kata aku derhaka kat raja, aku kata hang pun dulu sama ja p tarik kekebalan raja-raja.
- Hang kata aku celaka, hang pun sama celaka.
- Hang kata tol naik, aku kata tol tangguh sat sampai ujung taun
- Hang kata boleh guna kalimah Allah, hari ni hang kata tak boleh pulak
- Hang kata ekonomi ok, aku kata ekonomi tak ok.

Ah. Kesimpulannya, memang betoi. Tahun ni Tahun Lembu. Flip Flop.

Tahun di mana banyak manusia menjadi lembu. Harap rupa ja masih macam manusia, tapi pegangan agma, perangai, budi pekerti, tatasusila dan yang peling penting OTAK pun jadi OTAK LEMBU.

Bab ekonomi, ni satu kenyataan dari Menteri Kewangan II. Dipetik dari The Star di sini. Pedih tapi itulah realitinya. Jangan kita dok tipu orang cakap ekonomi kita elok. Tak baik.

Tapi apa yang paling penting, dalam gawat-gawat macam ni pun, jangan kita jadikan alasan untuk takmau bersekedah, seperti yang Pak Bakaq sebut dalam blog beliau di sini. (Maap ya, walaupun dia pun penulis kepartian, tapi tak semua pandangan dia aku amik. Aku amik hat yang relevan dalam kehidupan kita saja)

Ah banyak sungguh aku membebel kat sini. Biasala. Penangan 2 bulan tak menulis. Oklah semua.

Chalos.

2 comments:

  1. "jagung" dalam servis konon....
    kepala dah botak.. janggut sampai ke dada... "jagung" apa ni oi!

    Qaseh amat cute... dah besaq dah dia.. hehe

    ReplyDelete
  2. Dia kata 'jagung' lain tu... jagung hat buleh adik punya tu...

    ReplyDelete

Ha jemput mai brok brek sini