Ini pintu tandas.
Tandas opis gua di Pulau Pinang (HQ).
Kecuali tanda "Dilarang masuk, kakitangan sahaja", dengan sekali tengok, nampak macam tadak apa yang berlainan dari tandas-tandas yang lain di Malaysia ini.
Tapi cuba tengok sekali lagi. Wooo.
Bukak mata luas-luas.
Nampak ni?
Jangan ingat bila senak terus nak tunaikan "hajat" saja.
Musti baca jampi.
Baru pintu tandas boleh bukak.
Ada security lock tu. Berpassword lagi.
Nak masuk tandas kena "key in" password atau guna pass card.
Ah nampaknya penyakit pasang pintu berpassword ni merebak di opis gua dan mungkin satu hari nanti, nak "flush" jamban pun kena key in password dulu.
Owh ya.
Tadi tu nak masuk tandas.
Nak keluaq tandas pulak pun ada syarat.
Musti tekan butang macam gaya di atas.
Kalo tidak, bertapa la hang dalam jamban tu sampai ada org lain masuk dan bersama-sama menunaikan hajat di hai.
Wooho.
Ah bayangkan bila benda tu dah nak terkeluaq sangat-sangat dah.
Dengan kalutnya,
Dengan nak kemutnya,
Dengan nak masuk passwordnya,
Yang lain terpulang pada imaginasi hangpa la noo.
Aiyyoooooo !
Macam-macam la opis gua ni.
Malaysia Boleh!
gile kedekut.. hahahaha..
ReplyDeleteMesti boleh extract report.. keluar masuk toilet by staffid, minutes taken, Day most ppl visit in a week.. Dahsyat..
dia nk kira bape kali staff dia guna tempat termenung tuh... mungkin dia concern ngan korang yg cirit birit??
ReplyDeletebyk "rahsia kerajaan" dlm tuh.. kene letak security lock..
ReplyDeletesme, cuba hang siasat sikit... berapa tender utk pasang lock tu?? sure lebih mahal dari nak buat tandas... ntah ntah harga dia sampai 5 digit kot.. hehehe..
ReplyDeletekalau zaman p ramlee ada benda ni sure buat p ramlee lagi malas nak mandi pagi macam dalam cerita bujang lapok tu...
Kalau kaki dan tangan saja boleh masuk, macamana nak buang? Ha ha ha!
ReplyDeleteAku bergurau.
Sebenaqnya, pintu tu dipasang ada bersebab. Ada orang opis lain (dari tingkat lain) yang datang dan melepas hajat memandangkan tandas tu bersih. Dah la mai melepas hajat, lepas tu tinggal pulak dengan tisu dalam tandas.
ReplyDeleteTu yang bos gua naik hangin. Terus pasang lock.
Buat masa ni, derang takde la lagi extract report time taken kuar masuk toilet. Melampau tu kalo ada.
Humang aih! ciri ke'cyber'an yang amat nyata...! Pekh!
ReplyDelete