Monday, December 22, 2008

Kisah hajat yang hampir terbantut ....

Ini pintu tandas.
Tandas opis gua di Pulau Pinang (HQ).
Kecuali tanda "Dilarang masuk, kakitangan sahaja", dengan sekali tengok, nampak macam tadak apa yang berlainan dari tandas-tandas yang lain di Malaysia ini.



Tapi cuba tengok sekali lagi. Wooo.
Bukak mata luas-luas.



Nampak ni?
Jangan ingat bila senak terus nak tunaikan "hajat" saja.
Musti baca jampi.
Baru pintu tandas boleh bukak.
Ada security lock tu. Berpassword lagi.
Nak masuk tandas kena "key in" password atau guna pass card.
Ah nampaknya penyakit pasang pintu berpassword ni merebak di opis gua dan mungkin satu hari nanti, nak "flush" jamban pun kena key in password dulu.



Owh ya.
Tadi tu nak masuk tandas.
Nak keluaq tandas pulak pun ada syarat.
Musti tekan butang macam gaya di atas.
Kalo tidak, bertapa la hang dalam jamban tu sampai ada org lain masuk dan bersama-sama menunaikan hajat di hai.
Wooho.



Ah bayangkan bila benda tu dah nak terkeluaq sangat-sangat dah.

Dengan kalutnya,
Dengan nak kemutnya,
Dengan nak masuk passwordnya,

Yang lain terpulang pada imaginasi hangpa la noo.
Aiyyoooooo !

Macam-macam la opis gua ni.
Malaysia Boleh!

Friday, December 12, 2008

Kisah Gua Yang Nampak Macam Mengamuk

Seperti yang dinyatakan dalam posting lepas.
Sekarang ni, gua dah keja di Seberang Perai.

Jadi, hari tu.
Gua ke opis di Island. Opis Ibu Pejabat la kiranya.
Headquarters kata omputih.
Ada mesyuarat.

Lama gua tak p situ. Dekat 2 minggu. Banyak perubahan.

Sesampainya di sana, dengan tangah gagah gua dan penuh semangat gua terus tarik pintu kaca nak masuk ke opis tanpa menyedari pintu tu dah pasang security lock yang mana orang nak masuk dalamnya kena pakai pass.

Apa lagi, hancur berderai pintu tu dibuatnya. Nasib baik kaca pintu tu tak timpa kepala gua. Gua banyak2 bersyukur pada Allah SWT. Tatau la apa nak jadi kalau kaca tu jatuh atas gua. Kalo lu olang tengok gambar bawah ni, pintu tu PATAH, bukannya pecah.



Habis riuh pejabat. Suma ingat gua mengamuk. Mana da gua mengamuk. Zaman nak mengamuk-mengamuk ni dah lama habis. Gua dah cuba buang perangai mengamuk di opis ni sejak keja Gomen. Bolehla buang sikit2, walaupun tak handred persen.



Ah. Serta merta tragedi ni mengingatkan kisah gua pukul kompang sampai pecah di Taiping 12 tahun dulu. Dulu gua main kompang di MRSM. Masa tengah prakis di Foyer dulu, sekali tiba2 gua pukul rasa loose je. Rupa-rupanya dah lopong kompang tu gua belasah.

Gagah jugak tangan gua ni. He he he.

Friday, November 28, 2008

Kisah Gua Yang Sekarang Keja di Seberang

Mahalo !

Untuk makluman semua, gua skang keja di seberang.
Opis baru (masih jabatan yang sama, cuma ke pejabat cawangan daerah).
Hari-hari gua ulang alik pakai moto naik feri dari pulau-seberang-pulau.

Good news is, di seberang makan dia memang masyuk bai.
Series gua tarak tipu.

And the bad news is, opis ni masih tadak internet.

Jadi, nanti-nanti la wa cerita panjang + tangkap gambaq tempat2 menarik gua makan.

Chalos.

Monday, November 3, 2008

Kisah Gua Yang Risau

2-3 minggu selepas raya posa yang lepas, gua terperasan gua punya selera makan + selera merokok lain macam je mencanak-canaknya. Bini gua pun perasan. Gua cakap kat dia, gua banyak kerja. Terlalu banyak. Bukan sampai peringkat tension tapi bila banyak sgt, salah satu cara gua rilekkan saraf-saraf kepala gua yang licin ni adalah dengan 2 cara: makan dan isap rokok.

Kalau dulu rokok gua hisap 3-4 batang rokok je sehari (lepas makan je), skang ni dah macam cerobong keretapi injin stim. Pernah itu hari rokok 14 gua sebat satu hari saja. Asal pening pala ataupun banyak keja je, maka Dunhilllah tempat gua merilekkan kepala gua. "Take five", kata budak-budak technician opis gua.

Bab makan pulak lagila hebat. Ceritanya begini. Haritu gua p site. Tak lama, dalam minggu lepas je. Masa tu, 2-3 site gua p tengok, tanpa breakfast. Lapar punya pasal, Pak Ali (technician senior opis gua) bawak gi satu tempat makan somewhere di Bandar Perda, Bukit Mertajam. Lauk dia simple saja. Ikan bawal goreng (panas-panas punya goreng, gua lupa pulak nak snap gambaq kasi lu orang tengok), kuah kari kosong, kicap + cili/bawang potong dgn sambal belacan je. Lu orang tau bapa pinggan gua sebat ? 4 pinggan beb. 4 pinggan dengan 3 kali tambah nasik. Hadoih. Habih jahanam. Kalo masa posa haritu pinggang gua susut 2 inci + susut dlm 5-6 kilo, kali ni gua rasa dah naik bagai dipam-pam solah-olah posa haritu tade effect langsung.



Ini sekadar hiasan. Ternyata ini bukan gua.
Walaupun mamat ni pakai spek, tapi dia tak putih macam gua.
Gua pun takla seburuk lantak macam dia ni.
Tambahan pula, gua lagi hensem dari mamat ni.


Haritu gua p satu kedai "sinseh" (tabib cina) beli ubat Qaseh. Gua agak familiar jugak la dgn sinseh tu. Selalu gua beli ubat dgn dia. Sambil-sambil tu gua ada jugak borak-borak dengan dia. Sinseh tu ckp gua kena kontrol makan. Dia pun perasan gua dah bulat satu macam. Pastu dia ckp badan gua banyak toksin sama angin. Gua tanya dia balik, ada ka ubat kasi "potong" selera makan. Dia cakap tadak looo. "Itu suma lu sendili aaa kena kontrol." kata sinseh tu lagi.

Betul. Bunyi macam lawak. Tapi itula masalah gua. Gua punya nafsu makan sangat membuak2. Nampak tu nak makan, nampak ni makan. Ada jugak member cakap gua ni tak baca Bismillah kot sebelum makan. Gua senyum je la. Gua cakap, gua dah baca semua dah. Gua tinggal tak baca Yasin je lagi sebelum makan. Tapi betul jugak kan ? Kalau gua baca Yasin, sure masa nak makan nanti, dah sejuk dah makanan tu. Bile dah sejuk, mungkin makanan tu tak sedap. Dan bile dah tak sedap, gua kurang la makan ka ? Hoh mende la gua merepek ni. Yang nyata, itu teori tak boleh pakai la.

Gua bukan tak eksesais (walaupun tak kerap). Weekend gua naik Bukit Bendera (Hiking ok ? Bukan naik keretapi), jogging / jalan laju di area Taman Belia di Penang. Orang Penang tau aaa mana tempat-tempat gua sebut ni. Sekali sekala gua join budak-budak Kampung Rawa main bola di Padang Polo. Main-main je la, bukan main padang besar. hari tu pun masa jamuan besday Qaseh pun, gua selamba je tanggung kerusi pelastik sama meja banquet naik turun rumah. Letih tu ada la, tapi gua rasa biasa je. Tade la sampai pancit pastu kena p berurut. Bukan tu menunjukkan gua still ok ke ? Tapi badan gua tetap montel. Abih camno tu?

Ah gua pk pk balik, biar je la badan gua montel. Asalkan gua still boleh hiking, boleh main bola/futsal dan buat aktiviti fizikal yang "biasa-biasa" pun gua dah dah rasa syukur dah. Biar besar, asal gua fit. Bab rokok tu, lain cerite la yek ? Kalo lu orang ada nasihat/pendapat, dipersilakan la ek. Gua no hal. Lama dah gua nak share pasal masalah problem gua ni.

Tuesday, October 28, 2008

Happy Besday My Love

Salam.

Pejam celik, rupanya dah setahun dah umoq Qaseh. Weekend lepas kami adakan satu jamuan kecil-kecilan bagi meraikan harijadi pertama Qaseh. Antara yang hadir termasuklah Maksu (Adik)dan Halim. Bukan Halim Othman tapi Abdul Halim Ariffin, ala member MMU dulu tu. Simple tapi meriah.

Terharu. Itu yang tepat kalo ditanya apa perasaan aku. Anak yang aku azan dan qamat dulu rupa-rupanya dah pun setahun. Ya Allah aku bersyukur banyak-banyak pada kurniaanMu ini. Dan buat isteri tercinta, terima kasih kerana pengorbanan selama ini.


15-20 minit selepas melihat dunia. 4.3kg ok?



Setengah hari selepas melihat dunia. Memang muka Ibu.



5 hari.



Fesyen skin head.



Kumpulan Nasyid as-Saadah.



Hoyo!



The Princess; 2 Weeks ago.



With the one who loves you so much.



Not forgotten, this guy also loves you so much.



Membelek hadiah.


,
Mickey Mouse also wishes Qaseh a HAPPY WONDERFUL, COLORFUL BESDAY .

Tuesday, October 14, 2008

4 dalam 1

Dalam tempoh 2-3 hari ni, ada beberapa berita yang diterima. Kali ini lebih pada berita mengenai hal-hal semasa.

Yang pertama, Adik bongsu aku menduduki PMR bermula semalam. Gud Luck utk adik. Along tak harap apa2 dari adik (walaupun adik diumum "best student" dalam trial yang lepas). Apa yang along harap, adik relaks dan tenang amik exam kali ni. Along dan Kakak serta Qaseh sentiasa mendoakan yang terbaik utk Adik. Lepas exam mesti mai jalan di Penang jumpa Qaseh ok ?

Yang kedua, Rumet telah selamat menimang cahaya mata kedua. Seorang hero/putera. Wildan namanya. Tahniah. Moga makin ceria dan murah rezeki hangpa anak beranak sekeluarga, insyallah.

Yang ketiga, takziah pada Nor Hasrul Nizam aka POKLEH, member aku dari zaman sekolah rendah di Kangaq dulu. Beliau kehilangan adik beliau yang kedua akibat kemalangan di Lebuhraya Guthrie di Shah Alam. Takziah dan semoga dia sekeluarga tabah sangat2 dengan apa yang terjadi. Owh ya. beberapa tahun lepas, Pokleh dah kehilangan adik beliau (adik pertama) juga akibat kemalangan somewhere di Sungai Petani, kalau tak silap. Kali ini peristiwa yang sama berulang dan aku sekeluarga amat bersimpati dengan apa yang mereka alami. Semoga Allah mencucuri rahmat padakedua-dua Allahyarham.

Yang keempat, Batch 2/2004 telah kehilangan sorang sahabat, Monaliza Hamzah yang kembali ke Rahmatullah akibat kenser yang katanya sudah di tahap 4. Alfatihah juga dari kami sekeluarga untuk keluarga Allahyarham. Berita mengenainya ada di sini.

Friday, October 10, 2008

Dia dah ada kerja baru rupanya ...

Boleh ganti tokwan dia ni ...

Kerja mungkin mula 1 April 2009

Friday, September 26, 2008

Selamat Hari Raya

Salam.

Terima kasih buat semua yang "wish" dan mendoakan supaya kandungan anak kedua kami selamat. Hanya Allah yang membalas semua doa kawan2 dan moga2 doa tersebut didengari dan diperkenankan olehNya.

Selamat hari raya buat semua.
Insyallah kami akan pulang beraya di Segamat, Johor.

Tangan dihulur ampun dipinta.
Semoga terlerai segala dosa.



*Pic taken at Mid Valley. Centre Court. Muehehehe

Tuesday, September 23, 2008

Kisah Bulan Posa

Minggu lepas, hari minggu. Dalam pukoi 11 pagi.

Aku tengah dok layan2 mata yang berat di atas katil sambil tepuk2 Qaseh bagi dia tidoq, bila mana tiba-tiba Bubu panggil aku ...

"Yang, tengok ni"

"Aaaaaa? Apa dia ?", kataku, separuh mamai. Almaklumlah, sambil menepuk anak, mata sendiri pun ikut sama pelan pelan berat.

"Tengok ha. Ni ha. Positive. Terang benderang sign dia."

"Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!??? Allahuakbar!"

Terus segar mata.



Rupa-rupanya Qaseh nak dapat adik dah. Rupa-rupanya dah 6 minggu dah. Patut la Qaseh dok tokak ibu jari kaki dia.

Alhamdulillah. Hadiah Ramadan. Semoga semuanya selamat. Insyallah.

Thursday, September 11, 2008

Baju Biru

Hari ni 11/1/2008 (September Eleven).

7 tahun lalu.

Hari inilah hari yang merupakan bermulanya kecelakaan Amerika kononnya untuk menghapuskan Pengganas / Terrorisma. Hari di mana selepas pada hari itu orang sudah mula kenal perkataan Terrorisma, Pengganas, Osama Ben Laden, dan sebagainya.

7 tahun sudah.

Dan haritu juga bermulanya saat penghapusan kedaulatan bumi Afghanistan dan Iraq (baca: orang Islam secara umumnya).secara terang oleh Amerika Laknatullah.

7 tahun sudah.

Dan haritu jugalah hari aku beli sepasang Baju Melayu Biru di Wisma Yakin di KL masa praktikal di Cosmopoint, Jalan Raja Laut, KL. Baju tu nostalgia sebab aku beli dengan duit hasil titik peluh aku praktikal di situ. Zaman jadik student. Bayangkan hari2 ulang alik naik moto kapcai dari Dengkil ke Jalan Raja Laut,KL. Boleh patah pinggang.

Dan selama itulah sampai aku kawin tahun lepas (2007), aku tak pernah tempah/beli baju melayu.

Baju melayu ni banyak kenangan. Hari Raya dengan mama tahun 2002, tahun 2003 dan 2004 (Hari raya last dgn mama) dulu, majlis farewell malam Hoya-hoya dan banyaklagilah event sampaila masa dah kerja di Telekom, masuk keja Gomen dan masa hari meninggal/tahlil Mama pun aku pakai baju melayu tu.

Dan baju itulah juga aku pakai sampaila sekarang. Walaupun dah ada baju melayu lain.

Baru malam tadi aku pakai baju tu p terawih. Sangat2 selesa dgn diri aku. Pelik. Tak kecik tak besaq baju tu walaupun kadar perkembangan aku boleh dikatakan berlaku setiap tahun. Baju tu tetap aku rasa nice saja. Dan boleh lagi butang sampai atas. Hebat tukang jahit dia.

Cuma ada satu kesan berlubang kecik kena bara api rokok Gudang Garam (zaman isap gudang dulu). Tahun 2006 rasanya kena rokok tu.

Itu pun aku tak peduli. Aku pakai jugak sebab aku sangat2 selesa dan sayang dgn baju tu....


** nanti aku boh gambaq baju tu.

Tuesday, September 9, 2008

...

Salam.

Lama gua tak kemaskini. Pindah pejabat sebenaqnya. No more KOMTAR. Bukan. Bukan aku kena tukaq, tapi pejabat ni berpindah ke satu tempat baru. Nanti2 la aku ulas lain pasai pindah pejabat ni.

Hmmm. Dah bulan posa dah pun. Selamat berposa la no buat semua.

Badan sakit2. "Muscle Pain", kata penjajah Tanah Melayu dulu. Sakit urat kata tok wan. Aku pun p la klinik amik ubat. Doktor habaq kata badan banyak angin + badan lama tak berpeluh. Ya memang lama pun badan ni tak bersenam.

Nak pulas tombol kunci rumah pun tak larat. Sian Domok, baba nak dukung pun tak larat sebab tangan sangat lemah. Rasa bisa-bisa sungguh penangan sakit urat ni. Semayang pun duduk je sebab cekang sangat urat paha ni. "Kifarah" bak kata si Jowopinter.

Hapa-hapa pun, selamat berposa semua. Jangan sampai jadi macam satu keratan akhbar di bawah ni dah la. Adios bebeh !

Tuesday, August 19, 2008

Har Har Har

Sapa penah baca komik Dragon Ball angkat tangan ?

.
.
.
.

Ramai jugak yang baca nooo. Baguss!

.
.
.
.

Selain watak Son Goku, ingat dak lagi dengan watak Raja Syaitan Pikor?



.
.
.
.


Ingat? Bagusss.

.
.
.
.

La ni kembaq dia ada di Malaysia.

.
.
.
.

Dan dia bertanding di Pilihanraya Kecil Permatang Pauh 26 Ogos ni.

.
.
.
.

Laaaa kata aku tipu pulak dah.

.
.
.
.

Cha tengok bawah tu.

.
.
.
.






.
.
.
.



Monday, August 18, 2008

Cerita domok nan seorang.

Ini domok Ba dan Bu. Pengarang jantung Ba dan Bu. Umoq dia? Lebih kurang lagi seminggu cukup 10 bulan.





Domok ni dah pandai sepahkan barang-barang rumah.

Ba tau, niat dia sebenarnya nak bantu Bu mengemas. Tapi yang jadi lain pula.

Apa-apa pun, Ba dan Bu saaaaaaayang sangat dengan domok-domok sorang ni.



Muka baru bangkit tidoq.
Sedang menikmati biskut Milna sambil menonton Thomas and Friends.
Sungguh bersopan gaya budak bertuah ni duduk !



Habih bertepek biskut kat dagu.

Friday, August 8, 2008

posting 08.08.08

Dulu, masa awai-awai kena transfer ke Penang, kami dok rumah sewa di Penang ni, sebelum berpindah ke kuarters. Rumah flat. Dan kedudukan unit rumah aku ni pulak adalah betul2 di atas surau flat tersebut.

Di satu hari, di sebuah kedai mamak.

"Mamak, saya punya gas habih ni. Boleh p hantaq ka? cepat sikit aaa. Bini mau masak tu."

"Bolehhhh. Sekarang pun saya boleh p hantaq. Mana u punya rumah?"

"Itu flat Macallum Street. Blok 1. Tingkat 1. Rumah no X. Rumah saya atas surau. Senang saja kalau u mau cari."

"Aiyo macam mana rumah u atas surau ? itu Surau bukan ground floor ka enche?"

Dan aku pun terkedu.

Rupa-rupanya bila disebut "rumah saya atas surau", apa yang difahami oleh mamak tu ialah, "di atas rumah aku ada surau", bukannya rumah aku terletak di atas surau.

Aihhhhhh macam-macam.

Wednesday, August 6, 2008

Breaking news.

It's confirmed!

The Election Commission has set Aug 16 for nomination and Aug 26 for polls for the Permatang Pauh by-election. You may read it here and here.

So, my prediction posted in the previous entry is correct.

Monday, August 4, 2008

Hor Liao

Perkembangan terkini:

Qaseh.
Qaseh demam + cirit + muntah last week. Masuk spital 3 malam. 4 hari aku cuti. Sakit apa? Diarrhea.. Aku saspek berpunca dari anak patung yang dia suka kunyah2 tu. Kurus dia sebab asik cirit / muntah sepanjang tempoh tu. Alhamdulillah dah sihat semuanya. Dia pun kembali domok + berselera makan. Dah jumpa dgn akak Arianna haritu masa akak Arianna mai penang. Sian anak baba...

Bola.
Tahniah Singautara sebab layak ke quarter final Piala Malaysia. Lawan kali ni adalah Ganu. Sama ada Penyu akan lemas atau pun singa yang jadi Singa Kodomo Lion, kita tunggu nanti.

Owh ya, tahun ni aku dah tak aktif sangat ke stadium. Antara faktor²nya termasuklah kes rasuah player Perlis (dengaq cerita dah ada yang masuk mahkamah dah), kesan kenaikan harga minyak (kena bajet jugak tu), kedudukan aku yang jauh di Pulau Tanjung dan kesibukan tugas di sini.

Tapi seandainya Perlis boleh lepas quarter ni, insyallah aku akan p jugak ke stadium. Tahun ni rasanya tahun yang terakhir Perlis bakal menggunakan khidmat Philimon Chepita selepas 6 tahun beliau menabur bakti bersama Perlis gara-gara FAM yang bodoh bahalol tiba² membuat keputusan tak mahu menggunakan player import lagi tahun depan. Macam yang pernah aku katakan dulu, aku rindu nak p final.

Negara(?).
Anwaq Berahim dah umum akan bertanding di Permatang Pauh. Secara automatiknya, bulan 8 ni akan menjadi bulan sibuk bagi kami di Pulau Pinang sekiranya mengundi dijalankan pada bulan ni.

Aku bajet memang mengundi bulan ni (bulan 8) kerana SPR hanya ada masa 2 bulan dari tarikh pengumuman pengosongan kerusi Permatang Pauh oleh Wan Azizah. Dan oleh kerana posa dijangka bermula awai bulan 9, maka tak mungkin (insyallah) mengundi diadakan bulan 9. Ditambah pula dengan adanya cuti sekolah di ujung bulan 8 ni. Maka tak mustahil pilihanraya kecik Parlimen Kepala Batas akan diadakan pada bulan 8.

Terpulang pada SPR. Itu cuma congakan aku. Dan bergantung jugak pada kes-kes Anwaq yang tengah hangat di pasaran skang ni. Mana la nak tau kot-kot ada tindakan tindakan yang nak menghalang dia bertanding. Wallahualam aku tak mau komen/masuk campoq pasai benda ni. Ada mengundi ka dak, kerja aku tetap macam haram banyaknya. Silap-silap bola pun tak boleh p tengok.

Tuesday, July 22, 2008

Sendiri mau ingat la no .....

Satu hari. Duit seringgit telah bertemu dengan kawannya, duit lima puluh ringgit.

Gembira kerana lama tak jumpa, duit seringgit terus menyapa sahabatnya itu “Oit, lama tak nampak, mana hang p?”

Duit lima puluh menjawab ”Aku p merata tempat. Lepas jumpa hang di Maibank haritu, aku p stadium tgk bola, naik STAR Cruise, p KK naik AirAssia, lepak One Uttama, p konsert AF, tengok Formula One. Kadang-kadang aku lepak Stesen Minyak, tak pun aku p Ikear. Senang cerita, merata aku p ... kira tempat2 cam best lah jugak."

"Eh hang pulak apa cerita?" tanya duit lima puluh bila melihat sahabatnya itu monyok saja mukanya.

Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk, “Hmmmm ... Biasalah .... Aku tak p mana-mana sangat pun. Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau, masjid. Kadang-kadang dok dalam kopiah putih saja aku ni. Tu pun mujoq. Kalao nasib tak baik, kadang-kadang tu dok dalam cawan plastik saja ...“

Moral of the story: Takkan la asyik-asyik nak derma RM1 je kat masjid, surau. Pakat-pakat pikiaq la no .... Takkan suma nak dok bagi alasan minyak naik kot ?

Har Har Har

 Ha Yo La, Yo La.

Den amik dari blog si Husin Lempoyang ni ha.

Friday, July 18, 2008

Is it necessary ?



The statement.
The [very] top management.
The salary.

Total amount per month? per year?
Calculate urself.
Judge urself.

I dont ask about the amount of money they got.

The only question, from me of course to all of you, and us:
Is this, this and this, still necessary?

If yes, then i should say:
"Thank You for keep burdening our life".

Tuesday, July 15, 2008

Mumbling bla bla bla bla

UPDATED 4.18 pm:
Berita terkini.

Dato' Ahmad Basri Bin Mohd Akil, Bapa Bola Sepak KEDAH DARUL AMAN telah kembali ke Rahmatullah selepas rebah ketika berada di Istana Anak Bukit untuk majlis Pelancaran Setem Kengan-kenangan 50 Tahun Jubli Emas Pemerintahan KDYMM Tuanku Sultan Kedah. [source].

Alfatihah untuk Allahyarham.

Antara tokoh sukan yang amat aku kagumi terutama dalam memartabatkan bola sepak. Tidak takut menongkah arus menentang penjilat dalam FAM demi menaikkan imej bolasepak Malaysia.


Posting asal:

Hoh !

Bersawang !

Not in the mood to write, due to some reason.

By the way, People.

Don't forget that tonite is a very special nite (i think). There will be a debate between the Minister of Information, Datuk Ahmad Shabery Cheek and Datuk Seri Anwar Ibrahim entitled ''Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak'' . Mainly this debate will be on price hike issue as we all know.

This debate will be held at Dewan Bahasa dan Pustaka. Catch it live on Astro Awani (Channel 123), Bernama TV (Channel 502, Astro) and TV9 (or u might watch it on Astro channel 119) at 9.00 pm.

Sorry RTM lovers. There will be no live telecast from RTM as the Minister did not want to make use of RTM to air official programmes involving him. Also, this could avoid people's perceptions that the programme will be edited or doctored. [more]. Wohoo ! Transparency at last?

Being a "rakyat marhain", i really want to know either this debate could lead us to (maybe) a good news or maybe worse. In fact, last nite i had pumped another RM115.25 into my old car (full tank), compared to just RM83 (approximate) to make it move.

Either we'll get a new Minister of Information or not, dont forget this debate, tonight.

Fuh. Malaysia Boleh ! (Boleh apa?)

Tuesday, July 1, 2008

Kenaikan Petrol - Membakar akidah ?

Aku dapat artikel ni dari sorang kawan. Artikel ni dah sebulan dah (masa kenaikan harga petrol haritu). Cubalah baca. Lapangkan fikiran dan baca tanpa prejudis kepartian/politikal. Insya-Allah mampu menyedarkan sikit kita yang kian kusut ni. Memang di zaman ini, DUIT dilihat segala-galanya tapi selalu kita (TERMASUK AKU SEBAGAI HAMBA-li yang LEMAH) terlupa dan lalai akan nilai dan erti KEBERKATAN serta KONSEP REZEKI dalam HIDUP ini - HAMBALI the blogmaster.

Pengumuman kenaikan harga petrol semalam disambut 'riang' oleh rakyat Malaysia sehingga stesen-stesen minyak di seluruh negara 'berpesta' sakan.

Kenaikan ini pada mulanya di umumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad bahawa berkuatkuasa Ogos nanti namun indah khabar dari rupa. Kenaikan sebanyak 78 sen kepada RM2.70 seliter menggambarkan situasi yang sangat membimbangkan ramai pihak terutama individu yang berpendapatan rendah dan sederhana. Kekhuatiran kenaikan harga barang juga menjadi perdebatan yang hangat di meja kedai kopi hingga ke meja makan dapur.

Rakyat semakin resah, paniknya semakin bertambah. Dalam masa yang sama juga petrol sudah 'membakar' aqidah.

Membakar Aqidah?

Selepas pengumuman tersebut, dunia seolah-olah mengalami 'kiamat' kecil. Stesen-stesen minyak sesak sejak awal petang lagi hingga lewat tengah malam.

Solat maghrib terlepas begitu sahaja akibat kesesakan yang dialami sehingga ada beberapa individu yang bergaduh kerana berlanggar sesama sendiri. Cacian juga hinaan dilontarkan kepada kereta-kereta yang memotong barisan tanpa mengira bangsa atau agama.

Setibanya di rumah lewat malam dalam keadaan yang sangat memenatkan, solat isyak tergadai begitu sahaja akibat panggilan bantal dan tilam lebih enak berbanding panggilan Ilahi untuk mengadap-Nya.

Umat Islam terutamanya sanggup mengeluarkan kenyataan yang berbaur syirik kecil sehingga ada yang berkata "Matilah aku harga minyak sudah naik. Kalau tak isi malam ni akulah manusia paling rugi di dunia" .

Ayah di rumah pening memikirkan sumber pendapatan dan kos sara hidup yang semakin meningkat sehingga menolak keyakinan terhadap REZEKI dan KEBERKATAN kurniaan Allah s.w.t kepada sekalian hamba-Nya. Ibu di dapur sebak lalu menangis mengenangkan kesulitan yang bakal dihadapi dalam membesarkan anak-anak sehingga Kekuasaan dan Keesaan Allah s.w.t diketepikan secara perlahan-lahan tanpa sedar.

Masyarakat semakin kurang solat berjemaah gara-gara masjid jauh dari rumah dan penjimatan minyak diutamakan kepada pengunaan untuk mencari nafkah di luar. Jika dahulu setiap kali hujung minggu ziarah saudara-mara menjadi rutin, tetapi alasan kenaikan harga petrol menjadi penghalang utama mengikat silaturrahim sesama saudara Islam. Ceramah-ceramah agama makin berkurang hadirinnya akibat langkah penjimatan yang dilakukan oleh masyarakat sampai ke tahap yang membimbangkan.

Peniaga-peniaga menaikkan harga barang dengan sewenangnya walaupun menerima subsidi sehingga hilang keimanan mereka kepada Allah s.w.t Yang Maha Melihat; "Tak siapa tahu aku menipu dengan naikkan harga. Tak siapa nampak aku simpan stok untuk tinggikan lagi harga"

Remaja-remaja rempit yang berkeliaran kian giat merompak dan meragut untuk 'menyara' tunggangan mereka yang bernama 125Z dan RXZ. Jenayah seksual juga semakin meningkat akibat kos kenduri dan pernikahan dalam masyarakat Melayu terutamanya menghambat pasangan yang ingin berumahtangga untuk menyediakan sekurang-kurangnya puluhan ribu ringgit.

Keinginan yang menggila untuk menyediakan pelamin yang gah, kenduri yang besar, persalinan pengantin yang banyak, upah jurugambar, dan sebagainya menjerut leher mereka sendiri sehingga menolak persoalan KEBERKATAN dalam pernikahan itu sendiri. Tidak hairanlah muda-mudi hari ini memilih jalan yang paling mudah untuk mengisi 'keperluan' mereka sebagai manusia yang sudah lanjut usia dengan menyewa hotel murah bersama pasangan tanpa mengeluarkan belanja yang besar. Malah lebih teruk lagi ada yang menculik dan merogol sesiapa sahaja yang berkesempatan.

Bagi keluarga yang sudah biasa dengan hidangan yang sedap serta mahal harganya mula resah akibat kenaikan harga barangan yang melambung. Hidangan yang dihadkan kepada lauk-pauk yang murah mengakibatkan anak-anak mula merajuk. Isteri di dapur pula sehari semalam berleter kepada si suami untuk mencari wang yang lebih untuk menyara keluarga. Suami yang kepenatan tertekan dan kadang-kala boleh menjurus ke arah membunuh diri. Struktur sosial keluarga kian terhakis satu demi satu.

Kenderaan di halaman rumah yang memerlukan petrol yang mencukupi untuk digerakkan menjadi harta utama yang dipandang oleh masyarakat. Hanya kerana ingin bergaya, kereta mewah dan menggunakan petrol yang banyak sanggup dibeli semata-mata memenuhi pandangan masyarakat terhadap KEBAHAGIAAN dan KEJAYAAN yang salah takrifannya.

Situasi ini menampakkan kepada kita kerakusan manusia dalam mengejar kepentingan sendiri tanpa memikirkan soal hidup orang lain.

Masyarakat yang longgar aqidah mereka kian menjunam ke lembah syirik secara perlahan-lahan. Benar bukan? Petrol 'membakar' aqidah.

Bertuhankan Dunia

Situasi ini berlaku apabila manusia itu sendiri 'menyembah' dunia serta menolak kebenaran Islam yang dibawa melalui al-Quran dan al-Sunnah.

Persoalan gaya hidup mewah menjadi kegilaan yang sangat menggerunkan sehingga ada yang sanggup menggadaikan maruah dan kehormatan untuk mencapai kesenangan hidup. Lambakan iklan-iklan yang menjaja kemodenan yang berteraskan nafsu dikayakan dalam media massa serta disuntik ke dalam pemikiran rakyat. Maka, masyarakat selesa berada dalam keadaan mewah ini tanpa memikirkan persoalan nasib orang lain yang tertindas dan hidup dalam serba kekurangan.

Kenderaan mewah yang menimbulkan kemegahan masyarakat selama ini menjadi ukuran kekayaan seseorang di mata masyarakat. Malah hampir semua perniagaan langsung dan Multi Level Marketing (MLM) menggambarkan usahawan yang berjaya mesti memiliki kerta mewah sebagai kayu ukur kejayaan hidup seseorang. Adakah benar dengan memiliki kereta mewah seseorang itu dianggap berjaya? Kejayaan dalam konteks kebendaan yang dilihat ternyata merosakkan sistem masyarakat. Masyarakat sudah menodai Rukun Negara yang pertama tanpa disedari; Kepercayaan Kepada Tuhan.

Persoalan gaya hidup yang terlalu mementingkan kemewahan dan keselesaan menampakkan kepincangan mentaliti masyarakat, tidak terkecuali kepada umat Islam. Saranan gerakan sivil serta pertubuhan-pertubuh an bukan kerajaan selama ini yang tidak diambil endah kian difokuskan sebagai jalan keluar segala permasalahan yang dihadapi saban hari. Dahulunya pandangan golongan ini dianggap sebagai 'kurang waras' oleh masyarakat akibat racun pihak media massa yang menusuk setiap urat nadi rakyat.

Memadam Kebakaran

Saranan YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada rakyat untuk menukar gaya hidup dilihat sebagai "meludah ke langit".

Sebagai seorang pemimpin yang beragama Islam, riwayat hidup saidatina Khadijah wajar dijadikan sebagai iktibar dan pedoman kepada seluruh umat Islam. Apabila musyrikin Mekah memboikot penganut Islam ketika itu, saidatina Khadijah tampil dengan menggunakan kesemua hartanya sebagai penyelamat kepada kesengsaraan yang dialami umat Islam sehingga beliau jatuh miskin. Saidina Abu Bakar pula sanggup menghabiskan semua hartanya dalam membantu penderitaan umat Islam sehingga beliau berkata:"Hanya Allah s.w.t dan Rasul-Nya sahaja yang aku tinggalkan kepada isteri dan anak-anakku"

Tauladan yang mulia ini sepatutnya dijadikan ikutan setiap umat Islam yang benar-benar beriman kepada Allah s.w.t dan percaya kepada pertolongan- Nya dalam setiap kesulitan yang dihadapi. Jika umat Islam memahami syari'at Islam serta mengambil tindakan bersama untuk menangani segala permasalahan yang dihadapi berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah, tidak ada yang mustahil dengan pertolongan dari-Nya.

Majoriti menteri dan ahli parlimen beragama Islam. Malah kekayaan golongan ini mencapai ke suatu tahap yang sangat tinggi sama ada melalui pengisytiharan harta secara terbuka mahupun yang disembunyikan.

Tidak mustahil dengan ketokohan golongan ini mengambil iktibar keperibadian saidina Abu Bakar al-Siddiq serta saidatina Khadijah sedikit sebanyak mengurangkan beban rakyat dalam menghadapi krisis harga petrol yang melambung. Sangat sukar tetapi tidak mustahil. Mengapa? Penanaman aqidah yang sahih dalam diri masyarakat di Malaysia sedikit longgar sejak kecil akibat kepincangan sistem pendidikan namun keyakinan kepada ganjaran Allah s.w.t wajib menjadi pegangan utama. Peringatan ini harus diulangi saban hari.

Firman Allah s.w.t dalam Kitab-Nya:

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)"

[QS al-Rūm 30:41]

Mari kita sama-sama memikirkan kembali kerosakan yang kita lakukan di dunia sama ada bersifat zahiriah mahupun batiniah. Semoga Allah s.w.t menghimpunkan kita dalam golongan yang bersyukur dengan apa yang ada dan beriman kepada-Nya dengan sebenar-benar iman. Astaghfirullah.

Monday, June 30, 2008

Ntahla labu ...

Dengan keadaan Malaysia yang (bagi aku) huru hara ni,
aku cuma nak tanya
.
.
.
.
.

Apa nak jadi (dan dah jadi) kat Malaysia ni ?

Friday, June 20, 2008

Rindu

Malam esok piala FA Kedah vs Selangoq di Std Shah Alam.
Teringat final tahun lepas Kedah vs Perlis di Std Batu Kawan, Penang.
Jam macam nak gila. Sorak macam nak gila.
Kalah menang belakang cerita.
Mujoq bini aku tak terberanak masa tu.
Bini dah sarat pun aku angkut bawak p tengok bola lagi.
Heh.

Dari kecik sampai besaq memang aku suka tgk bola.
Lebih-lebih lagi melibatkan team negeri aku.
Lebih-lebih lagi team negeri aku menang.

Tapi tu cerita dulu.
Adat dunia; ada pasang, ada surut.

Tahun ni ? Nganga sajala.
Hmmm.

Serius.
Aku rindu nak p tgk final.
Tu jiwa aku.

Celakalah player Perlis yang rasuah tu; dunia dan akhirat. Aku sumpah dan Aku laknat hangpa yang makan rasuah nu sampai bila-bila. Dan aku doakan hidup hangpa takkan aman sampai bila-bila selagi ada isi dan daging dan darah dalam tubuh hangpa hasil daripada duit haram tu, kecuali hangpa dan [sempat] bertobat.

Wednesday, June 18, 2008

Pesta Kedua Selepas Mac 2008

It's official.
SAPP MPs to table vote of no confidence against PM Abdullah in Parliament on Monday.

You may read it here and here.

Pesta Pertama Selepas Mac 2008

Mahkamah putus DUN Sanglang dikosongkan

18/06/2008 12:20pm

KANGAR 18 Jun - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu dikosongkan apabila mahkamah menerima pemohonan petisyen yang dikemukakan bekas calon pilihan raya Pas bagi kerusi itu.

Hakim Datuk Zainal Adzam Abdul Ghani bagaimanapun menolak permohonan bekas calon Pas, Hashim Jasin supaya mengisytiharkan beliau sebagai pemenang kerusi DUN tersebut.
Keputusan itu bakal menyaksikan pilihan raya kecil untuk kawasan tersebut. - Utusan


dipetik dari sini.

Thursday, June 12, 2008

Nikmat

Selalu kita beranggapan bahawa wang adalah segala-galanya. Kita kerja keras dari pagi sampai petang dan kadang kala membawa ke malam, segala-galanya untuk wang seolah-olah itulah nikmat dan kebahagiaan.

Memang, duit adalah segala-galanya dalam zaman ini (zaman Bi-N; Barang Naik) hinggakan nak membuang isi perut pun kita diminta bayaran. Memang juga, wang diperlukan untuk untuk semuanya namun tak semuanya dapat dibeli oleh wang.

Dan kadang-kadang kita lupa yang nikmat dan kebahagiaan itu boleh datang dalam bentuk yang lain. Seperti sang penarik beca ini, yang enak bersantai di kala ada antara kita yang walaupun sudah dilimpahi wang yang berkarung dan berguni namun hakikatnya masih ramai yang tidak mampu membeli "sebuah" tidur nyenyak dibuai mimpi nan indah. Itulah nikmat.




Gambar seorang penarik beca di Georgetown Pulau Pinang.
Maaf kualiti gambaq kurang memuaskan kerana hanya menggunakan kamera phone.

Tuesday, June 10, 2008

Minyak Naik woho Minyak Naik .... Dara(h) Pun Naik

Salam semua.
Mahalo.

Selamat berpesta. Pesta apa ? Pesta "Bi-N" la. Bukan Bi-N yang tula. Ini baik punya Bi-N. Barang Naik.

Hoh. Barang Naik ka? Bila Naik? -Baru Naik. Berapa Naik? -Banyak Naik.

Kami takmau nak komen apa dah pasai benda ni. Banyak yang diulas pasal isu ni. Anda boleh membacanya di sini, sini dan juga sini. Juga perbandingan nilai RM1 di Malaysia oleh Pak Bakaq Penarik Beca di sini.

Tak dilupakan, turut diuar-uarkan yang elaun depa ni akan dikurangkan melalui satu berita di sini. Hoh boleh tahan elaun dia. Tu baru elaun keraian.

Ah biasalah minyak naik. Kan minyak satu dunia tengah naik la ni. Lagipun harga masih rendah dibandingkan dengan negara BUKAN PENGELUAR minyak lain macam Singapora.

Dan macam biasa juga, bila ada pengumuman minyak naik harga, maka rakyat akan berpusu-pusu (baca: Panik) menyerbu stesen minyak untuk mengisi penuh tangki. Diharap supaya pengisian itu hendaknya bertahanlah sehingga ke anak cucu. Amin.

Dan macam biasa lagi, seruan bahawa kenaikan ini hanyalah sedikit dan tidak menjejaskan penduduk berpendapatan rendah pun berkumandang. Serta tidak lupa seruan supaya KITA RAKYAT MARHAIN DAN HINA INI mengubah cara hidup. Dah dok elok pakai baju, la ni rakyat disuruh tukaq pakai cawat dan pastikan dibuat dari daun untuk lebih jimat. Nak lagi jimat, bleh guna plastik lebihan lepas membeli barang. Ataupun kertas lebihan bungkuih ikan. Tapi kena cari hat yang tadak darah ikan. Satlagi kot depa kata tu darah lain pulak. He he.

Dan macam biasa, "ugutan bunuh dan cincang" terhadap peniaga yang menaikkan harga barang tanpa sebab yang munasabah akan bergema di mana peniaga yang didapati menaikkan harga barang selepas kenaikan harga minyak akan disula, tangannya dikudungkan, dibuang negeri, disebat di khalayak ramai serta dicabut giginya dengan playa sambil dipertontonkan secara langsung di TV (khayalan semata-mata).

Dan macam biasa, selepas beberapa minggu isu ini dok main di TV, maka rakyat akan lupa dan meneruskan hidup sambil berkata "apa nak buat, kita tetap kena bayar" sambil tangan tetap memilih (baca: memangkah) depa-depa tu. La la la.

Okeh. Cukup-cukupla tu.

Kami nak cerita.

Kami ke negara jiran tempoh hari. Negara Gajah Putih. Di Malaysia pun banyak Gajah Putih. Bukan Negara tapi projek Gajah Putih la. Ada yang besaq gajahnya, tak kurang yang kecik.

Owh ya. Sebelum tu. Buat yang bertanya kenapa kami jalan-jalan walaupun minyak naik? Kita kena ubah gaya hidup. Buat pengetahuan semua ya, kami p sana sebelum minyak naik. Tup-tup balik dah naik. Lagi la haru. Terduduk den dibueknyo.

Kita lupakanlah (?) hal minyak ni sat. Dok sembang pasai minyak ni, darah pun naik. Ha ... ni dipamerkanlah serba sedikit ke gambar2 ke sana untuk tatapan semua. Again, i'll let the pictures do the talking.



Disambut oleh hantu siam di airport.



Kuat gajah ni. Kami pun kena lambung.



Tomoi Siam. (Tomoi aaa .... bukan Gomoi). Live punya ni.



Tut tut. Series tinggai setengah nyawa naik menatang ni.
Drebar dia bawak laju nak mampuih. Siap mencilok-cilok lagi.



Wooho !



What now? I've given u a 100% commitment already.



Ni awat dok boh gambaq signboard jamban pulak?



Ni ha jamban dia ... memang cantik pun.



Hiasan dalaman tandas.
Makcik di depan cermin itu adalah cleaner, ok??



Membaca peta (atau surat wasiat) sebelum menaiki bot menyusuri Sg. Chao Phraya



Atas bot penumpang. Di tengah Sungai Chao Phraya sebelum ...



.... kami menyedari rupa-rupanya bot tu sebenaqnya dibawak oleh sorang budak.
Astaga.



Wat Arun (Arun bermaksud Awal Pagi / Subuh) dari Sg. Chao Phraya.



Tersampuk histeria di Wat Arun.



Peniaga bersampan di Chao Phraya.
Menjual Kraftangan/Cenderahati/Cenderamata/Cenderakaki.



Salah satu pengubat stress dan migrain (kaedah rawatan ala Thai)



Depan papan tanda Kafe Batu Keras di Pattaya
Setakat amik gambaq kat papan tanda saja. Tak masuk pun.



Brader juai anak patung / teddy bear. Macam-macam bear ada.



Betapa serabutnya pendawaian letrik depa
Seserabut itulah juga memikirkan letrik yang akan naik di Malaysia nanti



Jeng jeng jeng
Tengok kami jumpa di Bangkok.
Harga minyak bukan ukuran, sokongan kami sepanjang zaman
Penimbang Zaman Purba dengan latar belakang HIJAU?
Mungkin Tok Mudin boleh komen
He He



Bendera Thailand dan Bendera Raja (Kuning)
di tengah-tengah adalah lambang diRaja (Amblem kot kata orang putih)


Satu benda yang kami sangat kagum ialah kasih dan sayangnya rakyat Thailand pada raja depa ni. Setiap isnin depa akan pakai secara sukarela (bukan diwajibkan) t-shirt kuning yang ada amblem diRaja di baju mereka sebagai tanda sokongan dan kasih mereka pada raja.

Punyala patriotik hinggakan ada satu petang tu, dalam pukoi 6.00 petang (Thailand) dalam kalut-kalut orang lalu lalang tiba2 kami dapati suma org tercegat berdiri di kawasan hotel. Rupa-rupanya waktu tu lagu kebangsaan depa sedang dimainkan di TV dan semua orang mesti berdiri menghormati lagu kebangsaan. Kecuali la yang tengah bawah kereta ka, moto ka, kalau berdiri juga mampuih la.

Hanya kita saja yang panggil raja kita natang !.

Semoga berjumpa lagi. Sekian entry untuk kali ini. Juuh berjalan, luas pandangan, terbuka minda. Insyallah.

Assalamualaikum !