Thursday, June 12, 2008

Nikmat

Selalu kita beranggapan bahawa wang adalah segala-galanya. Kita kerja keras dari pagi sampai petang dan kadang kala membawa ke malam, segala-galanya untuk wang seolah-olah itulah nikmat dan kebahagiaan.

Memang, duit adalah segala-galanya dalam zaman ini (zaman Bi-N; Barang Naik) hinggakan nak membuang isi perut pun kita diminta bayaran. Memang juga, wang diperlukan untuk untuk semuanya namun tak semuanya dapat dibeli oleh wang.

Dan kadang-kadang kita lupa yang nikmat dan kebahagiaan itu boleh datang dalam bentuk yang lain. Seperti sang penarik beca ini, yang enak bersantai di kala ada antara kita yang walaupun sudah dilimpahi wang yang berkarung dan berguni namun hakikatnya masih ramai yang tidak mampu membeli "sebuah" tidur nyenyak dibuai mimpi nan indah. Itulah nikmat.




Gambar seorang penarik beca di Georgetown Pulau Pinang.
Maaf kualiti gambaq kurang memuaskan kerana hanya menggunakan kamera phone.

3 comments:

  1. Wang bukan segala-galanya. Tapi hidup di kota, segala-galanya memerlukan wang. Contohnya; nak masuk jamban pun kena ada wang!

    ReplyDelete
  2. Penarek Becha!

    Selamatkan mereka!

    Uhu..

    ReplyDelete
  3. brader JP: bener wang adalah (hampir) segalanya. Dengan wang kita beli bantal, katil, tilam, dan macam2 lagi tapi wang tak mampu membeli tidur yang nyenyak.

    ahtok: Selamatkan mereka. Ya. Patutnya beca di Penang ni dihias cantek macam di melaka. Baru pelancong berebut nak naik.

    ReplyDelete

Ha jemput mai brok brek sini