Tuesday, December 18, 2007

Cerita hari selasa

Assalamualaikum wbt.

Salam takziah buat fahmy dan tariq yang kehilangan ayahanda tersayang pada hari jumaat (14/12/07) yang lepas. Moga-moga arwah ditempatkan di tempat yang sewajarnya di "sana". Sabaqlah banyak2.

Ermm. Sangat sibuk kebelakangan ini. Dengan laporan hujung tahunnya, dengan tu dengan ni. Puhhh mau letih rasa pala ni. Oh ya haritu pelancaran Portal i-serve-u peringkat Negeri Tanjung oleh YB Timb Ketua Menteri telah berjaya dilaksanakan pada 7/12/07 dengan aku sebagai event managernya. Punya la letih tuhan saja yang tau. Jutaan terima kasih pada semua staff dan rakan taulan yang membantu memastikan majlis berjalan lancar.

Akan mula bercuti esok sampaila 25/12 sbb nak ke Johoq mengambik Bubu dan Qaseh. Dekat sebulan dah tak jumpa. Oh ya sesambil tu insyallah akan diadakan majlis cukur jambel Qaseh, pada hari raya Haji. Aih tak sabaq sungguh nak balik ni. Stroller Qaseh suma ada dalam keta aku baru beli dan utk org Johoq, ada jajan2 dan ole2 dari Penang dan tak lupa, Roti Benggali spesel utk org Johoq.

Nanti2 la apdet bergambaq ek? Ada berkoyan gambaq tapi tak sempat nak upload.

Ops sebeleum aku lupa, Selamat Hari Raya Aidiladha.

Tuesday, November 27, 2007

a day with qaseh karmila

Weekend ni memang meletihkan.

Hari Jumaat, 10.30 mlm : Dari Penang, ke Johor
Hari Ahad, 4.20 ptg : Patah balik ke KL
Hari Isnin, 9.00 pagi : Mesyuarat di Putrajaya & Kembali ke Penang

Tapi percayalah, suma rasa letih tu hilang bila dapat tatap wajah2 kesayangan yang dah lama tak bersua .....


yes u are dear



baba rindu sgt dgn qaseh tau



mamai lagi ni



hehehe



barney and qaseh



bye bye qaseh
baba kena balik kerja
qaseh jaga bubu baik2 ek
jangan buat bubu susah hati
baba saaaaayang bubu
baba saaaaayang qaseh

Thursday, November 22, 2007

lately me miss them







nak balik johorlah weekend ni

rindunya nak jumpa qaseh dgn bubu

hari-hari bubu send mms gambo qaseh

dah pandai cuba2 nak mengiring walhal baru 3 minggu ...

oh ya ... dia dah ada hadiah berney skang

Friday, November 16, 2007

Suka tak suka ...



inilah realiti org yang jadi kuli ...

Monday, November 12, 2007

Qaseh Karmila Yusman Hambali

A'kum wbt

Terima kasih semua atas sms, ucapan dan jugak call.
2 minggu sudah berlalu.
Baby secara rasmi dah diberi nama Qaseh Karmila.
Oh ya, Baby skang berada di Segamat dengan Bubu di rumah Mak.
Aku hantar ke sana masa cuti Deepavali haritu.
Nak habiskan pantang di sana.
Berat baby susut sikit lepas kena kuning haritu.
Syukur, kuningnya tak lama (dan tak serius sangat)
Lepas 3-4 hari dan lepas diberi susu kambing fresh (setitis saja) sumanya dah ok.
Ah rindunya hati kat baby dan bubu yang jauh di Segamat.


Hohoho



Buah Hati Baba dan Bubu



Tengah tidoq pun mulut terkumat kamit ...

Oh ya tak ya
Program Makan-makan Jalan-jalan (MMJJ) juga diteruskan walaupun dalam keadaan menimang cahaya mata dan balik ke Segamat. Manakan bisa untuk blog ini berposting tanpa disusuli dgn gambar-gambar makanan yang menggiurkan. Kan gitu Rumet?

Berbalik pada MMJJ, kali ni makanan lebih tertumpu kepada makanan tradisi Johor iaitu Pisang goreng cecah sambal kicap. Suka dinyatakan, bagi org Johor dan org yang pernah makan benda alah ni, ia bukan satu yg pelik tapi bagi kami yang mai dari Negara Kayangan, Negara Jelapang Padi dan Negara Nasik Kandaq sana, goreng pisang cecah sambal kicap ni adalah satu yang amat pelik namun harus dicuba.


Sambal kicap.
Hitam pekat pedas.
Terbaik.

Bak kata pepatah, tak cuba maka tak tahu. Maka atas dasar ingin mencubalah maka hasilnya sepinggan penuh daripada 2 pinggan pisang goreng yang dibeli telah selamat dihabiskan oleh jajaka berambut jarang ini tanpa memperdulikan Mak mentua beliau. Memang UMPHHH. Manis manis pisang dicampur dgn pedas-pedas sambal. Terbaik! Membuatkan dahi berpeluh semasa makan dan juga tidor tak lena malam itu kerana perut yg meragam dek penangan sambal kicap.


Rangup, sedap menyelerakan.
Pisang nangka yang menjadi pilihan petang itu.

Tuesday, October 30, 2007

Here comes the angel ...

Alhamdulillah
Sumanya sudah selamat
Bermula hari Jumaat 26/10, Bubu dah dimasukkan dalam spital.
Doktor bagitau yang maybe Bubu terpaksa menjalani operation.
Isnin 29 Oktober 2007 bersamaan 17 Syawal 1428 H dipilih sebagai tarikh operation.

Pagi-pagi isnin lagi aku dah ke hospital. Meneman dan menenangkan Bubu kali terakhir sebelum dia masuk ke Operation Theater. Oh ya aku tableh masuk ke OT tu. Semangat diberi, doa ditagih pada Yang Esa supaya segala-galanya selamat. Hati dup dap dap tadak terkira.

9.50 pagi Bubu dah dibawa dgn kerusi roda ke OT.
Staf dan Doktor mengambil masa sikit nak sediakan kelengkapan sebab tadi ada operation lain sebelum Bubu mengambil tempat. Aku dok ulang alik depan OT. Semua serba salah. Duduk salah, berdiri salah.

10.59
Sora tangisan kedengaran.
Allahu Akbar.
Alhamdulillah aku syukur padaMu.





4.3 kg.
Seorang puteri.
Dibersihkan, dipakaikan baju, diqamatkan,
dikucup dahinya, pipinya ...
Baba sayang Bubu.
Terima kasih Bubu, atas susah payah Bubu selama ni.
Baba sayang Baby.
Terima kasih Baby, baba tak dapat gambarkan betapa gembiranya baba hari ini.



Baba sayang semua ......

Monday, October 22, 2007

Post Raya Entry


Selamat hari Raya dari kami
Belakang (Kiri ke Kanan) Incik Poo-Pooh, Puan Mo-mon,
Depan (Kiri ke Kanan) Incik Mashimaro, Incik Patrick.

Ya
Selamat Hari Raya.

Tahun ni aku beraya di Segamat. Meriah walaupun letih.
Banyak sungguh kunjung mengunjung. Dari rumah tok tok menakan, sampai la ka rumah makcik/pakcik menakan sampaila umah sepupu sepapat suma kami berjalan. Aku jadi drebar bawak suma bini dgn mentua aku.

Oh ya, tahun ni (Syawal 1428 H) jugak mencipta sejarah bagi aku sebab:
1. Kali PERTAMA beraya dengan bini tersayang selepas bergelar suami.
2. Kali PERTAMA beraya di rumah mentua.
3. Kali PERTAMA tak beraya di Kangaq.
4. Kali PERTAMA tak beraya dengan ketupat palas. Kali ni raya dgn tempe, sambal jowo, nasik himpit, lodeh dan yang sejowo dengannya.

Pendek kata, raya tahun ni satu pengalaman baru bagi aku. Tapi dalam dok seronok2 raya ni, tak dapat tidak aku musti terkenangkan arwah mak di sana terutamanya bila takbir waktu pagi raya. Doa aku hanya satu, semoga mak mendapat rahmat dari Allah SWT dan bahagia di sana. Tak sempat mak nak tgk menantu dan cucu dia (insyallah).

Oh ya, Bubu masih belum bersalin. Dah sarat sangat2. Aku buntu. Dah 37 minggu tapi Doktor di Spital Besaq Penang ni tamau bagi bersalin lagi. Nak tunggu 38 minggu jugak. Aku naik risau (naik angin pun ya). Bini aku dah sarat bebenor. Kaki pun dah bengkak. Baby pulak dah 3.4 kilo. Pun depa tamau nak bagi "induce" lagi. Yang GH pun dok tunggu apa lagi. Dulu depa jugak yang kata bini aku kena bersalin bila minggu 37. Ni cakap lain macam pulak. Bukan apa, bini aku ada diabetik, satlagi jadi cerita pulak, lagi haru. Nauzubillah min zalik. Aku doa yang terbaik saja untuk keselamatan Bubu dan baby.

Hmmmm.
Takat tu saja kot cerita pasai raya ni.
Keja banyak nak kena settle.

Lagi sekali,
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Minta maap la mana yang patut.

Thursday, September 27, 2007

Sabo je la ....

Selasa
25 September 07.
8.15 pagi.
Patutnya ada mesyuarat pukoi 2.30 petang.
Org besaq jadi pengerusinya. Tak perlu dinyatakan sapa.
Aku [Ketua] urusetianya.
Dan Aku [juga] salah sorang pembentang kertas.
Banyak kerja tu ...

Dah ready dah.
Suma jemputan mesyuarat aku dah uruskan.
Bilik suma dah setup. PA sistem pun dah check.
Selain dari check-check benda2 ni atas nama urusetia, aku dah pastikan jugak aku punya kertas tu ok. Dan syukurlah ok ....

8.45 pagi

"Troot troot"

Aku : Halo .. A'kum

Kerani : Encik Yusman ... ada call (x jawab pun salam aku)

Aku : Aaaa ok.

CCC : Halo Encik, saya dari pejabat XXX Mesyuarat petang ni XXX minta tangguhkan sebab XXX ada hal. Very sori Encik Yusman. Ada hal URGENT.

Aku : Bleh bagi tarikh yg baru ?

CCC : Kita tunda ke *** September, 9.00 pagi

Aku : Hmmmm ok .... tima kasih nanti saya bagitau suma jemputan

Apa lagi. Celapak kena p telepon sana telepon sini la jawabnya sesambil prepare surat pertukaran tarikh mesyuarat. Sabaq. Bulan Posa ni. Bagi yang tak paham, ada pulak yang dok test tanya "Pasai pa baru hari ni bagitau ? U organize macam mana ni?". Terpaksa pulak mengexplain kat lembu-lembu ni yang tu suma bukan aku nak buat pindaan tarikh ni. Sumanya atas dasar "saya yang menurut perintah" dan perintah tu datang dari XXX.

Rasa macam nak menjerit saja
"Pala otak hangpa la oi.
Bukan aku yang gatai2 p tunda meeting tu."


Gambar tadak kena mengena dgn entry ini.
Jangan khuatir aku takkan p bomb KOMTAR tu


Aiyyoh.
Mana BP aku tak naik mau kata keja lagu ni?
Lagipun aku dah tak larat bertukaq tempat kerja dah pasai selalu salu sgt lawan tokey. Walaupun terang-terang tokey tu salah. Bila masa ntah keturunan aku berdarah Hang Jebat

Monday, September 17, 2007

He He He

Assalamualaikum wbt.

Selamat berposa suma.

Lama sungguh tak update blog ni. Sibuknya sungguh tak terkata. Letih lesu badan dibuatnya. Banyak perkara terjadi sepanjang bulan Ogos membawa ke September ni. Ok kita mulakan dengan :

1. Cerita pasal bubu dan baby.
Alhamdulillah bubu sihat. Insyallah Khamis depan kandungan bubu akan berusia 8 bulan. Kami dijangka menerima cahaya mata seawal minggu pertama Syawal 1428 H. Maybe melalui pembedahan memandangkan bubu ada masalah diabetic. Segala-galanya bakal ditentukan selepas appointment dgn doktor bulan posa akan datang ni. So tahun ni memang aku tadak langsung persiapan raya. Segala-galanya tertumpu pada persiapan nak menyambut orang baru. Aku dan bubu selalu dan sentiasa berdoa supaya segalanya sihat, selamat, sejahtera. Laki ka perempuan ? Belum dapat ditentukan lagi. Ujian imbasan gagal menunjukkan sebarang hasil memandangkan baby akan bergerak-gerak or menendang tiap kali scan nak dibuat. Orang tua2 kata baby boy berdasarkan rupa fizikal bubu tapi kami berdua tak pernah amik pusing pasai tu semua. Apa sahaja Allah SWT bagi kami terima dan yang paling penting, kami berdoa supaya segala-galanya sihat sejahtera. Kami p jalan-jalan ke Cameron Highland dan Langkawi sepanjang bulan 8 haritu. Saja jalan-jalan tenangkan fikiran sikit .....


Bubu @ Ye Olde Smokehouse, Cameron Highland.



Happy Face holding Strawberry Shake @ Cameron Highland.



baba loves bubu


2. Cerita pasal aku dan kerja
Kerja memang banyak. Tak menang tangan dibuatnya. Mesyuarat tu mesyuarat ni. Tekanan darah pun ada naik. 140/90. Cuak jadinya. Aku amik bacaan ni masa aku tengah kalut bawak bubu gi spital buat check-up haritu. Hmmm. Mana tak naiknya. Dengan makan tak terkawal, dengan senaman yang kurang dan dengan kerja yang banyak. Badan semakin bulat akibat mengamalkan tabiat "bila-letih-banyak-kerja-jadi-makan-pun-berselera". Tapi Doktor tu menenangkan aku sebab katanya aku ni tengah letih sebab aku tengah rush bawak bini aku masa tu plus aku tak cukup rehat. Heh!


Di Underwaterworld, langkawi.
Berat Ulaq tu 35 kilo.


Apa lagi ya. Haaa .... Sepatutnya 3/4 September haritu aku kena p amik exam PTK tapi disebabkan sibuk, aku lupa exam tu. Takpala. Nanti2 ada la rezeki tu ye tak. Oh ya bila cerita pasai sibuk kerja ni kan, semalam ada Majlis Penyampaian Sumbangan Moreh oleh PakLah untuk majid-masjid di Penang ni. Secara tak langsung aku terlibat dan gambar jejaka berposisi dua dari kanan di bawah menjadi bukti.


Jejaka sihat (2 dari kanan).
Dipetik daripada Utusan 13 September 2007 ms 2
Online punya versi tadak gambaq ni.


3. Cerita pasai lain-lain
Tadak dah kot. Nak sambung balik buat kerja. Petang ni nak kena p KL pulak dah petang ni. Haiyyooooo.

Apa-apapun, selamat berposa semua. Pohon ribuan kemaafan dari semua jika ada salah dan silap. Semoga ibadat kita pada bulan posa 1428 Hijrah ni diterima Allah SWT. Amin.

Thursday, August 30, 2007

penutup bulan Ogos

erm
selamat hari merdeka bagi yang merdeka

Tuesday, August 21, 2007

Corat coret kosong ....


Assalamualaikum wbt.

Pertama sekali,
Alfatihah untuk mangsa kemalangan ngeri bas ekspress di Bukit Gantang tempoh hari. Tempat kejadian tu pulak kebetulan [?] sama dengan nama syarikat bas tersebut yang dilaporkan rupa-rupanya tinggal nama saja sejak 15 tahun lepas.

Macam biasa, episod bangau oh bangau (atau ungka oh ungka) pun bermula. Jabatan X menyalahkan Jabatan G, Jabatan G pula menyalahkan Kementerian C. Ada tempek nombor telepon talian panas kat belakang pungkoq bas pun tak guna jugak. SMS hilang p mana, telepon pun hilang p mana. Bak kata orang utara, P Mai P Mai Tang Tu jugak. Mula la keluaq la pulak bermacam-macam idea mengarut. Ditambah pulak dengan ayat "Kami akan mengambil tindakan ATAU kami sedang mengkaji bla bla bla", kesimpulannya adalah melingkup jahanam habih semua. Suma nak jadi champion tapi habuk pun tarak. Kalao tanya aku, senang saja aku jawab, benda ni tak kena kat kepala depa. Cuba yang mati tu mak pak depa ka, adik abang kakak depa ka, haaaa baru depa mengelupoq. Baru ada akai.



Oh ya. Gambaq ni dihantaq melalui email oleh sorang teman. Diambil di atas salah satu lebuhraya di ibu kota sebuah negara yang dipanggil Malaysia. Lucu kata dia. Aku senyum jugak tengok gambaq tu tapi aku juga melihat gambaq ni dari satu sudut yang lain selain lucu. Aku melihat bagaimana seorang insan itu bertungkus lumus mencari sesuap nasi. Berpakaian badut dan terpaksa menggembirakan orang lain demi mencari rezeki yang halal, walaupun di hati dia tadak sapa yang amik tau. Ramai lagi yang senasib dengannya. Terpaksa bergolok bergadai utk hidup di negara yang dipanggil Malaysia ni nak bagi makan anak bini. Bagi yang belum kawin, nak bagi makan perut sendiri. Kita ? Dari dulu sampai la ni, dok komplen tak habih2. Hmmm.....

Wednesday, August 1, 2007

11 tahun yang lampau adalah ...




... zaman di mana jejaka berbaju lambang Nike warna BIRU TUA itu masih lagi kurus kacak (hehe) dan mampu berlari seluruh padang tanpa masalah. Jejaka tersebut juga masih lagi (pada masa itu) memiliki berat badan unggul dan BMI (Indeks Berat Badan) kurang dari 30 serta mampu berlari 2.4 km di bawah 12 minit. Namun yang tinggal hanyalah kenangan pabila Nasik Kandar penghancur segalanya.

Tuesday, July 24, 2007

Durian Balik Pulau

Memandangkan la ni musim deroyan, so posting kali ni menjurus kepada durian jugakla. Durian Balik Pulau nama dia. Aku beli on the way balik dari Balik Pulau lepas attend satu mesyuarat di Pejabat Daerah sana. Isi tebal, kuning pekat, bau yg power, biji halus, pergh tak dinafikan yg Durian Balik Pulau ni adalah antara yg terbaik. Tapi bila mai tang harga tu yg yang tak bleh tahan maaa. Sekali sekala nak try bleh la sebab harga dia (bagi aku) melampau sangat uhuhuhu.



isi kuning tu bang.


memang terbaik tapi harga dia pun terbaik jugak. cis.


nyam nyam. lemak2 manis. pergh meleleh beb.

Wednesday, July 18, 2007

Harimau Sekolah / Hari-hari Mau

Logo yang sesuai Untuk pasukan Harimau Sekolah


Minggu ni, kita dikejutkan dengan berita satu pasukan yang dulu cukup gah seantero asia dan pernah digelar Harimau Malaya. Tapi tu dulu. 20-30 tahun dulu. Zaman di mana rambut masih ala-ala afro, rock kapak, badan suma slim berbaju yenki berkasut highcut (tak percaya tgk cerita Ali Setan dan Gila-gila Remaja). Zaman di mana orang yang ada discman disalahanggap sebagai anak MB atau Menteri kerana discman masa tu cukup susah cari dan sangat mahal. Zaman di mana kita masih belum tau apa itu blog, internet, YM dan segalanya. Zaman yang masih belum ada highway PLUS dan Jambatan Pulau Pinang jauh sekali KLCC yang ketika itu masih lagi tempat lumba kuda. NTV7, CHannel 9, Astro suma tu jauh sekali. Dan di zaman tu jugak orang masih kenal Ramlah Ram, Rohana Jalil, Zaiton Sameon, Ziela Jalil, Mr Os, Accapan, Dayangku Intan dan ramai lagilah yang seangkatan dan sekapal dengannya.

Masa kian berubah.

Dari pada radio sebesar peti ais yang diusung di atas bahu ke hulu ke hilir, beralih kepada walman, dan kini MP3 player. Daripada hp yang hanya bunyi kring kring kepada segala macam jenis ringtone dan sebagainya, selaras dengan peredaran masa. Accapan dan Mr Os pun pelan pelan diganti dengan Senario. Macam macam perubahan dalam tempoh beberapa tahun ni.

Perkembangan terkini skuad Harimau Malaya juga tidak ketinggalan. Perginya lapis generasi Afro, kini diganti dengan generasi baru, generasi-X katanya. Tidak dilupakan, boot terkini, design bolasepak tu sendiri, jersi terkini, oh tak lupa juga rambut terkini (?). Namun Harimau Malaya rupa-rupanya mengalami kejutan yang teramat selaras dengan perubahan masa ini. Dari satu pasukan yang dulu digelar Harimau Malaya, selepas mengalami perubahan demi perubahan, kini sudah bertukar menjadi skuad Harimau Sekolah (remember P Ramlee? Labu Labi; Harimau Sekolah yg pandai bagi salam). Ngauman yang diharapkan dari sang harimau rupa-rupanya sudah bertukar menjadi bisikan manja umpama sepasang suami isteri di dalam kelambu di malam Jumaat menantikan detik untuk bersatu (hari-hari mau).

Cis p jahanam la F*M musibat.

Jenih muka tatau malu semua. Dah terang-terang melingkup pun tamau berambuih lagi.

Tuesday, July 17, 2007

Ngomong ngomong kosong

Hari tu. Kat KOMTAR. Aku terselisih dan langsung terberbual-bual dengan sorang kawan lama. Kawan sekolah rendah dan menengah rendah (sebelum aku p taiping). Pompuan. Dan masih single. Antara kawan-kawan yg senang aku sembang sejak dari sekolah lagi. Banyak benda kami borak2. Dari ceritera zaman sekolah rendah dulu, sampai la bab status terkini masing-masing. Aku habaq kat dia yg bini aku tgh pregnant. Anak sulung, Insyallah. Borak punya borak, disebabkan dia agak close dgn aku (dulu-dulu), aku tanya la direct kat dia satu soalan cepu mas. "Hang bila pulak nak kawin?"

Terkedu.

Dia senyum2. Dia kata bukan tamau kawin tapi bla bla bla. Kira banyak la sebab dan musabab dia bagi kat aku pasaipa dia tak kawin lagi sampai la ni. Tak boleh aku ceritakan di sini. Aku senyum saja dengaq cerita dia. Aku tak pandai menilai org. lebih2 lagi org yang lama aku tak jumpa. Hanya dalam sepengetahuan aku, dia boleh dikatakan masuk ke kategori yang boleh mencairkan lelaki. Rupa, pendidikan, agama, keturunan suma dah chantek.

1.40 pm. Nak habih dah masa rehat.

Buah last, aku tanya dia, hang ada tengok banyak cerita Korea kot? Ada jugak katanya, dia tanya pasaipa ? Aku jawab balik, maybe hang nak cinta hang tu mai ala-ala cerita Korea kot. Mai putera handsome kacak kaya suma dengan bunga2 berguguran apa bala lagi. Aku kata kat dia, lagi lama hang dok harap macam tu, lagi tak mai benda2 tu suma. Tayah la nak dok tunggu perfectman sebab di dunia ni memang tadak segala benda tu suma. Baik laki baik pompuan, tadak yg sempurna. Lagipun tu sumanya filem dan mmg of course la dia nak buat cerita yg sehabih perfect tapi tak reliable kat real life ni ha. Haha dia gelak. Cis kuang ajaq la tu, kata dia lagi. Last2 jawapan terakhir dia (skima jawapan), dah tadak jodoh.

Habih takat tu saja perbualan kami.Aku naik mai pejabat. Dalam pala otak aku dok pikkiaq, apa aku bual dgn dia tadi. Yes everything depends on the JODOH. Tapi jodoh pun kadangkala kena cari dan kadang2 kita kena terima ia seadanya. Ada la hikmah setiap yang ditentukan tu. Kalau nak guna akal kita saja untuk cari yang perfect, rasanya akai kita ni takkan boleh pikiaq punya sampai ke tahap tu. Akai kita ada limit. Ntah la. Dan adakah pengaruh filem (cthnya filem cinta2 Korea) tu turut menyumbang pada situasi yg sedemikian? Mengharap prince charming (or princess beauty) or mr/mrs perfect mai melamaq dgn suasana paling romantis, dengan hembusan angin sepoi2 bahasa, bunga-bunga berterbangan di tengah2 kehijauan pepohon rendang di tepi sebuah tasik dan disaksikan sepasang merpati dua sejoli (tah tah merpati gay) yang turut sama berkongsi kegembiraan?

La apa aku merepek ni?

Aku terima segala apa yang telah Allah SWT jodohkan utk aku. Ntahla, yg aku tau, aku sayang wife aku, our coming baby dan kehidupan kami masa ni. Hmmmm jangan lupa doakan kesihatan baby kami k? Berdebar ni. Hari2 dok doa minta selamat suma .. Amin.

Wednesday, July 4, 2007

New Gadget Has Come




Alhamdulillah
Berjaya memiliki juga PDA phone
Rezeki wifey and coming baby agaknya
It's called 02 Xda Flame
Still in the mode of trying and exploring
Bagus untuk pengurusan diri aku cthnya nak ke mesyuarat, lawatan tapak etc etc
Best Best

Wednesday, June 27, 2007

Makan-makan Jalan-jalan (MMJJ) part One

Ya bagi menyambut seruan daripada Rumet, kali ini rancangan Makan-makan Jalan-jalan (MMJJ)akan membawakan ada meninjau tempat-tempat makan menarik sekitar Pulau Pinang.
Suka diingatkan di sini bahawa istilah tempat makan menarik bagi istilah kami (yakni aku dan Rumet) lebih menjurus kepada tempat makan "sedap tapi bukan jenis 1st class macam hotel atau mewah starbucks". Jadi lupakanlah hasrat anda sekiranya anda menginkan tempat makan sedemikian.

Bagi kami di MMJJ, tempat makan menarik adalah memenuhi 3 kriteria iatu:
1. Sedap
2. Sangat Sedap
3. Sedap dan Sedap Gila Tak Hengat

Antara tempat yang menarik adalah seperti gerai-gerai berpayung di tepi jalan mahupun ataupun gerai berbumbungkan kain terpan di lorong2 jalan kaki. Tempat seperti inilah yang sebenarnya mampu membuatkan anda angau dan ingin kembali ke Pulau Mutiara hanya untuk menikmati kesedapan makanannya.

Baiklah tanpa membuang masa kita akan menjengah ke satu gerai sarapan pagi antara terbaik di Pulau Pinang. Kita mulakan dengan sarapan pagi kerana sarapan itu penting bagi hidup kita. Gerai yang dimaksudkan adalah Gerai Roti Canai Jalan Transfer. Terletak di jalan transfer, (mmg betul2 tepi jalan, siap kereta lalu depan kita dalam 2-3 meter saja dari meja makan) gerai ini terkenal dengan roti canai kuah daging pedas + kuah dal taruk atas. Dijamin ! Benda ni tadak di Kola Lumpur punyala.



Deretan Periuk berisi kuah.
Woh terbaik.
Gambar terpaksa dirakam dgn cepat kerana kereta sedang melintas di belakang saya yang bertindak sebagai jurukamera. Terasa anginnya.



Keadaan Roti Canai Jalan Transfer.
Daging Pedas ada tertusuk di hujung Gerpu.

Juga terdapat di sini adalah telur masak yang ditaruk terus di atas roti bakar. So kalo nak makan roti bakar cecah telur, anda tak payah cecah lagi kerna roti tersebut sudah pun ditenggelami dgn telur separuh masak itu. Tahap bintang yg patuyt diberi: 5/4 bintang untuk masakan roti canai dan telur separuh masak + roti bakar. Marvelous.




Roti Bakaq + Telur Setengah Masak


Amaran awal: Awas bg mereka berperut sensitif, anda mungkin mudah membuang air besar selepas itu kerana kepekatan dan kelikatan serta kepedasan kuah taruk atas itu. Untuk makluman semua, Toilet tak ada berhampiran ya semua pembaca ....

Sekian paparan kali ini. kita jumpa lagi di MMJJ di lain episode.
Byeeeeeeeeeeeeeeeeeeee !

Friday, June 15, 2007

4 Stupid A**holes

Hari tu (kelmarin) aku nak p tgk cerita shrek 3 dgn my beloved Bubu. Sekali p, show masa tu (Khamis 9.10 malam di Cathay Cineplex Perangin Mall) dibatalkan. Aku rasa sbb org tak ramai. Yang ada hanya show pukol 10.30 mlm. Cis.

Sebab aku dah ada di situ, aku pun beli la tiket Fantastic 4 (9.15 mlm) walaupun hati ragu2 dgn cerita tu + ada frust jugak la sbb tak dpt nak tgk shrek 3. Selepas sejam 45 minit, cerita pun tamat. Bubu kejutkan. Rupa-rupanya aku dah terlelap lebih kurang 5-6 minit lagi cerita nak habih. Sib baik dia kejut. Kalao tidak, sure dah sampai ke Afrika Selatan dah aku belayaq dlm mimpi.

Maka dengan penuh rasa tanggungjawab sebagai warganegara yag perihatin dan penuh takzim dan dendam kesumat membara, kepada rakyat Malaysia yg cintakan tahap IQ mereka, sila ambil perhatian dgn pengumunan di bawah:

Jangan p tengok cerita Fantastik 4 yang tengah dok uar-uarkan la ni. Cerita tu lagi sampah dari cerita XXX Ray 2 (ala yang Jalaludin Hassan jadi Hang Tuah tu).


Pasaipa ? Pasai cerita tu terlalu bodo. Gila ! Ada ka logik bilamana ada makhluk asing nu mai dari cakerawala mana nu bleh ckp english tahap "English 1119" punya standard. Aku tau cerita tu cerita sains fiksyen, tapi aku takleh terima cerita tu. Elok diberi nama 4 Stupid A**holes.

Susah nak cerita panjang lebaq dalam tulisan ni tentang apa lagi kebodohan cerita ni tapi kalo rasa nak p buang duit dan menguji tahap kesabaran dan menguji kehebatan kesumpah seranahan hangpa takpala. Take note that komen ini adalah personal opinion aku yang bukannya bekerja di bidang perfileman tapi hanyalah org kebanyakan yang inginkan sikit hiburan (yang logik la) bagi meringankan tekanan kerja di pejabat.

Dipersilakan.

Thursday, June 14, 2007

so tired

keja banyak
masa tak cukup
rest pun kurang
hal nak pindah rumah (or kuarters) lagi
menjadikan gua kepancitan sikit
tapi selera makan membuak2
alhamdulillah masih sihat

aaaaaa
nanti2 la update pepanjang

Wednesday, May 16, 2007

Selamat Hari Cikgu

Memandangkan hari ni Hari Guru, dengan penuh rasa rendah diri, aku ingin ucapkan selamat hari guru khas buat semua cikgu yang telah mengajaq aku daripada mengenal huruf 1,2,3, A,B,C dan Alip,Ba,Ta sampai la aku boleh berada di kedudukan sekarang.

Aku tau aku bukan "teacher's pet" atau "menatang peliharaan cikgu" sebab aku bukan tergolong dalam golongan yang berderet-deret A setiap kali exam sebaliknya aku lebih cenderung ke haluan kiri yang mana aktiviti golongan haluan kiri ni adalah seperti tidoq di dalam kelas, ponteng kelas (especially kelas Sejarah masa cikgu Majid di Taiping dulu), ponteng prep, lari lompat pagaq p tgk wayang dan main games di Taiping, taboh junior, etc etc. Cuma aku nak share sikit la kat satu dunia akan luahan salah sorang cikgu yang kebetulan aku jumpa depa masa aku keja di Kedah bila mana dia cukup terkejut bila aku bleh sebut nama depa (cikgu-cikgu ni) one by one tanpa silap. Aku bgtau depa yang sku sentiasa igt kat depa ni sebab depa suma penah balun aku pasai kebuasan dan kenakalan dan kadang-kadang, student hat yang "LOQ LAQ" macam ni la yang lagi ingat kat cikgu dia bila dah abih sekolah nanti banding dengan "menatang peliharaan cikgu" ni. Sebab apa ? Sebab selalu kena rotan + kena ligan dengan cikgu dia so dia punya kenangan tu lagi indah bila dikenang-kenang. Perasan betoi. Tapi ni kan tempat aku nak luahkan rasa hati aku so terpulang kat aku la nak tulis apa pun kan kan kan.

So dipendekkan cerita,terima kasih buat semua cikgu/ustaz/ustazah/lecturer :

- yang mengajaq aku mengaji Quran masa kecik² kat kampung dulu
-cikgu tuisyen English aku. Serius english aku mmg tunggang langgang. Almaklumlah dok ceruk kampung mana la reti nak ckp english. I lep U aku tau la.
- Tadika TDG, Padang Katong, Kangar, Perlis. (1986)
- Sek. Ren. Keb. Seri Indera, Kangar, Perlis (1987-1992)
- Sek. Men. Derma, Kangar, Perlis (1993-1995)
- MRSM Taiping, Perak. (1996-1997)
- MMU, CYberjaya. (1998-2002)

Dan sapa-sapa yang pernah mengajaq aku hatta sekelumit ilmu, aku ucapkan terima kasih pada kalian. Kalian tetap aku anggap sebagai guru. Jasa Kalian tetap aku kenang dan aku minta supaya segala ilmu yang depa curahkan ini dihalalkan dunia dan akhirat ....

Chow Chin Chau ...

Friday, May 11, 2007

Hohoho ....

Assalamualaikum wbt pembuka bicara.

Lama sungguh tak menaip. Sibuk. Maybe ada org akan tanya, alah keja gomen sibuk apanya? Terpulang pada penilaian masing-masing. Senang cerita, keja gomen tak semestinya dok saja goyang teloq saja dan keja swasta pun tak semestinya sibuk 25 jam kan? Suma bergantung pada niat kita. Sekali sekala, cuba kita tanya balik kat diri kita ni, untuk apa kita mai keja dan untuk sapa duit yang kita dapat dari hasil keja tu kita nak bagi. Begitulah serba sedikit renungan untuk petang Jumaat yang mulia ni. Aku ni bukan ustad, jauh sekali penceramah jadi aku ckp je la apa yang aku rasa nak cakap. Kalau baik, ikut lah, kalau tak baik, nak ikut pun apa salahnya.

Ok lepas hampir 2 minggu tak berblog, actually terlalu byk cerita dan ceritera yang terjadi. OK kita mulakan dengan berita perkembangan wifey tercinta aka BUBU. I used to call her bubu and she used to call me baba. Well eerrrrm aritu kiteorg p hospital Lam Wah Ee di Jelutong untuk buat medical checkup and get some 2nd opinion about our baby-to-be and alhamdulillah everything went very well. We managed to get the scanned image of our baby but we still (till today) dont know what gender she/is. I dunno sampai bulan bapa baru bleh tau gender baby, maybe ibu2 macam bleh bagitau kot BUT whatever it is, i can only say that i really thank Allah for giving us this baby and well accept it no matter what gender it is. Syukur banyak2-banyak dan haraplah supaya tadak apa yang jadi kat baby dan bubu. Baba akan buat apa saja selagi halal untuk beri makan dan segala kebahagiaan untuk bubu dan baby.



Selamba tangkap gambar masa Doktor tgh scan.




She/he's there.


Sebut pasal bubu yang mengandung ni, something bizzare does happen to me. Selalunya org pompuan yang mengidam nak makan nak tu nak ni tapi nampaknya untuk kali ni, sumanya terbalik. My beloved wife alhamdulillah tade alah apa-apa, tadak morning sickness cuma dia alah pada bau minyak masa goreng ikan saja. Itu kira kes kecik saja la TAPI, yang menjadi masalah adalah aku ni ha. Sejak sebulan terakhir ni, masyaAllah selera makan aku cukup membuak sampaikan adik dgn abah yang dtg melawat kami di Penang haritupun terkejut dgn perubahan fizikal aku selepas sebulan pindah. Serius. Selera makan aku cukup membuak-buak. Satu lagi, aku pulak yang muntah-muntah mcm org mengandung. Pelik. Dalam bulan 5 ni saja (baru 11 hari dlm bulan 5) dah 3 kali dah aku terpaksa hadapi situasi di mana dalam meeting tiba2 aku kena keluaq meeting dan p toilet untuk wek wek wek. Pelik sungguh. Dia bukan ada rasa pening ka, mual ka, tapi terus rasa nak wek wek wek .... aiyyo.

Last weekend, we went to Taman Rimba Teluk Bahang. Saja nak mandi-mandi ayaq terjun la pulak. Dok nampak laut saja. Sekali sekala nak merasa pulak ayaq terjun sejuk-sejuk. Besh hoo. Tempat ni sangat spesel di hati aku. Aku ingat lagi, Teluk Bahang ni memang tempat feveret Abah dgn Arwah Mama kalau depa mai bawak anak-anak jalan ke Penang. Aku, angah dgn kak lang masa tu kecik lagi dan boleh kata tiap kali kami mai ke Penang, Taman Rimba ni mmg tak pernah miss dari salah satu agenda kami sekeluarga. Tempat dia macam tu saja. Ayaq dia dok sejuk lagu tu jugak. Lepas berendam sampai dah kecut habih satu badan, kami makan nasik kandaq Line Clear yang dah siap bungkuih dari Georgetown. Habih licin wooo. Almaklumlah, lapaq maa lepaih berendam.



Fatty me with bubu.

Setakat ni dulu kot coretan kali ni. Nak kena ready p mesyuarat sat pukoi 3.30 satlagi. Banyak cerita ni. Nanti cerita lagi la no. Doakan kebahagiaan kami dan jugak baby nanti, insyallah.

Friday, April 27, 2007

....

lamanya tak update.

banyak cerita tapi tak sempat nak update.

Cuma 2-3 hari lepas, aku dpt satu fwd mail berkenaan daftar pengundi SPR (Suruhanjaya Pilihanraya) beserta satu no IC 990518610029. URL website untuk daftar SPR tu pulak ialah di sini. Dia suruh masukkan no IC tu dan semak hasilnya. Mula-mula aku maleh nak amik port sebab ingatkan tu just junk mail tapi bila aku try, hasilnya mengejutkan jugak. Bayangkan IC tahun 99 dah bleh mengundi. Budak tu baru masuk darjah 1. Try copy and paste and tengokla sendiri ....

Then sebab aku tak puas hati, aku masukkan no IC aku, terbukti website tu bukan "phishing page" sebab butiran mengundi aku keluaq jugak tapi itu memang betoi butiran aku. Tempat mengundi suma sumanya memang betoi. So, website tu "asli" dan memang sah milik SPR aku rasa.

Tapi bila boh no IC budak tu seperti yang dalam fwd mail tu, aku jadi pelik.
Hmmm ... kecik-kecik lagi dah bleh mengundi. Terpulang pada hangpa yang membaca blog ni untuk nak kata apa. Segala yang baik mahupun yang kurang baik tu datang dari Allah Taala jua.

TAKPA, MALAYSIA BOLEH !

Thursday, April 12, 2007

Anak kecil main api ....

Berada di sebuah negara atau tempat yang baru tentulah satu memberi kita satu pengalaman baru. Same goes to me. Sama ada pengalaman tu pahit or not, itu biasala. Cuma bagi aku, berada di Pulau Mutiara ni dan dikelilingi orang-orang yang budayanya, pertuturannya, pegangannya dan segalanya sama sekali berlainan menyebabkan aku terasa yang aku bukan di "tanahair" aku dan sekaligus membuatkan aku teringat bait-bait sebuah lagu.

Lagu ni lagu sedih.
Lagu ni lagu ratapan org yang kehilangan haknya akibat lalai dan leka.
Lagu yang bagi sesetengah orang cukup sensitif tapi bagi aku lagu ni dalam maknanya.

Aku tak mau jadi sesetengah orang yang menyalahkan orang lain atas kehilangan "tanah kita" tapi bagi aku, kita sendiri yang patut muhasabah diri dan kelemahan kita. Bagi aku, kalau kita kuat, orang tak boleh amik hak kita, no matter what it is. Ni bila dah terlepaih, baru nak menangis tak berlagu.

Masa tu,
baru kita nak merataplah,
nak merayulah,
nak mengamuklah,
nak marahlah,
nak angin la,
tapi nak buat apa dah kalo benda dah terlepas.

Sama-sama kita renungkan la nasib kita di tempat yang kita panggil "tanah kita". Kita lemah bukan sebab orang lain kuat tapi kita sebab kita sendiri yang lemah.

Tapi tula, dengan apa yang dok jadi kat Malaysia lately ni, aku selalu berdoa supaya generasi aku ni tak akan mengulangi lagi segala apa kesilapan yang Tok Nenek kami dah buat suatu masa dulu kerana generasi kami ni lah yang bakal mencorak masa depan umat di "tanah kita".

Betoi aku ni suka melawak dan tak serius, tapi ada masa kita kena tengok jugak hal yang serius mcm ni ....


Warisan

Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.

Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap di arus zaman.

Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri.

Kita rumpun bangsa Melayu,
Menganut agama yang suci,
Semangat bangsa berlandaskan Islam,
Teras capai kemerdekaan.

Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutuplah hati terkunci mati,
Maruah peribadi dah hilang.

Kini kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati, bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.

Kita sudah tiada masa,
Bangunlah dengan gagah perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayu kan gagah di nusantara.

Friday, April 6, 2007

Penang oh Penang

We've finally moved to Penang!
Yes Penang.
The Island one, not the "Tanah Besar"part.

Sumanya bermula pada 1/4/07.
Dengan brade lori sewa, aku pun sama sibuk mengangkat barang dari umah aku di negara Kayangan Darul Sunnah, masukkan dlm lori dan aku follow sama lori tu ke negara Pulau Mutiara (or Pulau Cha Ya Nun Alip).
Sampai di umah (yang masih belum dicuci), aku tolong plak brader lori tu unpack barang ke rumah. Pangsapuri je. Tapi umah dia cantik sebab owner dia dulu pun dok umah tu sebelum dia sewakan pada tenant yang lain (tenant sebelum aku la maksudnya). Tingkap nya dibikin baru; pakai sliding punya siap bergrill, pintu pun baru, bukan setakat pintu default dengan tomboi bulat dan ada taruk tiles. Pendek kata, aku bersyukur la dgn condition umah tu.

Kita ringkaskan cerita.

Next: Melapor diri di pejabat baru di KOMTAR. Tingkat 45 tu. Bukan aku tak besa keja tempat tinggi. Tapi kali ni seram dia lain macam hahahaha. Dulu pun aku penah keja tempat tinggi tapi kali ni lagi tinggi. Dah la tu, bangunan dia pun ala2 berumoq @ veteran. Lif dia dah jadi mcm lif rumah pangsa tempat aku dok. Stail lama. Tak macam Menara Rebung milik syarikat telekomunikasi tertunggul di Malaysia tempat aku keja dulu-dulu sebelum masuk gomen.

Ah.
Abaikan suma tu sat.
Aku nak p semayang Jumaat dulu.
Dah lama tak semayang Jumaat pakai baju opis semenjak keja di Negara Jelapang Padi. Aku rasa pelik / tak selesa. Lepas semayang sure pekena nasik kandaq lagi. Dok Penang ni tadak benda lain, nasik kandaq saja sampaikan aku yang baru seminggu dok sini pun aku dah rasa muak dah dgn gulai mamak kuah tarok atas ni. Serius tak dinafikan nasik kandaq ni sedap tapi kalo dah hari-hari dok kandaq, aku pun naik pening sampai bersembang pun bunyi macam mamak dah.

Ada masa nanti aku sambung.
Banyak cerita.
Pasai beli kelengkapan umah baru, pasai itu pasai ini.
Pasai kehidupan aku yang dikelilingi Cha Ya Nun Alip.
oh, tak lupa juga
Pasai org gila nak BOM Jambatan Pulau Pinang dan KOMTAR (Ekslusif ni pasai yang ni tak masuk berita)

Pendek kata,
banyak pindah, banyak pengalaman dan byk cerita.

Sunday, March 18, 2007

life life life ....

Pernah tak sepanjang-panjang hangpa keja ni, hangpa hadapi time-time bilamana hangpa rasa demotivated sangat-sangat dalam kerja korang? Korang rasa malas, demotivated, tak bermaye, benci, tak sabor nak berambus etc etc. Aku rasa si Semah (haha sori la ye semah) penah rase camni. Agaknyela. Well that's what i feel rite now.

Terus terang aku katakan, lepas aku dapat surat pertukaran dari kedah ke penang (yang sepatutnya berkuatkuasa 1 Mac 07 tapi aku minta delay ke 1 April 07), aku rasa teramat-amat demotivated. Dengan cara pertukaran yang main faks sekeping surat (kot la nak call bagitau sikit), lepas tu dengan tarikh yang terlalu dekat (short notice) dan tanpa sebarang pihak pun tahu menahu pasal benda ni. Bukan setakat aku, tapi immediate bos aku pun tak diberitahu langsung pasai benda ni. Suma direncakan di HQ di putrajaya sana nu. Tup tup keluaq mai surat suruh p pindah. Sh*t ! Ntah cara keja mana la depa ni pakai.

Serius aku sangat-sangat jadi demotivated. Aku mai ke pejabat di kedah untuk bulan Mac ni semata-mata mai nak kemas barang dan buat la nota serah tugas lebih kurang dan surfing. Aku dah terlalu down, malas, etc etc etc untuk buat keja-keja pejabat ni disebabkan pertukaran yang tak ketahuan pangkal ni. Tak macam pertukaran aku masa dari Negara Kayangan ke Kedah dulu tu. Masa tu aku cukup bersemangat sebab aku tau pasaipa aku kena tukaq mai ke Kedah. Tapi takpala, ada masa kita ada naik turun dalam kehidupan kita. Sebab tu blog aku aku namakan "Life is Great" sebab aku rasa kehidupan aku ni macam ceriteranya. Macam-macam naik turunnya .....

Harap-harap lepas ni aku dpt bukak buku baru di Pulau Mutiara dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT. Amin.

Woh. Cerita pasai Pulau Mutiara, aku baru p Penang hari Rabu lepas. Selain daripada p jalan-jalan tenangkan otak yang serabut ni, ada 2 objektif lain aku p sana termasuklah:
1. nak cari rumah di sana
2. bawak adik-adik dan wifey aku jalan-jalan sekali la sempena cuti sekolah

Well biasakla jalan-jalan, bawak depa p ronda-ronda penang, p pantai, pekena nasik kandaq, bawak wifey dan adik2 aku shopping (walaupun gaji tak masuk lagi ditambah dgn nak pindah lagi ni) dan aku rasa paling best sbb aku bawak wifey dgn adik-adik aku p tgk cerita Mukhsin. Waa serius ckp aku suka cerita tu. And it's recommended for everyone. Lagi elok kalo tgk dgn budak2 (i meant umoq 12-15 thn). Best. Enjoy. Yang paling penting, aku dpt lari dari kebosanan dan kemalasan dan ke"down"an akibat kerja aku dan aku dapat plak lari dari kebosanan tu dgn orang-orang yang aku sayangi. Sekurang-kurangnya dapatla menghappykan balik mood aku. Hohoho.

Happy wifey @ Nasik Kandaq Line Clear

Ateh Feri

Wuuu dah bleh peluk dah

Oh ya selain tu, aku p usha usha jugak tempat mana la aku nak dok nanti di Penang nanti. Kalau boleh aku nak dok sebelah pulau. Tak sanggup nak ulang alik tanah besaq - pulau hari hari. Cukup dah aku berulang Kangaq - Aloq Staq hari-hari selama setahun ni. Hmmm cari punya cari, dgn pertolongan member-member, dpt la satu rumah pangsa kat area2 dlm town jugak. Tak terdaya lagi nak dok kondo yang mencecah RIBUAN RM sebulan. Aku carik rumah biasakla dulu. Sewa dia ? Boleh bajet sendiri la kot. Kalau dah nama Bandaraya, musti sewa dia pun jenis Bandaraya jugak la kot hatta ianya hanya sebuah rumah pangsa ...

Kami balik hari Jumaat tgh hari dari penang. Nak dijadikan cerita, tgh on the way aku balik dan dah sampai di area Aloq Staq, tiba2 aku dengaq bunyi meletup dan habih suma cermin depan aku crack. Astaghfirullah. Habih retak cemin keta aku. Habih terkejut suma wife dgn adik2 dlm keta. Aku stop kat tepi, check apa yang patut. Pelik. Aku tak follow lori dan aku tak rasa ada benda (macam batu ka) yang hentak cemin tu tapi ah dah benda nak jadi. So lepas tu, aku nyalakan hazard light dan bawak ja keta tu pelan pelan ke Kangaq. Dengan kelajuan 30-40 km/j, dengan letih drive dari penang, pergh mmg menguji tahap kesabaran aku sungguh masa tu. Sampai sampai saja kat kangaq, terus antaq wifey dgn adik2 suma balik rumah dan terus p bengkel. Tinggal la keta tu kat bengkel. Dah terbayang-bayang RM yang bakal diberi pada cina buat cermin tu. Ya Allah besaq sungguh dugaanMu kali ni.




"ceminku retakkkkkkk seribu", siti nurhalizah

Hmmm forget about it. Anyway, kelmarin (Sabtu 17/3/07 ; selepas genap sebulan bernikah) we went to a private clinic in Kangaq and i've got another reason untuk aku berasa happy (dan cuak jugak). "Tahniah dan jangan lupa p register dan buat follow up kat klinik kesihatan cepat-cepat" said the doctor. Wuuuu

Hahahaha. It's confirmed oredi maaa.
Untuk ibu-ibu dan bapa mungkin dah faham dgn gambaq di atas.
Untuk yang tak paham tu, pandai-pandai hangpa la no ....

Lepas ni nak kena kerja kuat lagi lagi sbb dah nak prepare for "orang baru". Insyallah aku doa dan minta supaya semua selamat. Syukur pada Allah SWT atas pemberianMu. Semoga apa yang terjadi pada ketika sebenarnya hanyalah secebis ujian dariMu untuk Engkau menghamburkan lagi rahmat dan ganjaranMu.

As i said, my life is great. So, what about yrs?

Monday, March 12, 2007

Here it is - part 1

Gambaq kenangan sekitar majlis akad nikah.
More to come.

Lokasi: Segamat Baru, Umah Pengantin Perempuan
Tarikh: 16 Febuari 2007, Jumaat
Masa: 8.50 malam



dup dap dup dap ...




Jeng jeng jeng ...



Jumaat, 16 Febuari 2007, 10.22 pm
Salam, lafaz dan aqad yang mengubah segalanya ...



Senyum jgn tak senyum ...
Dah sah dah ....
:D


mmmmuack !