Friday, April 6, 2007

Penang oh Penang

We've finally moved to Penang!
Yes Penang.
The Island one, not the "Tanah Besar"part.

Sumanya bermula pada 1/4/07.
Dengan brade lori sewa, aku pun sama sibuk mengangkat barang dari umah aku di negara Kayangan Darul Sunnah, masukkan dlm lori dan aku follow sama lori tu ke negara Pulau Mutiara (or Pulau Cha Ya Nun Alip).
Sampai di umah (yang masih belum dicuci), aku tolong plak brader lori tu unpack barang ke rumah. Pangsapuri je. Tapi umah dia cantik sebab owner dia dulu pun dok umah tu sebelum dia sewakan pada tenant yang lain (tenant sebelum aku la maksudnya). Tingkap nya dibikin baru; pakai sliding punya siap bergrill, pintu pun baru, bukan setakat pintu default dengan tomboi bulat dan ada taruk tiles. Pendek kata, aku bersyukur la dgn condition umah tu.

Kita ringkaskan cerita.

Next: Melapor diri di pejabat baru di KOMTAR. Tingkat 45 tu. Bukan aku tak besa keja tempat tinggi. Tapi kali ni seram dia lain macam hahahaha. Dulu pun aku penah keja tempat tinggi tapi kali ni lagi tinggi. Dah la tu, bangunan dia pun ala2 berumoq @ veteran. Lif dia dah jadi mcm lif rumah pangsa tempat aku dok. Stail lama. Tak macam Menara Rebung milik syarikat telekomunikasi tertunggul di Malaysia tempat aku keja dulu-dulu sebelum masuk gomen.

Ah.
Abaikan suma tu sat.
Aku nak p semayang Jumaat dulu.
Dah lama tak semayang Jumaat pakai baju opis semenjak keja di Negara Jelapang Padi. Aku rasa pelik / tak selesa. Lepas semayang sure pekena nasik kandaq lagi. Dok Penang ni tadak benda lain, nasik kandaq saja sampaikan aku yang baru seminggu dok sini pun aku dah rasa muak dah dgn gulai mamak kuah tarok atas ni. Serius tak dinafikan nasik kandaq ni sedap tapi kalo dah hari-hari dok kandaq, aku pun naik pening sampai bersembang pun bunyi macam mamak dah.

Ada masa nanti aku sambung.
Banyak cerita.
Pasai beli kelengkapan umah baru, pasai itu pasai ini.
Pasai kehidupan aku yang dikelilingi Cha Ya Nun Alip.
oh, tak lupa juga
Pasai org gila nak BOM Jambatan Pulau Pinang dan KOMTAR (Ekslusif ni pasai yang ni tak masuk berita)

Pendek kata,
banyak pindah, banyak pengalaman dan byk cerita.

4 comments:

  1. nnt boleh laa hang belanja aku milo ais bungkus ikat tepi bila aku pi sana... hoho

    ReplyDelete
  2. ah lu sembang je
    dari aku dok negara darul sunnah, sampai la aku pindah ke tanjung, janji nak dtg tak sampai2 jugak.
    janji tinggal janji

    ReplyDelete
  3. erks...paklong pun sama juga. janji nak mai jengok cucu sedara drp berpantang kat darul sunnah sampai anak dah 7 bulan setengah, tak sampai2 jugak...
    hahah..lawak saja! (ada janji ka?)
    sbnrnya xdak rezeki kot...tiap2 kali nak jumpa ada ja perkara.

    beloved wife gena? ada morning sickness ka? jaga mau baik punya keyh. take care!

    ReplyDelete
  4. alaa smey... cemacam aral melintang menegak meleper menongkah sume ade... insyaallah ada kelapangan leaps ni aku melawat ko kat penang tu... hoho

    ReplyDelete

Ha jemput mai brok brek sini