Tuesday, August 21, 2007

Corat coret kosong ....


Assalamualaikum wbt.

Pertama sekali,
Alfatihah untuk mangsa kemalangan ngeri bas ekspress di Bukit Gantang tempoh hari. Tempat kejadian tu pulak kebetulan [?] sama dengan nama syarikat bas tersebut yang dilaporkan rupa-rupanya tinggal nama saja sejak 15 tahun lepas.

Macam biasa, episod bangau oh bangau (atau ungka oh ungka) pun bermula. Jabatan X menyalahkan Jabatan G, Jabatan G pula menyalahkan Kementerian C. Ada tempek nombor telepon talian panas kat belakang pungkoq bas pun tak guna jugak. SMS hilang p mana, telepon pun hilang p mana. Bak kata orang utara, P Mai P Mai Tang Tu jugak. Mula la keluaq la pulak bermacam-macam idea mengarut. Ditambah pulak dengan ayat "Kami akan mengambil tindakan ATAU kami sedang mengkaji bla bla bla", kesimpulannya adalah melingkup jahanam habih semua. Suma nak jadi champion tapi habuk pun tarak. Kalao tanya aku, senang saja aku jawab, benda ni tak kena kat kepala depa. Cuba yang mati tu mak pak depa ka, adik abang kakak depa ka, haaaa baru depa mengelupoq. Baru ada akai.



Oh ya. Gambaq ni dihantaq melalui email oleh sorang teman. Diambil di atas salah satu lebuhraya di ibu kota sebuah negara yang dipanggil Malaysia. Lucu kata dia. Aku senyum jugak tengok gambaq tu tapi aku juga melihat gambaq ni dari satu sudut yang lain selain lucu. Aku melihat bagaimana seorang insan itu bertungkus lumus mencari sesuap nasi. Berpakaian badut dan terpaksa menggembirakan orang lain demi mencari rezeki yang halal, walaupun di hati dia tadak sapa yang amik tau. Ramai lagi yang senasib dengannya. Terpaksa bergolok bergadai utk hidup di negara yang dipanggil Malaysia ni nak bagi makan anak bini. Bagi yang belum kawin, nak bagi makan perut sendiri. Kita ? Dari dulu sampai la ni, dok komplen tak habih2. Hmmm.....

8 comments:

  1. gunakan saja kuasa yang kita ada !

    heh heh jgn marre aaa! :D

    ReplyDelete
  2. hang ni takdak kerja lain...asik nak kutuq melaysia shj..kalau dah rasa tak sesuai dgn cara hidup hang..pi laa pindah negara lain...baru hang tau mcm mana...gaji hang pun dibayaq oleh kerajaan malaysia...tak kira laa kerajaan apa pun yg memerintah...pi tengok nasib org melayu kat singapore tu...

    ReplyDelete
  3. Ala brader main post komen sembunyi2 tak syiok la

    Mai la kita kenai2 dulu. Cek keja di KOMTAR kat Tanjung ni ha. Tingkat 45. Kalo senang mai cari la no. Kita kenai2 pastu bleh la sembang2.

    Mai mai
    Mai la
    Takkan teloq tadak kot main sembunyi2 saja ni? Pondan saja buat lagu ni.

    ReplyDelete
  4. hahah.. emo siot mamat tuh..

    ReplyDelete
  5. ramai jugak yg fikiran sempit macam ni... kita komen yg negative yg membina... kata kita kutuk negara... patut benda tak betul kena kata tak betul... reality kena hadapi... bukan pandang sepi... mungkin ini antara insan yg redho dengan benda tak betul yg jadi dalam negara ni kot...

    ReplyDelete
  6. Hahaha.. sme. Ramai jugak yang pemikirannya agak lurus dan di bawah tempurung membaca blog anda.Atau depa buat-buat skema kot. Mcm hang kata laa..kalu tak kena tang dahi dorg, dorg akan cakap lagu ni jugak laa..

    Senang cakap, ni blog hang..apa hang nak tulih sini "lantak pi kat hang laa". Betui dak??

    ReplyDelete

Ha jemput mai brok brek sini