Hari ni hari Rabu, 13 Rabiulawal 1427 Hijrah. Semalam adalah hari keputeraan junjungan besar kita Muhammad SAW. Aku malas nak mengulas pasal hari Maulidur Rasul ni sebab dah lama dah orang kita asyik bercakap pasal akhlak Nabi, pasal Sirah Nabi, pasal perjuangan Nabi, pasal bla bla bla tapi umat Islam dok macam tu jugak. Sebab apa ? Sebab cakap tak serupa bikin. Sembang sana sembang sini, forum sana forum sini tapi nak bangun semayang Subuh pun liat. Islam tu dah lengkap, umatnya saja yang tak berpegang padanya.
Dalam aku dok selongkar thumb drive ni, tiba tejumpa koleksi gambar² masa kecik yang discan tak lama dahulu. Sayu je tgk gambar arwah mama , arwah moyang, arwah maksu (adik mama) dan juga abah dukung aku kecik-kecik dulu.
Untuk yang tak mengetahui, Arwah Maksu meninggal pada 25/12/1993 akibat kenser payudara, arwah Moyang nmeninggal pada bulan Jun 2003 kerana sakit tua (92 tahun) dan Arwah Mama meninggal pada 1/12/2004 akibat kenser rahim dan paru-paru.
Alfatihah untuk arwah mama Hajah Nik Hasnah Nik Mat, arwah maksu Hajah Hadzura Hassan dan arwah moyang Hajah Puteh bt Taha.
Aku tak puas peluk mama, aku tak puas cium mama, aku rindu mama .....
Hero Abah dan Mama
Arwah Moyang, Arwah Mama dan Abah tgh dukung Hero dia.
Abah dan hero sulungnya .....
Di atas dukungan arwah Maksu dan Arwah Moyang.
baby dalam gambar tuh nape tade sket pun cam muke ko? iras iras pun aku tak nampak.. uhhh.. heheh..
ReplyDeletewaahh best best.. makin ramai komuniti blog aku.. yihaa..
Eko sme....
ReplyDeletedari kecik2 dulu-dulu dah memang besaq pun.
macam badan ko skang jugak ler....
Isk....sme..aku sedih baca ayat last tu...
ReplyDeleteSme, aku sedih baca cita hang.Tak sangka hang ni dah ketiadaan mak.Tak dapat aku bayang kalau hidup tanpa mama.Serta merta aku terasa nak hargai sepenuhnya kasih sayang mak sementara ada (selama ni pun hargai tau).
ReplyDeleteThanx atas artikel hang yg mengingatkan aku pd mak aku yg tercinta.