Yah Im Back
Selepas seminggu bercuti akhirnya aku pun bersedia memulakan kerja di Kedah Darul Aman ni dengan satu tekad yang baru , untuk membuktikan dan memberikan yang terbaik kepada bangsa agama dan negara. Awal sungguh aku bangun. 6.15 pagi dah bangun, mandi, solat dan menjamah breakfast sekadar mampu (secawan susu + coco crunch adik aku) dan pada pukul 7.00 pagi, aku dah ready nak ke pejabat yang jauhnya lebih kurang sejam perjalanan tanpa highway. Ala apa guna highway kalau asyik jam cam di KL hahahah
Sampai-sampai dlm ofis (7.48 punch kad aku ... awal sungguh) terus aku lepak2 sambil memikirkan camna la nak susun atur opis aku supaya boleh senang aku buat keja nanti. hmmm pk pk ... angkut printer, ubah monitor, ubah CPU, tarik sikit laci ... buang benda2 lama kepunyaan pegawai dulu ... dan tada .... by 8.53 am, aku dah siap renovate bilik aku ... heh boleh masuk Casa Impian la camni.
by 9.00 am, boss baru aku Pn Zaiton ajak ke Baling. Mak aih jauh gila tu ..... rupa-rupanya ada undian projek selenggara untuk Kontraktor Kelas F. Dengan dibawa oleh pemandu pejabat, kami sampai lebih kurang kol 10.45 am dan disambut oleh DO Baling. Alhamdulillah sampai-sampai terus dijamu Nasik Goreng Kampung. Masyukkkk je. Tugas aku di Pejabat Pembangunan Negeri Kedah ni lebih kepada pemantau, kira agak "ringan" sikit tanggungjawab aku berbanding di Negara Keinderaan sana tu. Undian melibatkan 53 org kontraktor untuk merebut 7 projek penyelenggaraan pejabat. Pergh betapa sengit persaingan kali ni. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan to be frank, aku seronok, bangga, puas, dgn proses pengundian yang dijalankan yang mana kalau aku masih di Negara Keinderaan sana nu, aku tak rasa aku boleh tgk satu pengundian yang adil seperti ni.
By 12.30 pm kami cabut balik selepas sesi pengundian di Baling. sampai ngam-ngam 2.15pm dan aku hanya sempat semayang lohoq dan basuh muka sikit dan terus masuk bilik gerakan negeri. Hmmmm petang ni 2.30 pm ada Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri (MTN) Kedah yang akan dihadiri oleh YAB MB Kedah dan juga seluruh Exco Kerajaan Negeri Kedah, serta wakil-wakil dari jabatan kerajaan. Aku ambil kesempatan untuk menilai dan mendapat gambaran pertama/awal ... apa org kata, 1st impression ? Aku rasala, Kedah ni lain sangat dengan Negeri Keinderaan sana nu. Aku perhatikan, MB dia mmg berusaha sungguh untuk memajukan Kedah dengan juga mengambil kira pandangan org lain, berbanding dengan apa yang berlaku di sana nu .... meeting dia jugak straight foward tapi dalam suasana ceria. Takdak la nak merapu-tak-ketahuan-hala-prong-prang-sana macam yang negera sebelah sana nu. Heh banyak la benda dibincangkan dan aku cukup seronok tgk orang-orang Kedah bermesyuarat untuk memajukan negeri depa ni. Ntah bila la gamaknya Negera Keinderaan sana nu nak jadi camni?
Heh meeting abih kol 5.00 pm dan aku amik masa ni untuk menaip blog. Balik lambat2 sikit la bagus. Sat lagi boleh singgah beli Nasik Lemak Batu 9 on the way nak balik ke rumah. Awai-awai ni bukan bukak lagi kedai tu. Niat di hati nak start kontrol badan sebab aku punya Majlis Konvokesyen DPA dah nak berlangsung dan aku punya Baju Istiadat (Baju Parlimen) tu nampak gayanya macam ketat semacam ..... tapi .... ah biarkan la. Esok jela start ... ahahahahah
Heh .... begitulah seadanya cerita di hari ini.
-Tammat-
No comments:
Post a Comment
Ha jemput mai brok brek sini