Wednesday, May 13, 2009

Kisah "depa" berdua .... :)

Hari ni 13 Mei 2009.

40 Tahun lepas, di tarikh ini, Malaysia (formerly known as Tanah Melayu or Malaya) sedang dalam huru hara. Itu cerita orang tua aku. Itu jugak cerita tok ku. itu jugak yang diajaq oleh cikgu sejarah.

Aku tak sempat merasa. Aku taktau apa yang jadi. Cuma catatan sejarah sama ada melalui media ataupun cerita-cerita lisan orang-orang tua saja yang aku dapat sebagai gambaran apa yang jadi haritu. Doa aku, kita janganla jadi macam dulu tu balik. Hat mana mai umah orang tu, jaga-jagala adab sama kalo dah masuk mai. Jangan dok ingat kita saja yang betoi. Aku harap ada yang paham maksudnya.

Al-fatihah buat orang Islam Melayu yang pergi mengadap Ilahi pada hari berdarah tu.

Aku takmau sembang lebih pasai bab ni. Sensitif. Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang di mana banyak manusia yang lagi lembu daripada lembu. Hang kata aku salah, aku kata hang tak betui. Sudahlah. Aku boring. Pull stop.

Hari ni aku nak cerita pasai depa ni. Ok kita mulakan.

Ini kakak.



Kakak baru setahun lebih. Tapi kerenahnya, "akai" dia dan keletahnya macam dah budak besaq. Banyak akai. Comei. Puteri kesayangan baba dan bu.

Dan ini pulak adik. Selalu tidoq saja. Ya la, dah namanya baby. Nak buat apa lagi kan ? Takkan nak kena p kait buah kelapa sawit pulak kan ? Tengok tu, dalam tidoq pun dok senyum lagi. Mengigau gamaknya tu. Pun comei. Putera kesayangan baba dan bu.



Kakak ni, dia saaaaaaayang sangat kat adik dia. Tengoklah tu. Sebelum tidoq, dia bacakan buku kat adik dia. Buku bahasa Jerman. Sayang sungguh kat adik dia.



Dek kerana asyik mendengaq buku yang kakak baca, adik pun terlena.

Nyenyak.

Kakak apa lagi. Mungkin baru tersedaq yang dia asyik baca buku sorang-sorang sedangkan "kawan" dia dah lena, apa lagi .....


.... PIAP !!!




Hadoihhhhhh !

Terus terpa ibu depa dua ni atas katil. Tengokla reaksi adik. Berkerut dahi. Tidoq terganggu. Pandai sungguh beremosi. Tatau la bila dua-dua dah pakat besaq sikit nanti ni. Jenuh ba dgn bu nak kepung ...



Apa-apa pun, ba saaaaayang dua-dua anak ba. MMMMMMuach !

Monday, May 11, 2009

Happy Mother's Day

Istimewanya hari semalam bagi kebanyakan orang, ia adalah hari ibu.

Selamat hari ibu buat isteri tercinta yang kini turut bergelar ibu. Terima kasih atas segala pengorbanan, kesabaran dan segala-galanya dalam membesarkan putera puteri kita. :)

Hmm

Seperti hari2 ibu yang lepas sejak 5 tahun dulu, hari ibu kali ni dan seterusnya sampaila bila2 pun tetap merupakan hari biasa bagi aku. Ya. Aku dah tadak ibu. Hanya Alfatihah dan doa yg mampu aku hadiahkan untuk ibu di sana.

Ma,

Along sayang mama. Sejak mama tadak, macam2 jadi kat keluarga kita ma. Habih jadi huru hara. Along rindu kat ma. Sebab rindu sangatla, semalam jugak along p kuboq ma di Tok Peduka, lepas dekat setahun setengah Along tak balik Perlih kerana membawa diri. Along balik sorang ja sebab menantu mak tengah pantang lagi. Owh ya, ma tau dak yang ma dapat cucu comei lagi. Kali ni hero pulak. Thaqif nama dia. Comei ma. Dagu belah. Ada lesung pipit lagi macam menantu ma. Ma mesti dah tengok kan cucu bongsu ma ni. Masa balik Kangaq kemarin, Along tunjuk gambaq Thaqif kat mak tok, dia kata macam muka along masa kecik dulu. Tembam. Hehe.

Hmm

Ma nampak dak along p tengok kuboq ma semalam? Kuboq ma bersih. Mak tok yang selalu bersihkan kalo dia p sana. Rumput hat ada sikit2 baru nak naik tu along cabut dah. Mana-mana daun kering atas tu suma along buang. Tak banyak, sikit ja sebab maktok selalu p sana. Along tak bawak apa-apa pun kat ma. Along bawak Yasin dengan doa saja hadiah kat ma sebagai hadiah ingatan along kat ma. Along cuba tahan ayaq mata masa baca Yasin kat tepi tempat ma bersemadi tapi tak boleh. Ma nampak kan ? Habih merambu ayaq mata along. Along rindu sgt kat ma. Along doakan ma bahagia di sana na.

Hmm

Ma, along ada kerja ni. Nanti2 Insyallah Along balik pi tengok kuboq ma lagi na. Dan insyallah along tak lupa doa kat ma lepas semayang.

Ma, selamat hari ibu ma. Along tak dapat call ma lagi utk ucap selamat hari ibu macam 5 tahun lepas tapi along tetap sayangkan dan rindukan ma ....

.
.
.
.

** Karya di bawah aku dapat dari email kawan2. **
Aku edit sikit-sikit. Hayatilah.

Orang kata aku lahir dari perut mak..

(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku .... mak
Bila lapar, yang suapkan aku .... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku .... mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut .... mak
Bila bangun tidur, aku cari .... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati .... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah .... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya .... mak
Bila nakal, yang memarahi aku .... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma .... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah .... mak
Bila takut, yang tenangkan aku .... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk .... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon .... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu ..... mak
Bila bengang, aku suka luah pada .... mak
Bila takut, aku selalu jerit .... "makkkkkkkk!"
Bila sakit, orang paling risau adalah .... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga .... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu .... mak
Bila ada masalah, yang paling risau .... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni .... mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku .... mak
Yang selalu buat kuih2 sedap masa raya ..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku .... mak
Yang selalu berleter kat aku .... mak
Yang selalu puji aku .... mak
Yang selalu nasihat aku .... mak
Bila nak kahwin pun ....
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk ..... mak


Mak, terima kasih atas segala pengorbanan mak ....

Thursday, April 30, 2009

Qaseh dah jadi kakak !

Alhamdulillah. Syukur.

Untuk pengetahuan semua, kami telah selamat menimang cahayamata kedua kami, seorang hero kali ni yang diberi nama Thaqif Hambali pada 7/4/09 yang lalu. Dilahirkan secara operation di Spital Lam Wah Ee, Penang dengan berat 4.2 kg.



Sejurus selepas dilahirkan.


Tu pasal blog pun lama tak berupdate. Tak sempat maaa.

Terima kasih pada kawan-kawan, sahabat yang sms gua tempoh hari.

Apa-apa pun, syukur alhamdulillah. Enjoy the pics. More to come.



Wajah ceria seorag ibu. Terima kasih yang.



Dalam tangki oksigen. Masa tu nafas dia kencang.
Doktor ckp dia dah penat/nak lemas sbb saiz yang "kus semangat" .

Mujoq bat operation cepat.
Alhamdulillah la ni semua ok dah.




Hoho champion champion. 4.2kg ye tuan/puan.



Hero baba. Dah susut sikit dah.

Tuesday, April 21, 2009

Makan-Makan Jalan Jalan kini kembali

Makan-Makan Jalan Jalan (MMJJ) kini kembali selepas hampir setahun gua tak aktif bercerita pasal makan. Bukan kerana ketiadaan tempat makan menarik tapi kesuntukan masa serta ketiadaan "mood" untuk berceloteh pasal makan inilah yang menjadikan segmen MMJJ yang merupakan tagline kepada blog ini, agak lama menyepi. Serius beb, nak cerita pasal makan ni perlukan mood jugak tau.

Bermula segmen kali ini, gua akan letakkan rating gua sendiri terhada makanan yang gua sempat cuba try test ni. Gua HANYA menilai RASA/KESEDAPAN/KEPOWERAN makanan tu sama sahaja ada Sedap Gila, Sedap ataupun Hampeh. Sila ambil maklum bahawa rating ini adalah personal opinion gua sendiri memandangkan selera atau judgement seseorang itu terhadap sedap ataupun tidak sesuatu makanan itu memang abstrak dan berbeza mengikut citarasa seseorang.

Ini bukan bermana gua abaikan langsung aspek kebersihan tapi tumpuan utama adalah kepada gua adalah kepada RASA/KESEDAPAN/KEPOWERAN. Bagi gua, syarat utama menilai best atau tidak satu-satu makanan ialah kesedapannya. Sama juga kalo kita nak menilai kebersihan tandas, kita musti tengok tandasnya, bukan p tengok ruang tamu ataupun p tengok bilik tidoqnya, kan?

Gua tak menilai sangat (bukan abaikan terus cuma tak tumpukan sangat) dari aspek keceriaan, hiasan dalaman, bla bla bla kerana gua bukan Eric Leong Casa Impian (walaupun dia tiru pesen rambut gua). Gua hanya menilai samada makanan tu sedap ke idak. Kalo hangpa nak menilai benda-benda lain sama, terpulang pada hangpa wokeh ?

Ok tanpa membuang masa, kita ke sebuah kedai masakan Melayu di Sungai Dua, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Perlu diingat, di Pulau Pinang ada 2 Sungai Dua iaitu di area USM (Sebelah Pulau) dan juga di bahagian Tanah Besar. Untuk yang kali ini, kita ke Sungai Dua di sebelah Tanah Besar ye adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak semua. Muehehehe.



Salah satu kedai yang cukup terkenal serta tersohor dengan masakan Gulai Kawahnya adalah tidak lain dan tidak bukan ialah Kedai Gulai Kawah Mid. Gulai kawahnya terkenal kerana ianya dimasak tidak menggunakan dapur gas seperti kedai-kedai lain tapi sebaliknya menggunakan kayu. Bukan kayu golf atau Kayu Nasik Kandar tapi kayu api. "Nak cari kayu, nak cari kayu", Labu.



Satu lagi keistimewaannya ialah kedai ini turut menjadikan Umbut Pisang sebagai salah satu ramuannya, menjadikan kedai Mid Gulai Kawah Umbut Pisang ini adalah satu kedai masakan Melayu Utara yang musti dilawati sekiranya anda berkunjung / "on the way" ke utara.



Bagi yang tak tahu apa itu umbut pisang, aiseh minta maapla, gua pun tak tahu camno nak habaq mai. Umbut Pisang ni adalah bahagian dalam batang pisang yang lembut-lembut dan sodap dimasak gulai. Tak paham ? Aiseh susahlah. Takpa itu perkara kecik. Nak tahu jugak lebih lanjut, boleh cuba try test tanya kat Pejabat Veterinar berdekatan atan Jabatan Pertanian.

Selain itu, kedai ini juga ada pelbagai lauk-pauk lain seperti ayam panggang bersambal, ikan bakaq, sambal belacan serta ulam-ulaman dan bermacam jenis lagilah lauk-pauk biasa mengikut selera Melayu Utara. Tapi memang tarikan utama untuk ke sini adalah tak lain tak bukan kerana dia punya Gulai Kawah yang power. Boleh tangkap kepala untuk yang ada darah tinggi.



Owh ya, kedai ini dibuka pada masa makan tengah hari. Hari apa dia bukak dan hari apa dia tutup tu gua kurang pastilah pasal tak check. Nanti lain hari gua check wokeh?



Untuk ke sana, apa yang perlu dilakukan ialmengikut sahaja Lebuhraya Plus (yang mahal tu) ke Pulau Pinang dan keluar di exit "SUNGAI DUA". Ikut sahaja ke singnbord ke Sungai Dua dan dalam 1-2 kilometer dari susur keluar itu anda akan ternampak papan tanda kedai tersebut di sebelah tangan kiri anda/sebelah penumpang (kecualilah kereta anda kereta yang pemandunya duduk di sebelah kiri).





Tarikan Utama: Gulai Kawah Umbut Pisang (9/10)
Rating Gua: Sedap Gila.

Wednesday, March 18, 2009

The Dot .

The teacher asked the children art class to draw on the blackboard their impression of the most exciting thing they could think of.

Little Charlize got up and drew a long jagged line."What is that?" asked the teacher."Lightning," said Charlize. "Every time I see lightning I get so excited, I scream.'

"Very good," said the teacher.

Next, little Sally drew a long wave line. She explained that it was the sea which always excited her. The teacher thought that was excellent too.

Then little Lita came up to the blackboard, made a single dot and sat down.

"What is that?" asked the puzzled teacher.

"It is a period," said Lita.

"Well, " said the teacher, "what is so exciting about a period?"

"I don't know," said Lita to the teacher, "but my sister has missed two of them and my whole family is excited."