Monday, March 19, 2012

Kembar 3

Gua pernah dengar. Orang-orang tua ada pernah cakap bahawa dalam dunia ni kita sebenarnya ada 7 orang yang sama rupa dengan kita.

Gua tak percaya. Mustahil ada 7 lagi jajaka yang kacak (dan jujur, baik hati) seperti gua di dunia ini.

Tapi orang-orang tua tak pernah berbohong. Ternyata anggapan gua meleset.

Tuesday, March 6, 2012

Register sekolah



Hari ini. Gua sudah register Qaseh untuk sekolah rendah tahun 2014 nanti. Walaupun lagi 2 tahun, tapi itu prosedurnya. Walaupun belum tentu lagi gua di sini 2014 nanti, tapi itu tanggungjawab. Pindah kerja tempat lain atau kena tukar itu lain cerita.

How time flies.
Cepatnya masa berlalu.

Teringat-ingat lagi rasanya arwah mama dan abah hantaq p sekolah rendah dulu. Kadang-kadang abah, kadang-kadang mama. Selalunya abah. Sebab sekolah abah mengajar dulu depan sekolah gua saja. Itu cerita dulu. 25 tahun dulu.

How time flies.
Cepatnya masa berlalu.

Gua masih ingat. Sangat ingat. Satu hari, lepas balik sekolah. Gua lintas jalan. Pergi sekolah abah. Disebabkan lapar, gua makan di kantin sekolah abah sementara tunggu dia habis mengajar. Boleh masuk makan dalam bilik cikgu-cikgu makan sebab gua anak cikgu. Tak perlu bawak duit. Masuk buku 555 abah. Bagus sistem ni. Ujung bulan abah akan bayar kat kantin. Bukan dia sorang. hampir semua cikgu buat macam tu. Setiap sorang ada buku 555 di kantin. Habis makan tokei kantin tulis. Ujung bulan bayar.

Ok. Gua order mee kuah.

Sebenarnya, sejak kecik lagi gua sudah genius. Tak perlu dipertikaikan lagi. Selepas beberapa lama, mee kuah sampai. Mee kuah tu panas. Jadi disebabkan gua genius, instead of menunggu kuahnya sejuk, gua minta ais ketul. Gua taruk saja ketul ais dalam pinggan mee. Dan makan. Seingat gua, habis rasanya mee tu. Dan gua puas. Dan ye gua tau gua genius.

How time flies.
Cepatnya masa berlalu.

Monday, March 5, 2012

Ok.
Salam 2012.
Gua terlupa yang gua ada blog.
Terlupa sanga-sangat

Dem yuh fesbuk.

Gua janji gua takkan lupakan blog.
Serius. Gua janji.

** gua dah buat fesyen rambu ramba ni sebelum Hafiz Awan Nano lagi tau !

Wednesday, September 21, 2011

Cerita Hari Raya



selamat hari raya yang ke 23, hari ini.
sapa nak duit raya,
mai qaseh tomoikan dulu baru bleh dapat duit.

Friday, August 12, 2011

Cerita Haritu

haritu.

awal posa haritu
gua saja amik cuti
gua nak luangkan masa dengan family
gua nak masak untuk family
gua bosan sebab bulan 7 gua penat
gua banyak outstation

apa gua masak?
nasi ayam hainan tau
jangan memain ha


ni ayam ni gua tengah steamkan dia.
kepak dia gua tebas awal-awal.
rebus buat sup.


sebenarnya, nasik ayam hainan ni
ade yang jenis steam
ada yang jenis goreng
haritu gua buat dua-dua jenis
satu ekor ayam. belah dua.
sebelah steam. sebelah goreng.

4 orang makan.
gua, wifey, qaseh, bacin.
ayam licin.
nasi ade belen sikit.
simpan je untuk goreng masa sahur.
licin jugak.


nasi ayam hainan gua.
wohoho.


gua bangga. gua seronok. gua happy.
siriyes gua memang suka memasak.
masak lauk paling gua suka.
pasal dia tak terlalu renyah.
tak macam baking.

haritu gua (cuba) baking.
gua (cuba) buat roti paun.
last-last gua tak dapat bezakan.
hasil yang gua buat tu roti paun ataupun ataupun bola besbol.
so gua givap baking.
tapi masak lauk, gua suka.

lu semua, bapak-bapak orang.
lu orang ada masak ka bagi anak bini makan?
gua ada tau. hehe.