Thursday, August 11, 2011

Cerita How To

Ok.
Ini entry kedua di bulan posa.Kenapa baru kedua? Definately sebab posa.
Siang letih berposa malam berterawih dan menunaikan perkara-perkara lain yang haram dibuat semasa siang di bulan posa. Ok lame joke, i know.

Ok. BB gua ada problem. Gua series ni. BB gua asyik hang. Gua try2 bawak ke kedai pun dia kata kena format. Gua kata nanti dulu gua nak kena backup data especially no phone dalam tu. Kedai cakap ok. Esok kasi hantaq aaa.

Balik ke opis, gua cuba godak2. Kebetulan masa tu masih ada waktu rehat. Lebai gugel menjadi pilihan untuk belajar. Gua bukak browser. Gua nak cari jalan macam mana nak format. Ini hasilnya.



Damn people and sick people are everywhere.

Monday, August 1, 2011

Cerita 1 Ramadan

Seingat gua.

Selama lebih kurang tiga puluh tahun kita menatap wajah yang serupa setiap kali pengumuman puasa, pengumuman raya Aidilfitri dan juga pengumuman raya Aidiladha.

Selama kurang lebih tiga puluh tahun juga, kita mendengar ayat-ayat tipikal tiap kali beliau mengumumkan 3 pengumuman penting yang gua sebut tadi. Daripada zaman tv besaq gedabak dengan hanya siaran rtm suatu masa dulu sampaila ke zaman tv jadi senipis-nipisnya dengan berpuluh siaran termasuk siaran berbayar cekik darah, pun kita masih lagi teruja mendengan pengumuman dari beliau.



Selama kurang lebih tiga puluh tahun juga, kita terkadang berdebar menunggu pengumuman beliau. Walaupun telah sekian lama tersurat di kalendar kuda yang raya telah ditetapkan pada sekian-sekian tarikh tapi kita tetap menunggu di depan tv.

Itulah dia jasa Engku Tan Sri Ngah Engku Ibrahim, Penyimpan mohor besar raja-raja sekaligus merangkap orang terpenting yang membuat pengumuman posa, raya aidilfitri dan juga raya korban.

Kalo lu semua nak tahu, masa kecik selain bercita-cita menjadi seorang askar dan akauntan, Gua pernah bercita-cita untuk bekerja seperti Pak Engku Ngah ni kerana gua rasa ini kerja paling relaks. Mana taknya, setahun 3 kali saja keluar tv dan hanya buat pengumuman. Sapa tak nak ye tak?

Tapi itulah adat dunia. Selepas berpuluh tahun beliau menjadi "selebriti", Pak Engku telah bersara pada 9 Januari 2011 dan sesungguhnya gua amat terasa kerana gua adalah generasi yang membesar dengan pengumuman yang beliau buat.

Terima kasih Pak Engku.

ok jadi inilah pengganti pak engku. Pak syed. Gua memang terasa amat janggal bila pak syed ni yang buat pengumuman semalam. Gua cuma harap pak syed dapat jadi legend macam pak engku dan lagi 30 tahun akan ada entry dari gua berkenaan beliau macam pak engku ni ha.

Apa-apa pun selamat berposa semua. Jangan jadi geng posa bawak plastik itam tengah hari ok.

Monday, July 11, 2011

Cerita Ballet Qaseh

Ini rupa qaseh bila disuruh buat gaya menari yang dia belajar di sekolah.




.


Ini pulak, video gua curi2 amik masa dia kelas kedua dia.




.


Dan ini pulak, gaya bacin bila disuruh buat aksi menari ala-ala kakak.




Har har har .... bacin oh bacin.
Memang bacin takkan join bidang2 ni. Kompom.


Baba dan Ibu sayang kamu berdua :)

Friday, July 8, 2011

Cerita 2 Beradik

Haritu.
Kakak masuk kelas ballet. Ini kelas pertama kakak. Sebelum ini, dunia kakak hanyalah rumah, astro katun, ibu, baba dan adik. Serta mainan-mainan dan ultraman.

Kali pertama ke kelas, kakak tak kekok langsung. Kenapa ballet? Sebab dia terlalu minat menari dan dia sendiri yang nak ke kelas tu. Bukan dipaksa. Siap mengamuk lepas habis kelas lagi ha sebab tak mau balik. Terpaksa gua pujuk makan McDonald untuk ajak dia balik.

Ok la. Kita enjoy gambar kakak di kelas sana wokeh.



Baru try kasut. Sangat eksaited kakak masa ni.




Selain menari, kakak juga amat gilakan alat muzik.
kompom ini turun dari belah wifey.
dia memang tere main gitar.
gua? gua minat muzik.
tapi gua buta alat muzik ok?




gaya seorang ballerina di hari pertama




tada ....
muka dah masam sebab kelas dah habis
tapi dia tak mau balik








Sementara itu.



yawn.
nampaknya bacin akan mengikut jejak langkah gua
main sukan dan buta alatan muzik

Wednesday, July 6, 2011

Cerita Jangan Serang Sarang Si Jujur

orang lain berbersih
depa pun nak berbersih

orang lain belarak
depa pun nak belarak

orang lain jadi bodo
depa pun nak jadi bodo

orang lain buat banner
depa pun nak buat banner

tapi kalo sekolah malas
inilah jadinya

Kebetulan, gua lalu di Kampung Baru KL untuk singgah makan masa dalam perjalanan pulang dari Putrajaya. Tekak teringinkan masakan kampung maka inilah tempatnya.

Sekonyong-konyong, gua ternampak satu kain rentang. Ini gambar kain rentang, gua baru saja ambil. Kebetulan baru saja digantung di depan masjid Kampung Baru.



"jangan serang sarang si jujur"

adoi. jahanam. kensel. potong stim.