Tuesday, January 11, 2011

Cerita Hidroponik

1. Maaf semua kerana gua terlambat apdet blog cikai ni. Walaupun ada yang sinis cakap "sapa la nak baca blog hang weh?", gua tetap update kerna blog ni dah jadi sebahagian hidup gua sejak 2003. Tapi kesilapan menyebabkan entery tahun 2003 dan 2004 gua terdelete. Blog ni dah macam diari hidup perjalanan gua dari zaman bujang sampaila dah beranak pinak. Dari belum wujudnya muka buku, sampaila dah ada ura-ura muka buku nak ditutup pun, gua masih dan insyaallah akan terus berblog.

2. Owh ya. Selamat tahun dua ribu sebelas. Kalau ada rezeki, bulan lapan atau bulan sembilan nanti, kita akan dengar berita di dada-dada akhbar dan di media elektronik tentang anak-anak haram yang dibuang merata tempat, hasil daripada sambutan ambang tahun baru yang lepas. Bunyi agak kasar? Tapi itulah realitinya di Tanah Melayu era milenium ni. Mark my word.

3. Entry kali ni, gua saja pakai sistem number. Dan untuk makluman, semenjak dua menjak ni, gua agak sibuk. Sibuk dengan urusan pejabat (ujung tahun nak tutup akaun) dan juga ke Temasik, menziarahi kakak ipar gua di sana.

4. Owh ya. Selain itu, Gua kini sibuk bertani secara hidroponik sebagai menyahut seruan sesetengah pihak supaya menghasilkan sendiri apa-apa saja keperluan harian apabila harga Barang Naik.

5. Gua belajar benda ni di Temasik masa menziarahi kak ipaq gua di sana tempoh hari. Memandangkan Temasik kini kekurangan tanah sama seperti di Pulau Pinang, maka gua rasa tanaman hidroponik ni cukup berpotensi untuk dimajukan di Tanah Melayu ini.

6. Gua mulakan dengan projek ternakan tanaman bawang secara hidroponik. Murah, mudah, jimat belanja, mesra alam (kerana menggunakan tin biskut Royal Danish) dan yang paling penting, jika harga Barang Naik sekalipun, gua tak perlu risau.



7. Lupa nak dinyatakan di sini, tanaman bawang secara hidroponik ni juga sesuai untuk dijadikan hantaran perkahwinan, memandangkan ramai bakal pengantin baru merungut tentang harga barang-barang hantaran yang mahal jika dibandingkan keadaan ekonomi mereka yang masih belum kukuh. Ye la kan, baru lepas belaja. Nak kahwin dah kena sampai 18 serba satu. Jenuh la dia.



8. Lepas ni, gua nak hasilkan minyak rantai basikal daripada baki minyak goreng ikan pula.

Selamat tahun baru dua ribu sebelas. Kita tunggu bulan sembilan ni, kalau lu orang tak percaya cakap gua.

Sunday, December 26, 2010

Hari 26 Dis.

Org Kristen kata, hari ni, "Boxing day".

Masa gua sekolah, memang mati-mati gua ingat hari yang dipanggil Boxing Day tu hari untuk bertinju dengan kawan-kawan. Duh.

Owh ya.

26 Dis 2010 adalah juga tahun keenam selepas tragedi Tsunami. Alfatihah dan takziah buat keluarga mangsa.

Thursday, December 23, 2010

Cerita berzakat

Ya saudara dan saudari sekalian.

Hari ini tuan Sadiq Segaraga hendak memberi zakat.


Sunday, December 19, 2010

Cerita Pendek

Haritu.

Gua minum dengan Pendek, sahabat lama gua yang kebetulan gua jumpa masa gua pergi mesyuarat di KL. Tak perlu dinyatakan nama sebenar beliau. Cukup gua sebut nama penanya, Pendek.

Di kedai mamak, kami berbual panjang, sambil disulami kepulan Salem Menthol kepunyaan Pendek dan Benson gua punya yang diberitakan mengandungi 4000 jenis racun termasuk racun tikus. Dulu Pendek tak merokok. Kalau merokok pun sepam dua saja dan lepas tu dia musti batuk-batuk sambil menyumpah kawan-kawan yang merokok. Tapi semenjak harga rokok naik mencanak, dia makin ligat.

Makanan sampai. Pendek memesan Megi Goreng telur mata takde taugeh dan teh ais. Laju saja Pendek menyuap Megi Goreng bertelur mata tak bertaugeh macam dah 12 hari tak makan. Memang Pendek tak suka taugeh. Dan gua, cukup sekadar kopi Larat tarik taruk susu sikit dan dua set roti bakar. Gua dah makan sebelum tu.

Sambil menyuap, kami berbual lagi. Dan entah apahalnya, tiba-tiba mulut neraka gua terpancul satu soalan. Pendek masih lagi menyuap.

"Pendek. Gua ada benda nak tanya." kata gua.

"Hmmm apa dia" jawab dia, pendek. Macam nama penanya jugak. Mulutnya masih penuh dengan Megi Goreng telur mata takde taugeh. Huduh sungguh rupanya bercakap sambil makan ni.

"Gua musykil ..." tergantung ayat gua.

"Hmmmm!!!??" Pendek tak paham.

"Apesal orang panggil lu Pendek?"

Suasana terus hening. Hanya hiruk pikuk macha mengambil order kedengaran. Pendek berenti suap Megi Goreng bertelur mata takde taugeh. Dia amik tisu lalu terus dikesat bibirnya yang berminyak. Ada baki beberapa urat Megi yang bersisa di dalam pinggan. Pendek tolak pinggan ke tepi, capai gelas dan terus sedut teh ais yang berbaki setengah gelas.

Gua diam melihat Pendek.

Pendek capai Salem Menthol lalu terus dicucuh. Disedutnya produk beracun tu dalam-dalam bagai mahu membunuh diri. Dia tengok gua. Macam nak telan gua saja gayanya. Mungkin dengan gaya macam tu, dia lagi bersantai. Dia lagi relaks. Gua biar saja Pendek relaks.

Slow-slow, dengan gaya macho, Pendek menjawab.

"Ko ni dah lama tak makan penampar agaknye"

Tuesday, December 14, 2010

Ceriita Sedih.

Kakak Ipaq gua, Zuraini, kini sedang berada di ICU Hospital Teck Phuat, Singapora akibat kemalangan malam tadi.

Dia yang bekerja di Labuan, dalam percutian bersama keluarga di kota Temasik. Semasa kejadian, mereka sekeluarga dalam perjalanan untuk ke Night Safari di kota Temasik apabila kereta yang dinaiki terbabit bertembung dengan sebuah lori dan diberitakan, dia mengalami kecederaan serius di kepala.

Doa Sahabat-sahabat, pengunjung blog, rakan taulan, sedara mara semua dipohon ...

Insyallah kami akan berangkat ke sana, seberapa pantas.