Tuesday, June 15, 2010

Cerita Bengong Pasal Bola

Buat permulaan, gua mendapati hanya pasukan sokongan gua yang baru, iaitu Jerman merupakan pasukan yang paling menonjol dengan kemenangan bergaya 4-0 ke atas cucu cicit banduan-banduan dari England yang dibuang negeri dan mengaku Asia iaitulah Australia.

Lain-lain pasukan yang macam gempak contohnya England dan Argentina pula hanyalah gah di mata media. Namun Argentina sekurang-kurangnya masih menang walaupun 1-0 berbanding dengan England yang setiap 4 tahun sejak 1966 melaung kata-kata "This is our year." France? Erkh nampak masih terkial-kial mencari the new Zidane (bukan New Zealand).

Oranje aka Holland juga masih dalam perhatian dan menepati ramalan selaku penghuni tangga ke3 ranking dunia selepas kemenangan melawan orang gasar dari Denmark. Italy yang menggunakan khidmat kuda tua pada World Cup tahun ini pula nampak seolah-olah keletihan.

Kebanyakan pasukan merungut mengenai bola Addidas Jabulani yang terlalu ringan dan lebih sesuai diguna untuk bermain pingpong. Mungkin sebab itu juga, kita masih belum melihat gol dari direct freekick dan jumlah gol yang besar. Gua test pegang di kedai pun rasa macam ringan satu macam.

Ah apa-apa pun Brazil main malam ni. Mai kita tengok, boleh menang ke idak. Cis Dunga. Perosak seni bola Brazil.

Friday, June 11, 2010

Cerita World Cup Datang Lagi

Esok, majoriti rakyat Malaysia akan demam. Terutamanya lelaki. Demam bola. Malam ini akan bermula sepak mula antara tuan rumah Afrika Selatan menentang Mexico. Judi bola haram adalah salah tapi judi bola halal dibenarkan. Tikam p la mana yang patut.

Seperti biasa, dalam tempoh sebulan, di sana sini, akan ramai mereka yang secara tiba-tiba menjadi pengulas setaraf John Dykes, Dato Rahim Razali atau paling kurang pun, setaraf Hasbullah Awang. Akan ada pakar dalam bidang kejurulatihan dan analisis permainan yang juga tiba-tiba bercambah selaras dengan sepak mula ini. Dan tak lupa, akan ada yang datang ke opis, punch kad dan ghaib ke surau di pagi hari. Bukan untuk menunaikan sunat dhuha, tapi menyunatkan diri untuk tido.

Owh ya.

Secara rasminya, gua mengisytiharkan diri gua selaku penyokong Jerman untuk Piala Dunia kali ini. Kali ini, gua berpaling tadah dari menyokong pasukan kesayangan gua iaitulah Brazil. Sejak 1994, gua menyokong Brazil. Gua membesar di zaman kehebatan Romario, Bebeto, Cafu, Taffarel, Aldair, Leornardo, Roberto Carlos, Dunga, Cesar Sampaio, Jorginho dan segalanya sampaila ke zaman Ronaldinho, Rivaldo, Kleberson (ada lagi ke mamat ni) dan Ronaldo Gemuk. Ya Ronaldo Gemuk. The original Ronaldo. The Phenomenon. Bukan Ronaldo yang penyokong Man U puja tu. Yang tu apa barang.


1994

Segala-galanya berpunca dari Dunga selaku juruletih Brazil yang telah (hampir) menukarkan seni bola sepak samba kepada corak bola sepak Eropah. Apa yang bermain di fikiran Dunga ialah "biar main buruk asalkan menang" sedangkan majoriti peminat fanatik Brazil mengharapkan "main cantik dan menang" diteruskan. Bola sepak Brazil telah semakin lama semakin hilang seninya yang tersendiri dek gara-gara tindakan Dunga.


1998

Tak dinafikan, tektik Dunga agak membuahkan hasil yang memberansangkan. Memenangi Piala Konfederasi tahun lepas dan menjadi antara pasukan Latin Amerika yang terawal layak adalah perkara-perkara bagus yang tertulis dari resume beliau tapi peminat merasakan ada sesuatu yang kurang. Ya. Samba. Itu yang kurang. Seolah-orang orang Nogori makan nasi tapi takdo cili api. Bak kata salah sorang penyokong Skuad JangHoben, "Makan nasik takdo cili api ni, konyang totap konyang tapi raso macam ado bondo tak kono yo."

Owh ya.

Bagi yang mengikuti perkembangan blog gua sejak 5-6 tahun lepas, mungkin rasanya ada di antara kita yang terbaca cacatan gua yang berhajat sekali untuk melihat kemalangan maut depan mata. Masa tu gua masih bujang dan masih tak bekerja di Pulau Pinang. Gua takmau ulas panjang tentang tu. Hehe. Kebetulan, kejadian itu 4 tahun lepas pada hari yang sama (Jumaat) di hari sepak mula Piala Dunia 2006 antara tuan rumah, Jerman dan Costa Rica di mana game tu Jerman Menang 4-2.

Kebetulan, entri kali ni juga adalah pada hari Jumaat, dan pada hari sepak mula Piala Dunia.

Apakah ...?

Wednesday, June 9, 2010

Celoteh Kenduri

Musim cuti sekolah.

Kenduri banyak.

Walimatul urus. Kenduri masuk jawi. Semuanya kenduri.

Tapi sayang, budaya rewang atau kendara masa kenduri sudah tiada. Kita terlalu sibuk dengan duniawi sampai tak mengenal jiran. Begitu juga dengan jiran kita. Pun terlalu sibuk.

Kenduri banyak. Tapi semangat kenduri tu hilang.

Serius gua rindu nak tengok pemandangan macam ni.





Monday, June 7, 2010

Cerita Lagenda Budak Setan or Syaiton

Sekarang, wayang tengah mainkan cerita Lagenda Budak Setan. Karya AA. Sebagai tempiasnya, harini gua nak story cerita tu. Tapi bukan preview. Sekadar menggamit memori.

Dulu masa sekolah, ramai yang pakai baca buku ni, terutamanya perempuan. Zaman tu dah berlalu. Zaman "Yo! Yo!". Zaman 4u2c, Res2, Feminin, KRU. Zaman lipstik tebal merah menyala sampai 1 batu boleh nampak. Zaman pakai boot tebal dan gantung CD di leher. Jangan memain. CD masa tu mahal. Kalau masuk pajak gadai, laku. Tapi masa tu la. Sekarang ni cd orang buat alas gelas saja.

Okla. Haritu.

Bini gua bagitau. Ada satu makcik di rumah tempat gua tinggal datang bual-bual dengan dia. Bual punya bual, sampaila ke cerita Lagenda Budak Setan ni. Dia cakap, dia tak kasi anak dia p tengok cerita ni kat wayang sana nu. Dia suruh anak dia tengok cerita Sherek 3 saja. Logik juga, sebab anak-anak dia kecik lagi. Lagipun anak-anak dia perempuan. Mesti takut pengaruh watak-watak cerita ni mempengaruhi anak dia.

Bini gua, dengan penuh berbasa-basi, cubalah bertanya sebab kenapa makcik ni tak bagi anak dia tengok cerita tu. Biasalahkan, nak jugak tahu kan.

Dan jawapan ikhlas dia:

"Makcik tak bagi la tengok cerita tu. Bunyi tajuk cerita tu pun dah macam cerita hantu. Takut nanti anak-anak balik tak tidoq malam pulak"

Astagaa ...........

Bini gua punya la jenuh nak tahan gelak masa tu.

Friday, June 4, 2010

Selamat hari cuti.

Selamat bercuti semester bagi semua warga pendidik, kanak-kanak sekolah.

Cuti sekolah = Jemputan kenduri banyak.

Gua macam biasa. Berkhidmat untuk negara.