Friday, May 7, 2010

Cerita hari ibu .....

Suatu hari. Panggung Kapitol Kangaq menjadi saksi. Tahun 1992.

Penonton kusyuk menonton Sofea Jane. Berkemban. Seksi.

Penonton kusyuk melihat aksi Nasir Bilal Khan, yang melakonkan watak suami bodoh dan dayus akibat penangan nasik kangkang.

Suasana sunyi sepi. Hening. Hanya suara dari filem "Perempuan, Isteri dan ..." yang kedengaran. Gua pun turut sama terpaku. Terpesona. Bukan dengan jalan cerita, tapi lebih kepada kejelitaan Sofea Jane.

Tiba-tiba.

Ada satu "spesel effect" mencelah. Jeritan kuat. Memecah dan menggegarkan panggung Kapitol. Nampak 2 susuk tubuh manusia. Berjalan dari baris ke baris mencari seseorang, atau lebih tepat, mencari gua. Dua susuk badan yang amat gua kenal. Dua jeritan suara yang amat gua ingat.

Penonton lain dah mula marah dengan spesel effect tak diundang ni. Ada yang dah maki-maki kerana tumpuan mereka terganggu. Dan dua susuk tubuh itu tak peduli. Mereka terus mencari.

"YUSMANNNNNN !!!!!!!!"

"YUSMANNNNNNNNNNNNN !!!!!!"

"YUSMANNNNNNN ......... BALIKKKKKK !!!!!!!"

"SAPA AJAQ HANG MAI TENGOK CERITA LAGU Ni???? BALIKKKKKKKK !!!!"

Garang. Dan keras sekali suara itu. Takutnya gua masa tu, tuhan saja yang tau.

Itulah suara abah dan arwah mama. Rupanya depa lalu depan wayang Kapitol dan nampak poster "NOW SHOWING" cerita "Perempuan, Isteri dan ...". Apa lagi, terus meluru la dua-dua tu masuk dalam wayang.

Untuk pengetahuan semua, gua memang suka tengok wayang. Sedari darjah 3 gua dah p tengok wayang. Gua p tengok wayang haritu pun dengan keizinan depa berdua. CUMANYA, kali ni depa terlupa/terlepas pandang nak tanya cerita apa. Selalunya depa dah "screening" dulu segala maklumat sebelum bagi kebenaran.

Nak p dengan sapa? Sapa kawan? Anak sapa? Pukoi berapa nak balik? Cerita apa?

Itu semua soalan yang membuktikan perbezaan ibu bapa dulu dan ibu bapa sekarang. Semua dia tanya. Ibu bapa sekarang, anak umoq 15 tahun curik² bawak naik kereta sampai pukol 2 pagi pun depa tak tau. Tapi tak malu mengaku "mengenali" anak depa. Haihhhh.

Ok.Berbalik pada kisah di panggung Kapitol tadi.

Sudahnya, lepas lebih kurang 15 minit. Dua susuk tubuh tu pun keluaq panggung. Tak jumpa gua. Sebab panggung kan gelap. Memang la tak jumpa. Tapi siap la gua sat lagi.

Macam mana pun gua tetap kena balik ke rumah. Jadi habuan yang menanti adalah di rumah. Libasan rotan ke betis tanpa belas kasihan oleh abah dan bebelan maut memecah telinga adalah pengajaran berguna supaya gua jangan "dok gatai tak ketahuan sangat".

Itulah antara kenangan terindah gua dgn arwah mama. Tadak makbapak rasanya yang "kepung" anak dia sampai lagu tu. Bayangkan dia boleh masuk dalam wayang cari gua dalam tu semata-mata tak mau anak dia tengok cerita "yang bukan-bukan".

Tapi tu la. Tanpa kepungan, jagaan, libasan, bebelan dan segala macam tindakan, gua tak rasa gua boleh jadi manusia seperti sekarang. Walaupun garang, mama dan abah adalah manusia yang bertanggungjawab didik gua adik beradik. Walaupun garang, mama dan abah tak pernah abaikan kami. Kalu cuti, mesti bawak jalan-jalan tak kira la p Penang ka, p Kola Lumpur ka. Kalu gua teringin sangat nak makan Kentaki, abah sanggup bawak kami ke Aloq Staq untuk bagi kami makan sebab Kentaki masa tu tadak di Perlih. Tapi bab disiplin, tadak tolak ansoq.

Terima kasih mama dan abah. Selamat hari ibu buat arwah mama dan selamat hari bapa buat abah. Along sayang semua, mama dan abah.

Monday, May 3, 2010

Selkom Macam Chilaka.

Hari ni dan kelmarin dan kelmarin dulu, perkhidmatan Celkom Broadband adalah macam chilaka. Lebih teruk lagi, bila gua halo 100 untuk bertanya, yang gua dapat hanyalah mendengar mesej² dari mesin penjawab telefon. Konon sibuk habislah.



Inilah musibatnya kalo semua servis nak dimonopoli.

Baik perkhidmatan letrik, kapai terbang, jalan bertol, bahkan perkhidmatan mengangkut najis.

Ah.

Sekian entry untuk hari ini.

Friday, April 30, 2010

...

1 mei datang lagi

selamat hari pekerja
selamat hari buruh

dah 7 tahun dah sambut
tahun ni tiada sambutan

kerana 1 mei jatuh hari sabtu
:(

Monday, April 26, 2010

Dedikasi.

Minggu lepas, gua terima satu surat. Surat yang menjadikan gua agak sibuk.

Memang gua sibuk. Ke sana, ke sini, melapor diri. Mengambil keluarga yang lama di kampung.



Jadi selepas tarikh di atas, segala-galanya baru. Big bos yang baru, opis yang baru, muka-muka yang baru, kerja yang baru dan tanggungjawab yang baru. Yang penting, azam baru dan bukak buku baru.

Tiada apa yang gua nak ucap selain dari rasa syukur ke hadrat Allah atas limpahan rezeki pemberianNya. Dan tak lupa, terima kasih kepada bos BESAR atas segala curahan ilmu, tunjuk ajar, pertolongan dan sekali sekala disusuli dengan amokan beliau yang boleh menggegarkan bangunan pejabat. Tq bos.

Teristimewa buat isteri dan anak² yang berkorban dan amat memahami keadaan gua semasa gua dalam keadaan susah senang. Gua anggap ini rezeki isteri dan anak² gua. Gua sayang isteri dan anak² gua. Nampaknya kita tak jadi pindah rumahla. Buat PaPa, Mak dan family, pun ucapan terima kasih tak terhingga gua ucapkan.

Buat member-member sekapal di opis lama terutamanya penagih tembakau tegar di tangga opis, see ya bro. Pilihlah presiden ahli mesorat tangga yang baru. Pilih yang betul-betul tegar. Jangan risau, opis kita dekat² saja. Nanti kita jumpa lagi.

Sapa lagi yek gua nak dedikasi ni. Owh ya.

Dan pada yang "berkenaan", ini la namanya rezeki. Terima kasih atas segalanya. Tayah la nak cuba-cuba lagi sekat orang punya rezeki. Dan tak payah la nak buat-buat baik tayang muka sekupang lepas tu mai dok ucap tahniah dan tunjuk alim depan gua. Gua dah tau semua dah la benda ni. Lama dah. Tapi buat-buat taktau p la. Memang kalo diikutkan betul² nafsu marah, gua sanggup bunuh saja orang yang macam ni. Pelik sungguh orang yang busuk hati ni. Bukan gua kaco duit mak bapak depa pun.

Eh sorry la. Ucapan ni untuk yang "berkenaan" saja. Aiyya terasa ka? Jangan la lagu tu. Serious ucapan ni untuk yang "berkenaan" saja. Tapi kalo terasa bagusla. Itu maknanya lu pun termasuk kategori yang "berkenaan". P mampuih la kan. Gua pedulik apa. Haha.

Ok. Sekian dedikasi ini.

***Para pembaca yang lain. Maap atas bahasa kasaq di ujung posting ni. Gua bukan malaikat, jauh sekali nabi mahupun ulamak. Gua pun ada hak nak suarakan rasa hati gua. So takyah payah nasihat gua suruh sabar. Eloknya p nasihat mereka yang "berkenaan" tu dulu supaya jangan ada hati busuk macam tahi kambing***