Wednesday, April 14, 2010

Cerita bersin.

Gua selalu naik moto. Dan bila naik moto, semestinya kita kena pakai helmet.



Helmet gua helmet murah ja. Macam helmet mamat di atas tu. Tapi ada penutup muka.

Ini contoh mengawet mayat dengan langkah keselamatan.

Bahaya kalo helmet tadak penutup muka ni. Silap² masa tengah naik moto, kita bertembung dengan serangga ka, lalat lintas jalan ka, atau apa saja. Lepas tu masuk pulak ke lubang idong ka, masuk mata ka. Lagi panjang cerita.


Ni pun helmet juga. Bentuk 4 segi. Untuk yang kepala besar.

Jangan tak percaya, dulu di Perlis, pernah masuk surat habaq pasai ada sorang tu buta sebab mata dia masuk menatang. Kejadian tu jadi masa dia naik moto di area sawah padi yang baru disembur racun. Tu pasai helmet dia tadak penahan muka la. Jadi tak dinafikan, penahan muka helmet ni ada keperluannya.

Kita berbalik pasal cerita gua. Pasal bersin.

Haritu, gua naik moto macam biasa. Tapi agak laju. Masa tu pulak tengah selsema.

Sekali tu, idung gua rasa gatai. Rasa macam nak bersin. Moto masih tengah laju.

Gua cuba nak tahan. Moto masih laju.

"HAAAAAAAACOM", gua terbersin juga. Bergegar tiang arash. Bukan tiang Arash Mohamad.

Pandangan gua terus kabur. Kabur terus. Bukan kabur sikit². Hampir² saja gua terbabas. Syukur tak terbabas.

Masakan tidak, gua terbersin dalam keadaan memakai helmet yang penutup mukanya gua tak sempat nak buka..... astaga.

Tuesday, April 13, 2010

Harumanis mai lagi.

Haritu. Gua balik Perlis. Kenduri staf opis gua.

Sekarang bulan 4. Permulaan musim harumanis, mempelam/mangga yang terbaik di Malaysia. Dan hanya ada di Perlis.

Harga dia? Koi lama koi melambung. Kalo tahun lepas rega dia dalam RM9/RM10 sekilo tapi tahun ni harga RM12 sekilo untuk buah gred A (lebih kurang 2 biji sekilo). Kalau gred B, sekilo ada la 3-4 biji buah. Mahal tapi gua sanggupkan jugak. Setahun sekali beb. Tu pun kalo menjadi.



Kami p kawasan pengumpulan harumanis di Batu Pahat. Lumayan beb. Kalau mai musim dia dan buah berbuah tanpa masalah (masalah cuaca / penyakit), satu pokok yang matang mampu menghasilkan buah yang nilainya hampir RM2 ribu, untuk satu-satu musim. Bayangkan kalo ada 1000 pokok.


Ni la rupanya pulut mempelam.


Sekali kena, tak cukup sepinggan.

Gua tak lepaskan peluang terhidang. Pulut dengan harumanis menjadi hidangan sarapan pagi semasa 2 hari di Perlis. Pulut tanak lemak bercampuq santan dihidang dengan hirisan mempelam memang satu yang amat gua rindui dan tak dapat dicari di Penang.


Jus Mempelam Harumanis. Likat. Sedap.

Terima kasih tak terhingga pada Chot dan Paklong Am atas hospitality yang tak terhingga sepanjang gua di sana.

Nanti gua balik pulak, gua janji bawak mi goreng sotong lagi sama nasik kandaq lagi. Jamu kawan-kawan. Banyak².

Wednesday, April 7, 2010

Bacin dah setahun!

Hari ni, 7/4/2010.

Genap setahun usia Thaqif Hambali.

Dah setahun rupenye. Begitu cepat masa berlalu.

Happy besday dear.

Ba, Bu, Akak, Tokmak, Tokpa dan suma-suma orang loves Thaqif.

:)


















Ibu kasi kasut.

Friday, April 2, 2010

Modesto

Dulu-dulu. 20/21 tahun dulu.

"Alongggg", arwah Mama panggil, separuh menjerit.

"Yaaaaaaaaa. Awatt??", jawab gua. Manakan tidak, tengah syok² main.

"Mai sat. Mama nak suruh hang p kedai Fozi(Pakcik Fauzi)"

"La .. nak beli apa pulak dah?"

"Jangan banyak soai. P sana, habaq nak beli modes"

"Ha la ... ha la" jawab gua separuh merungut.

Sebagai anak yang baik (hehe), gua ikut apa yang mama suruh walaupun merungut. Biasala budak-budak. Bila tengah main tiba-tiba kena suruh p kedai, musti merungut. Tapi bila dipikirkan tentang upah yang salu akan dapat bila ada duit belen (balance) beli barang, hati yang murung menjadi gumbira.

Dulu senang. Naik beskal ja p kedai Fauzi di Kampung Baru. Jalan tak sibuk. Keta tak banyak. Kawaq/penculik budak pun tak banyak. Yang ada masa tu Mat Lenggang. Nanti kita story pasai Mat Lenggang.

Gua tak peduli apa itu modes. Yang tau, masa beli, tokei kedai runcit tu, Pakcik Fauzi akan bungkuih satu kotak dengan kertas surat habaq. Dan bubuh dalam plastik hitam. Pelik. Macamla beli dadah. Tapi gua tak peduli. Gua bawak balik rumah bagi kat mama. Kerja gua settle. Upah pun dapat (sapu duit belen). Gua sambung main.



Dah besaq² sikit, baru gua tau apa benda yang gua dok beli dulu. Dan baru tau apa gunanya. Isk. Hebat cara orang dulu² jaga maruah depa. Nak beli benda tu pun sampai berbungkuih². Punya jaga kehormatan diri. Bukan macam la. Iklan pasai benda tu saja berlambak dalam tv.

Siap ada tagline "Have a happy period". Apa da ... malu la sikit.

Monday, March 29, 2010

Terima Kasih Che Nab.

Entry ini entry khas. Pasal Che Nab.

Untuk makluman semua, gua sedih masa menaip entry ini. Sayu.

Che Nab dilahirkan 1989, di Jepun. Gua pemilik ketiga. Maknanya, dalam usia Che Nab yang mencecah 21 tahun, sudah 3 tuan (semuanya lelaki) menggomolinya. Kami memilikinya. Mendaki dan menghenyak dan menjamah tubuh Che Nab ke segenap pelusuk jalan di Malaysia.

Dari zaman gua masih kerja swasta, zaman bercinta, berkahwin, dan sampaila ada anak, Che Nab tak pernah susahkan gua sekeluarga. Che Nab merupakan sebahagian dari keluarga gua. Che Nab serasi dengan gua. Gua boleh duduk atas Che Nab dengan selesa sebab Che Nab fit dah dengan badan gua. Serius. Bawaklah lama mana pun, Che Nab tak pernah bagi gua rasa sakit badan.



Masih teringat lagi, macam mana kami berlima (MIL,FIL, Bik Midah, Wifey dan Qaseh yang berusia 2 minggu) dibawa balik dari Penang ke Johor tahun 2007. Sapa yang bawak kami kalo bukan Che Nab. Dan masih teringat lagi, gua memusing-musing di Penang mencari jalan bila kali pertama bertukar ke Penang. Dan tak lupa memori cermin belakang Che Nab pecah bila ada pasu jatuh dari flat yang kami duduk masa mula-mula tinggal di flat di Penang.



Satu semenanjung gua sudah pusing dengan Che Nab. Hutan bukit, Genting, Cameron, Pantai, Lembah, Lurah dan macam-macam tempat lagilah semua dah dijejaki dengan Che Nab. Nasib baik Sabah dan Sarawak gua tableh p dengan Che Nab. Kalau tak, musti dah sampai.

Ah terlalu banyak memori dengan Che Nab. Biarlah memori tinggal memori.



Bermula 21 Mac 2010, Che Nab sah menjadi milik tuan baru. Tuan yang keempat. Biarlah tuan yang baru pula membela Che Nab. Biarlah tuan yang baru pula menjaga Che Nab. Dan biarlah Che Nab menjaga tuan barunya, sama macam Che Nab jaga gua selama 7 tahun.



Gua sayang Che Nab. Terima kasih atas jasa, khidmat dan segala memori kita bersama selama 7 tahun berada di bawah gua. Gua takkan lupa sampai bila-bila.