Monday, July 30, 2012

Terawih 4 rakaat straight

Haritu.
Gua ke masjid untuk bertarawih. Tapi terlewat. Sakit perut.

Di masjid, imam dah start semayang terawih. Tapi gua belum isyak. Jadi bila sampai, gua terus join saf dgn niat semayang isyak dan dengan mengikut imam yang berterawih.

Imam habis bagi salam selepas 2 rakaat. Dan gua ... sebab masih semayang isyak, dengan macam biasa gua teruskan isyak lagi dua rakaat.

Habis bagi salam. Ada mamat (or budak kot ... belasan tahun rasanya) mengesot kat gua. Dia tanya gua satu soalan.

"Awat abang semayang terawih 4 rakaat straight?"

Nak pitam gua rasa.

Gua explain slow-slow kat dia. Gua pun bukan pandai sangat. Gua bukan ustaz. Jauh sekali ulama. Tapi tak salah kita share ilmu secuit yang ada selagi ia bukan ilmu yang songsang.

Gua tarik nafas dalam-dalam.

"Dik, abg bukan semayang terawih lagi. Abg semayang isyak. Abg niat mengikut imam supaya dapat pahala berjemaah."

"Bila kita lambat ke masjid dan imam tengah bimbing solat, sebaiknya jangan kita pepandai bukak satu lagi jemaah di belakang imam tu sebaliknya kita masuk saja dalam tu. Dapat pahala berjemaah."

"Selalu orang kita, bila sampai masjid dan imam tengah semayang terawih dan dia belum semayang isyak, dia akan semayang isyak sorang-sorang di belakang. Kan rugi. Macam abang cakap tadi, seeloknya kita masuk saf dan niat semayang isyak mengikut imam. Insyaallah dapat pahala berjemaah"

"Oooo"

Ringkas saja mamat tu jawab sambil mengangguk. Insyaallah dia paham. Bagi gua, bagus budak ni sebab berani tanya. Jangan malu bertanya kalo nak berjaya dalam hidup. Dan bila ditanya, jangan pulak tak boleh nak kongsi ilmu yang kita ada walaupun kita sendiri pun hanya ada sekelumit ilmu saja.

Dan kami pun sambung terawih lepas tu.

1 comment:

  1. aaa.. bagus sme.. tak semua org tahu benda ni kan..

    ReplyDelete

Ha jemput mai brok brek sini