Monday, August 1, 2011

Cerita 1 Ramadan

Seingat gua.

Selama lebih kurang tiga puluh tahun kita menatap wajah yang serupa setiap kali pengumuman puasa, pengumuman raya Aidilfitri dan juga pengumuman raya Aidiladha.

Selama kurang lebih tiga puluh tahun juga, kita mendengar ayat-ayat tipikal tiap kali beliau mengumumkan 3 pengumuman penting yang gua sebut tadi. Daripada zaman tv besaq gedabak dengan hanya siaran rtm suatu masa dulu sampaila ke zaman tv jadi senipis-nipisnya dengan berpuluh siaran termasuk siaran berbayar cekik darah, pun kita masih lagi teruja mendengan pengumuman dari beliau.



Selama kurang lebih tiga puluh tahun juga, kita terkadang berdebar menunggu pengumuman beliau. Walaupun telah sekian lama tersurat di kalendar kuda yang raya telah ditetapkan pada sekian-sekian tarikh tapi kita tetap menunggu di depan tv.

Itulah dia jasa Engku Tan Sri Ngah Engku Ibrahim, Penyimpan mohor besar raja-raja sekaligus merangkap orang terpenting yang membuat pengumuman posa, raya aidilfitri dan juga raya korban.

Kalo lu semua nak tahu, masa kecik selain bercita-cita menjadi seorang askar dan akauntan, Gua pernah bercita-cita untuk bekerja seperti Pak Engku Ngah ni kerana gua rasa ini kerja paling relaks. Mana taknya, setahun 3 kali saja keluar tv dan hanya buat pengumuman. Sapa tak nak ye tak?

Tapi itulah adat dunia. Selepas berpuluh tahun beliau menjadi "selebriti", Pak Engku telah bersara pada 9 Januari 2011 dan sesungguhnya gua amat terasa kerana gua adalah generasi yang membesar dengan pengumuman yang beliau buat.

Terima kasih Pak Engku.

ok jadi inilah pengganti pak engku. Pak syed. Gua memang terasa amat janggal bila pak syed ni yang buat pengumuman semalam. Gua cuma harap pak syed dapat jadi legend macam pak engku dan lagi 30 tahun akan ada entry dari gua berkenaan beliau macam pak engku ni ha.

Apa-apa pun selamat berposa semua. Jangan jadi geng posa bawak plastik itam tengah hari ok.

3 comments:

  1. kehkehkeh..ini adalah perbualan saya dgn en.swot..

    Me:haih??dah tukar orang
    swot:Mati dah agaknya!!Tu tukar org
    tu..

    Ahaahaha....rupanya pak cik engku ni bersara!Moga dipanjangkan umur pak cik engku...

    Selamat berpuasa untuk keluarga en.hambali

    ReplyDelete
  2. Pak syed kena bagi mantap sikit baru org bleh ingat haha

    ReplyDelete
  3. maymel: idop lagi tu hehe

    ajamz: kena sebut slow2. sepatah2. bagi saspen. bukan nak gelut p mana pun. takpa ni first time. haha

    ReplyDelete

Ha jemput mai brok brek sini