Wednesday, May 11, 2011

Cerita Nasik Kandaq Imigresen

Owh ok. Gua rasa, dah lama kita tak bersiaran dalam rancangan Makan-makan Jalan-Jalan (2M2J). Gua pun dah lupa bila last entry pasal makan ni.

Ok.
Hari ini gua makan Nasik Kandaq Imigresen. Gua ringkaskan jadi NKI. Lokasinya NKI ini terletak di Jalan Masjid Kapitan Keling, dekat Asia Kafe.

Senang cerita, kalu datang dari KOMTAR/Masjid Kapitan (Anggap kata masjid tu ada belah tangan kiri), apa yang perlu hangpa buat ialah jalan terus, jumpa lampu isyarat (simpang 4), jalan terus dalam 50 meter dan elok lepas saja traffic light tu (50 meter), belok kiri masuk parking. Dari parking tu dah nampak Asia Cafe. P saja ke situ. Mudah saja kan?



Ok kalau tak jumpa juga, sila rujuk Wikimap di sini.


Ehem. Sedikit sejarah NKI ni. Mengikut sejarah, dulu kedai ni memang berniaga dekat bangunan Imegresen Penang yang dekat jeti tu. Tapi bila dia pindah, dia masih maintain nama ni dan depa pindah pun tak jauh. Dekat saja. So itu sejarahnya. Mudah saja nak create nama kan?


Gerai NKI ni unik sebab depa cooperate dengan satu kedai kopi cina, Asia Cafe. Asia Cafe ni pulak satu kedai kopi Cina yang lama. Retro. Lu orang bleh tengok poster-poster lama dalam kedai ni untuk membuktikkan kelamaannya.





Ada poster F&N orange crush, dunhill lama, air cap rimau, rokok cap tourchlight dan macam-macam. SUngguh retro dan menggamit kenangan silam, terutamanya bagi generasi lama.














serius gua berkenan jam kedai ni.
"aiya itu talak juai la kawan. Sikalang cali talak jumpa lo"
jawab nyonya kedai tu bila gua ckp gua mau beli.


Itu bab kedai. Bab makanan pula, salah satu keunikannya ialah nasik kandaq ni ada ditabur bawang goreng di atasnya. Memang bawang yang depa goreng, bukan bawang paket dari siam yang selalu kita jumpa dlm bihun goreng tu. Rasa kari dgn bawang tu menjadikan NKI ni salah satu hotspot gua di Penang.


Ini lah yang gua jamah.
Ayam goreng paha, bendi dua, sayor.
Bawang goreng tengah2.


Ok sekian 2m2J untuk kali ini. Semoga berjumpa lagi dengan hotspot makan menarik. Tata titi tutu.




7 comments:

  1. ok thanx sme. hang telah membuatkan aku rasa nak pi balik penang makan nasik kandaq nih sekarang jugak.

    ReplyDelete
  2. sila roger ye kalo nak mai makan di penang. baru bleh tunjuk segala tempat bagai.

    ReplyDelete
  3. Sme, ni tempat baru kah?? Sepanjang ^ tahun aku di Tanjung takdak lagi aku makan nasi kandaq di sini..kedai minum tu aku tau..

    ReplyDelete
  4. bbulan 6 ni akan ke penang.. pasti akan terjah ke sinun... huhuhuhu... ayam goreng yg sangat menggamit perut...

    ReplyDelete
  5. Nasi kandaq tu macam sedap..
    Tapi nak p minum kedai apek tu yg aku pikiaq 6-7x.
    Kat penang kedai2 apek ni.. kompom halal ka, tuan?

    Saja aku nak tau... tq.

    ReplyDelete
  6. x-weatherman: kedai lama. ang tak habis tawaf lagi tu.

    nifal: silalah sila sila. :D

    ReplyDelete
  7. Encik aninomous: Kalau order kopi o, halal lagi. Jangan masuk kedai apek order ayaq cap rimau. Gua selalu order kopi O panas saja. Pada pandangan gua, selama beberapa tahun punya observation, kopi o ni dibancuh dlm cawan klasik kaler putih tu. Dan cawan tu diaorang tak minum ayr cap rimau. Lagi pulak, sebelum bancuh dia bilas dulu dengan air mendidih. Lagi suci dari kedai makan mamak mapley di KL yang gantung ayat quran bagai nak rak tapi bagi makan ayam goreng minggu lepas. Kalau was was jugak, order saja coke buatan kilang yahudi. Sekian

    ReplyDelete

Ha jemput mai brok brek sini