Monday, March 21, 2011
Cerita Beg
Ini beg travel yang gua guna ke mana saja gua pergi.
Dari perlis-kl-kelantan-johor-sarawak semua beg ni pernah sampai.
Ngam-ngam untuk baju gua.
Wifey pernah tanya. Kenapa mesti bawak beg ni.
Dah lama. Dah lusuh.
Gua jawab slow slow.
Ini beg, ada kenangan.
Ini beg, dulu arwah mama punya.
Ini beg, dia beli tahun 2002.
Ini beg, dulu arwah mama selalu bawak masa dia ulang alik ke hospital.
Ini beg, sentiasa mengingatkan gua pada arwah mama.
Riben di pemegang beg tu, arwah mama yang ikat.
Kaler riben tu biru kuning, sempena bendera Perlis.
Sejak dari warna dia terang,sampaila sekarang ni dah lusuh,
Pun gua tak buang.
"Mama takut salah beg. Mama dah tua."
gua ingat lagi ayat mama,
bila gua gelak-gelak pasal riben tu.
Bila gua tenung² balik beg tu masa naik ERL,
gua sebak.
Gua macam ternampak-nampak mama bawak beg tu.
apa pun jadi, gua takkan buang itu beg.
Alfatihah untuk mama.
Alfatihah...
ReplyDelete