gaya tabib abdul hadi
lagi hebat
sebab telefon terbalik
Thursday, March 24, 2011
Monday, March 21, 2011
Cerita Beg
Ini beg travel yang gua guna ke mana saja gua pergi.
Dari perlis-kl-kelantan-johor-sarawak semua beg ni pernah sampai.
Ngam-ngam untuk baju gua.
Wifey pernah tanya. Kenapa mesti bawak beg ni.
Dah lama. Dah lusuh.
Gua jawab slow slow.
Ini beg, ada kenangan.
Ini beg, dulu arwah mama punya.
Ini beg, dia beli tahun 2002.
Ini beg, dulu arwah mama selalu bawak masa dia ulang alik ke hospital.
Ini beg, sentiasa mengingatkan gua pada arwah mama.
Riben di pemegang beg tu, arwah mama yang ikat.
Kaler riben tu biru kuning, sempena bendera Perlis.
Sejak dari warna dia terang,sampaila sekarang ni dah lusuh,
Pun gua tak buang.
"Mama takut salah beg. Mama dah tua."
gua ingat lagi ayat mama,
bila gua gelak-gelak pasal riben tu.
Bila gua tenung² balik beg tu masa naik ERL,
gua sebak.
Gua macam ternampak-nampak mama bawak beg tu.
apa pun jadi, gua takkan buang itu beg.
Alfatihah untuk mama.
Saturday, March 19, 2011
Monday, March 14, 2011
Cerita Gua Sampai Kuching Juga Akhirnya
Gua (akhirnya sampai jugak) kat Kuching, sehingga Khamis ni.
Gua memang blur kat sini.
Jangan memain, ini first time gua sampai ke gugusan Borneo.
Barang siapa berhajat nak belanja makan, gua dengan segala hormatnya mengalu-alukan dengan ucapan terima kasih.
Gua janji makan sikit je. Serious.

Friday, March 11, 2011
Thursday, March 10, 2011
Cerita Zakat Ekor
Gua sudah selesai bagi zakat ekor.
Lu orang dah setel ke blom?
Cepat setel.
Gua dengar offer sampai harini je.
Sapa Lambat bayar kalu, gua dengar:
A) kena sebat
B) isytihar muflis
C) harta benda dirampas
D) penjara kerja berat
E) buang daerah
F) mati pucuk (utk pesalah lelaki)
Walaupun gua bengkek, tapi gua bayar juga. Pendek kata, tak ikhlas.
Jadi silalah bayar zakat ekor cecepat.
***

Wednesday, March 9, 2011
Cerita Waddhuha.
"Gua bosan la", kata XX, seorang kenalan masa kami melepak minum teh satu malam tu di area Muntri Street, Penang.
"Lepas ni gua malas la nak semayang kat masjid *** lagila", sambung dia lagi.
"Apehal? Abih lu nak semayang kat mana? Tokong Kek Lok Si?" soal gua balik, sambil tangan gua laju mencicah roti krim dgn teh tarik. Lazat dan nikmat.
"Bukan pasal tu ha. Gua bosan sebab imam tu balik-balik baca surah sama. Rakaat pertama Sabbihismarobbikal 'aqla. Takpun baca ayat Waddhuha. Lepas tu rakaat kedua mesti Qulhuallah. Boring gua."
Gua no komen. Betul apa dia kata. Tapi gua malas nak ulas. Sedap sungguh roti krim cicah dengan teh tarik ni ghupanya. Kena pulak lepas hujan turun.

Tuesday, March 8, 2011
Cerita Selamat Hari Wanita
Wednesday, March 2, 2011
Cerita Mimpi
Semalam.
Gua tengah tido.
Wifey juga tengah tido.
Qaseh juga. Siap berdengkur.
Dan Bacin pun tengah tido. Memeluk baby busuk dia.
Terperosok di bawah ketiak gua.
Masa tu, anggaran dalam pukul 4 pagi kot.
Ada la bunyi² anjing bersalakan sesama diaorang.
Biasa la duduk Penang. Anjing bersepah.
Disebabkan gua duduk tingkat 4, jadi salakan anjing tu, bunyi dia sayup².
Tapi masih boleh kedengaran.
Tiba-tiba gua dengar suara Bacin.
"Hoh whats that? Whats that?" dia tanya.
"Dog wooof wooof dog" dia juga jawab.
Mata terpejam. Mulut terkumat kamit.
"Dah dah ... sleep" kata gua.
Hoh mengigau cakap english ni. Risau pulak gua.