Tuesday, February 8, 2011

Cerita Eksiden Ipar Gua

[Terkini]
Sabtu 5/Feb/2011
Kak Nini sudah boleh bercakap! Alhamdulillah. Cuma kadang-kadang buah butiran percakapannya agak luar biasa tapi bagi gua dan kebanyakan ahli keluarga lain, itu satu keajaiban yang Allah bagi. Doktor pun cakap dia terkelu dengan kuasa tuhan sebab mengikut kes yang biasa, kebanyakan pesakit tak bleh bercakap sampai beberapa tempoh yang lama. Terima kasih atas doa semua. Insyallah dia berada di wad C611 Hospital Pantai Kl.

[Terkini]
Ahad 23/Jan/2011
Kak Nini telah ditransfer ke Pantai Medical Centre untuk pemeriksaan lanjut selepas sebulan lebih di Temasek. Keadaan masih tak berubah. Masih belum kenal sesiapa tetapi sudah pandai respon ketakutan bila nak dicucuk jarum, sekaligus menunjukkan bahawa deria sakit dan sense otaknya ada perubahan positif. Berbeza dengan sebulan lepas, dia tak tunjuk sebarang reaksi masa doktor cucuk ubat. Stone saja muka. Insyaallah, dengan berkat doa semua, segalanya boleh kembali. Hanya masa menentukan.

Maaf, atas permintaan Abang Is biras gua, gambar Kak Nini tak dapat gua siarkan. Gua hormati permintaan beliau. Semoga dia tabah dgn dugaan ini. Insyaallah kami akan beri sokongan yang termampu untuk Abang Is sekeluarga.

[Terkini]
Jumaat 7/Jan/2011. Alhamdulillah, Kak Nini dah seminggu sedar dari koma cuma .... dia masih tak kenal sesiapa dan tak boleh cakap apa-apa .... hari ini (Jumaat) doktor kata nak buat scan di bahagian otak bagi menentukan samada kesan eksiden haritu memberi impak kekal pada otaknya ataupun sebaliknya. Keputusan akan diketahui pagi ni. Sama-sama kita berdoa pada Ilahi


[Posting Asal]



20 Dis merupakan besday Puan Zuraini Mohamed atau dikenali sebagai Kak Nini, ipar gua yang terlibat dalam kemalangan di Singapura, 13 Dis 2010 tempoh hari semasa bercuti bersama suami dan anak-anak mereka.

Alhamdulillah suami dan anak-anak mereka tidak mengalami kecederaan namun sehingga hari ini, Kak Nini masih dalam keadaan koma dan kini berada di Hospital Teck Phuat, Yishun, Singapura.

Justeru, gua memomohon rakan-rakan, sahabat handai, sedara mara atau sapa sahaja yang mengunjungi blog cikai ini agar sama-sama berdoa kepada Allah (bagi muslim) atau mengikut kepercayaan masing-masing (bagi yang bukan muslim) supaya dipermudahkan kesusahan yang dihadapi beliau sekeluarga.

Posting ini akan kekal di atas sehingga suatu masa yang akan ditentukan kelak.

2 comments:

  1. moga dipermudah segala urusan.



    .

    ReplyDelete
  2. terima kasih ye bini angkat maher zain.

    insyaallah moga2 dipermudahkan semua urusan

    ReplyDelete

Ha jemput mai brok brek sini