Memandangkan gua ada kerja di PICC, jadi gua tinggal di Dengkil. Kenapa Dengkil? Senang. Dekat. Murah. Rileks. Sentimental. Sentimental kejadahnya? Owh ya. Oleh kerana gua pernah belajar di Univrsiti Telekom Cyberjaya 12 tahun dulu, maka pekan terdekat adalah Dengkil bagi kami untuk makan minum dan tgk bola di Kedai Tomyam Ma Lee. Itu sentimental.
Ok kita lupakan kejap bab itu.
Pagi kemarin. Gua p minum di satu kedai di Dengkil. Bukan kedai Ma Lee. Apa jadahnya pagi-pagi gi kedai tomyam. Kedai yang gua maksudkan adalah sebuah kedai kopi cina. Gua dah tapau nasik lemak dari satu akak tepi jalan di Dengkil dekat dengan simpang nak masuk Taman Selatan, habuan gua nak makan dengan minum kopi. Duduk saja dalam kedai, ada satu apek tua sudah datang. Mau amik order.
Pelayan: Minum bos?
Gua: Kopi O kaw dgn air PANAS. Air PANAS. Bukan air suam.
Pelayan: Ok bos.
Gua: Sama telur separuh masak dua biji.
Pelayan: Ok bos.
Gua bukak bungkus nasi lemak dan menjamah.
Selepas 6-7 mnit air pun sampai....
Waiter: Ok ini air bos.
Gua: Aiyo apek. Gua nak air panas ma. Ni suam.
Waiter: Sori bos, saya tak boleh bawak sebab panas sangat. Ini gelas takde tempat pemegang ma. Sebab tu saya kasi suam saja ....
Aiyoo ....
No comments:
Post a Comment
Ha jemput mai brok brek sini