Selaku perokok tegar, adalah menjadi satu KPI untuk memastikan di dalam kocek sentiasa berada Dunhill dan juga lighter. Atau paling koman pun, mancis cap cabai. Sekiranya gagal, ini betul-betul menyusahkan.
Haritu. Sabtu malam ahad.
Gua rilek-rilek di Padang Kota. Bawak anak bini. Ada sambutan pesta Bon Odori Festival di situ. Gua bawak anak-anak tengok bunga api. Memang meriah. Thaqif dan Qaseh amat teruja dgn bunga api yang ditembak. First time budak-budak ni dapat tengok bunga api-dekat-dekat.
Gua seluk poket. Mahu mencucuh rokok. Siot. Lighter tadak. Tertinggal. Gua toleh kiri kanan. Nampak satu apek. Apek tua. Ini lone ranger punya apek. Dia sedang menyedut rokok. Asyik sungguh dia menyedut produk yang mengandungi hampir 4000 racun ini. Penuh penghayatan.
Gua berjalan ke arah dia. Tujuannya satu, mahu meminjam lighter. Mahu mencucuh rokok. Bila sampai kat dia, gua pun berbahasa basi la dengan dia.
"Bos, boleh pinjam lighter ka?", tanya gua.
"Tak boleh", jawab apek tu sepatah. Dan dia terus buat-buat tak tahu sambil menyedut rokok dia sedalam mungkin. Khayal dalam dunianya.
Gua terkedu.
Ini kali pertama dalam sejarah hidup gua dan sejarah selaku penagih tembakau, ada orang tak kasi pinjam lighter dia. Gua cuba berperasangka baik tetapi gagal. Ah mungkin ada taruk apa-apa dalam rokok dia, selain tembakau. Lagipun, nampak high satu macam je apek tu.
Apa-apa pun, budak-budak memang enjoy tengok bunga api malam tu.

Salamun alaikum.
ReplyDeletePadan muka hang nak isap sangat. Kalau datang trg kat dalam motor awak sentiasa ada lighter.