Tuesday, June 15, 2010

Cerita Bengong Pasal Bola

Buat permulaan, gua mendapati hanya pasukan sokongan gua yang baru, iaitu Jerman merupakan pasukan yang paling menonjol dengan kemenangan bergaya 4-0 ke atas cucu cicit banduan-banduan dari England yang dibuang negeri dan mengaku Asia iaitulah Australia.

Lain-lain pasukan yang macam gempak contohnya England dan Argentina pula hanyalah gah di mata media. Namun Argentina sekurang-kurangnya masih menang walaupun 1-0 berbanding dengan England yang setiap 4 tahun sejak 1966 melaung kata-kata "This is our year." France? Erkh nampak masih terkial-kial mencari the new Zidane (bukan New Zealand).

Oranje aka Holland juga masih dalam perhatian dan menepati ramalan selaku penghuni tangga ke3 ranking dunia selepas kemenangan melawan orang gasar dari Denmark. Italy yang menggunakan khidmat kuda tua pada World Cup tahun ini pula nampak seolah-olah keletihan.

Kebanyakan pasukan merungut mengenai bola Addidas Jabulani yang terlalu ringan dan lebih sesuai diguna untuk bermain pingpong. Mungkin sebab itu juga, kita masih belum melihat gol dari direct freekick dan jumlah gol yang besar. Gua test pegang di kedai pun rasa macam ringan satu macam.

Ah apa-apa pun Brazil main malam ni. Mai kita tengok, boleh menang ke idak. Cis Dunga. Perosak seni bola Brazil.

3 comments:

  1. game pertama belum melambangkan kekuatan sebenar

    ReplyDelete
  2. ape2 pun brazil menang pg td... nasib baik score 2... agak ngeri jugak ar kan... huhuhu...

    *yups... dunga perosak seni bola sepak brazil... i want samba soccer....

    ReplyDelete
  3. Ajamz: Maybe kot. Tak panas lagi. Nak panas cepat, buat wolkap kat Chuping. Gerenti panas lit lit

    Nifalnin: Korea DPR membuktikan bahawa semangat jitu mampu menyaingi Brazil. Tapi betul la, mujoq Brazil menang semalam.

    ReplyDelete

Ha jemput mai brok brek sini